Cinta seorang sahabat

Assalamualaikum, apa khabar semua? Apa khabar iman anda? Alhamdulillah, saya diberi lagi kesempatan olehNya untuk menggerakkan jemari menekan papan kekunci. Syukur pada Allah. Kali ini saya mahu berbicara mengenai cinta kerana Allah. Cinta atas ikatan persaudaan. Ukhuwwah. Saya tertarik untuk menaip mengenai ukhuwah ini apabila mengenangkan nama blog ini – Teratak Ukhuwwah. Bila bercakap mengenai ukhuwah, apa yang terbayang di fikiran anda? Mesti sahabat anda, atau kawan chatting anda atau sesiapa sahaja yang anda rasa senang bersamanya. Betul tak? Tapi ingat! Bukan yang berlainan jantinan ya? Bila sebut ukhuwah, selalunya orang akan terfikir sahabat baik. Anda semua ada sahabat baik? Pernah tak anda bergaduh dengan sahabat baik anda? Kalau tidak, saya ucapkan tahniah! Kalau ya pun saya ucapkan tahniah kerana walaupun ada pelbagai rintangan sehingga menimbulkan pergaduhan, hingga kini dia masih sahabat baik anda! Tahniah!

Kita mungkin pernah terdengar orang mengatakan ‘Hanya yang terbaik sahaja layak jadi sahabat aku’ atau ‘Aku nak uji dia boleh tahan tak jadi sahabat aku’ tetapi kita lupa sahabat juga manusia. Macam kita. Kita ada buat salah, sahabat kita juga mungkin akan buat kesalahan. Kalau semua nak yang terbaik atas alasan dirinya bukan terbaik, sampai bila-bila takkan wujud persahabatan itu. Yalah, nobody is perfect! Kita jangan fikir dia sebagai sahabat kita, dia sepatutnya itu dan ini sebaliknya fikirkanlah ‘aku sebagai sahabat dia sudahkah aku menjadi sahabat yang baik untuknya? Sudahkah aku sampai ke tahap ithar – tahap tertinggi dalam ukhuwah?’ Perkara yang penting dalam persahabatan ialah DON’T BE SELFISH. Lawan kepada Ithar. Ramai yang mengatakan dia sahabat baik aku atau kami BFF tapi dalam masa yang sama, ketika susah dirinya diutamakan. Atau ketika dirinya mendapat kesenangan, sahabatnya dilupakan. Jangan begitu! Pernah dengar tak satu kisah tentang sikap sahabat yang lebih mengutamakan orang lain? Pernah dengar tak kisah sahabat yang melebihkan sahabatnya di perang yarmouk padahal dirinya amat memerlukan segelas air? Cuba bayangkan, tengah bertarung dengan maut, tiba-tiba tekak berasa dahaga. Bila air tiba, terdengar pula sahabat di sebelah meminta air kemudian air yang begitu didambakan diberikan kepada sahabat itu. Cuba bayangkan. Dalam peritnya menanggung kesakitan, orang lain lebih diutamakan. Sehingga diragut nyawanya, setitis air pun tidak dapat melalui kerongkongnya yang perit menanggung dahaga. Subhanallah! Besarnya pengorbanan sahabat itu! Kalau kita, tak payah cerita benda yang kita perlukan, benda yang kita tak inginkan pun kadang-kadang kita tak nak sahabat kita dapat. Dengki. Belum cerita lagi barang yang paling kita sayang. Sanggup kita bagi sahabat kita? Agak-agaknyalah, tahap mana ya ukhuwwah kita dengan sahabat kita tu?

Kita dengar pula kisah sahabat yang amat mencintai sahabatnya. Siapa lagi kalau bukan Saidina Abu Bakar, sahabat yang sejati? Tahu tak, waktu peristiwa hijrah, beliau telah digigit oleh haiwan berbisa. Tapi oleh kerana kasihkan baginda yang sedang lena, ditahannya rasa sakit ketika bisa itu menjalar ke urat darahnya. Sampai pucat wajah beliau. Akhirnya, air mata beliau menitis dek tidak tertanggung kesakitan yang menjalar ke dalam tubuhnya. Sampai begitu sekali. Memang patutlah Rasulullah mendoakan Abu Bakar sedarjat dengan baginda di akhirat kelak.

