Warkah Buat Teman Tersayang

Assalamualaikum..warkah ini khas untuk sahibah-sahibah yang tercinta

Hamba Rabbani~

Enti , Alhamdulillah Allah berikan enti akal yang amat-amat genius. Gunakanlah kegeniusan enti tu untuk Islam..tetapi ingatlah! Genius itu bukan enti yang punya..itu milik Allah..gunakanlah dengan sebaiknya..Aku bangga menjadi seorang teman kepada seseorang yang melatakkan Islam yang tertinggi..janganlah tinggalkan kami. Kami perlukan enti dalam medan dakwah ini. Entilah ketua kami.

Nadi Ummah~

Namamu amat indah..indah untuk siapa yang mencintai Islam sepenuh hati..Nadi Ummah..enti beruntung sebab selalu berdamping dengan Hamba Rabbani..hobi kalian juga hampir sama..kalian manfaatkanlah persahabatan kalian dengan kerja-kerja untuk Allah dan agamaNya. Disamping persahabatan kalian ingatlah ana yang kerdil ini. Ana tidak kuat tanpa kalian dan Allah semestinya. Nadi Ummah..jadilah nadi ummah yang sebenar..jangan hanya disini..Ummah perlukan enti kerana enti..NADI UMMAH !!

Perindu Firdausi~

Kita dari bangsa yang sama..mungkin darah kita juga sama..Ana sayang enti macam keluarga ana..ana harap enti pun sama..ana harap kita(termasuk Hamba Rabbani dan Nadi Ummah) dapat berkumpul di tempat yang enti rindui itu..kejarlah ia..bawalah ana kedalamnya juga..jangan lupakan ana..Ya Jannatul Firdaus..kami merinduimu !!

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk ana mengenali insan-insan yang suci seperti kalian. Yang sanggup berjuang dengan ana menegakkan DeenNya di muka bumi ini. Mungkin kita tidaklah sehebat orang-orang diluar sana yang dapat berdakwah secara terus kepada masyarakat, tetapi kita tetap berdakwah disini. Ana harap kita tidak akan berpisah untuk selamanya. Ingatlah teruskanlah dakwah! Ummat Islam sedang kritikal sekarang..dimana sahaja kita berada ingatlah..teruskanlah dakwah kita..khas buat Hamba Rabbani, Nadi Ummah dan Perindu Firdausi. Ana malu hendak luahkan dengan kalian diluar..tapi insyaAllah disini ana gagahkan juga untuk luahkan..Doakan ana dapat kembali 2 sahibah yang ana kasihi mereka Fillah..mereka tidak mempunyai fikrah seperti kita..tolonglah ana sahibah-sahibahku..ana rindukan mereka..aku ingin peluk mereka kembali..

!-Penyeru Ad-Deen-!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s