Pernah tak anda rasa cemburu dengan sahabat anda? Contohnya dia pandai bermain bola. Anda cemburu dengannya sehingga dalam hati anda mengharapkan dia tidak menjadi wakil sekolah. Atau anda cemburu dengan kepintarannya dan mengharapkan dia tidak mendapat markah tertinggi lagi di kelas. Pernah tak? Saya yakin, hampir 70% pernah mengalaminya. Yalah, kita mungkin tak sebut di mulut, tapi hati kita kadang-kadang berharap ada yang lebih hebat daripadanya. Jangan macam tu. Seorang sahabat akan sentiasa gembira melihat senyuman sahabatnya. Dan apa yang dirasakan baik untuk dirinya diharapkan akan dikurniakan kepada sahabatnya. Itulah sahabat yang sebenar! Sahabat lebih dicintai dari dirinya sendiri. Kalau pada diri kita, mesti kita nak yang baik-baik je kan? Betul tak?

Saya terimbau kembali kisah yang diceritakan ustaz saya di sekolah. Bagaimana orang ansar melebihkan sahabat mereka dari golongan Muhajirin yang langsung tidak pernah mereka kenali sebelum ini. Ada yang sanggup bagi isteri, bagi separuh harta dan ada yang bermurah hati memberikan tempat tinggal. Ajaib kan? Mereka tak pernah kenal pun. Tapi tengoklah macam mana ukhuwah mereka. Kita ni dah lebih dari kenal dah sahabat kita. Tapi alahai, susahnya nak ithar kan? Susah betul nak berikan sahabat kita sesuatu yang lebih baik dari kita. Sifat orang Ansar ini Allah telah maktubkan di dalam surah al-Hasyr ayat 9. “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung .”

Sahabat yang baik akan selalu mendoakan sahabatnya. Seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa sahabatnya. Pernah tak anda berdoa kebaikan untuk sahabat anda? Kalau dah, alhamdulillah…Kalau belum, cepat2 doa. Biar dia dapat yang baik aje…Tu barulah tanda sayang. Lagi satu, kalau kita sayang dia, kita kenalah ajak dia pada kebaikan. Biar sama-sama masuk syurga. Jadi sahabat karib di sana. Bukan seperti yang terkandung dalam firman Allah di dalam surah az-Zukhruf ayat 67. “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” Nauzubillah. Harap kita tak termasuk dalam golongan yang menjadi musuh kepada sahabat sendiri. Sayang kan? Di dunia kawan baik di akhirat jadi musuh.

Sahabat yang baik juga akan prihatin dengan sahabatnya. Ambil berat. Tahu segala masalahnya dan berkongsi cara menyelesaikannya. Bukannya meninggalkan sahabat terkontang-kanting menderita sendirian. Tak baik macam tu.

Akhirul kalam, saya berpesan kepada semua sahabat-sahabat saya agar ikhlas dalam persahabatan. Sayangilah sahabat anda kerana ketahuilah anda sangat bertuah kerana dikurniakan Allah seorang sahabat. Ramai lagi tau yang tak ada sahabat. Bukan semua kawan tu sahabat kita. Hati-hati dengan kawan yang jahat dan menjauhkan anda dari Allah. Anda yang sepatutnya menarik dia bukan dia yang menarik anda ke lorong hitam. Kalau anda mempunyai sahabat, hargailah dia dan terima dia seadanya kerana dia juga manusia seperti anda. Jangan bersahabat dengan dia kerana keceriannya kerana andai dia tidak dapat menceriakan anda, anda pasti akan menyalahkannya. Jangan pula bersahabat kerana kepintarannya kerana jika dia buntu, anda pasti akan menjauhinya. Dan jangan sesekali bersahabat kerana kelebihannya kerana dengan satu kelemahannya, anda mungkin menghindarinya. Pesan saya, bersahabatlah kerana Allah, oleh itu biar tampak seribu kekurangan padanya, persahabatan anda tidak akan terjejas kerana anda yakin kekurangannya atas kehendak Allah.
Wallahu A’lam.

Pesan sahabatmu,
~Hamba Rabbani ~

5 thoughts on “Cinta seorang sahabat

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s