Penghargaan pada anak yang budiman.

Di zaman Rasulullah sallahu a’laihi wassalam terdapat seorang ketua Quraisy yang bernama Hussein. Beliau sangat dihormati oleh kaumnya dan dianggap pembela bangsa dan kepercayaan mereka. Hussein mempunyai seorang anak bernama Imran.

Imran telah menganuti islam dan sering berada di masjis-majlis Rasulullah mendengarkan ajaran-ajaran nabi tentang iman dan islam. Imran sering kelihatan gelisah bila beliau seorang diri kerana teringatkan bapanya yang masih musyrik.

Pada suatu hari, satu kumpulan Quraisy telah datang ke rumah Hussein. Kedatangan mereka tidak diketahui oleh Imran. Maka berlakulah satu soal-jawab:

Utusan Quraisy : “Wahai Hussein, kami datang kerana sesuatu hal yang amat penting.”

Hussein : “Hussein hanya mengabdikan pada Quraisy yang dipercayainya.”

Utusan Quraisy : “Inilah yang kami harapkan selama engkau pembela Quraisy.”

Hussein : “Katakanlah apa yang kau mahukan dariku.”

Utusan Quraisy : “Engkau tentu tahu tentang Muhammad, dakwahnya berjaya menambahkan pengikutnya setiap hari, berkembang dan bertambah kuat. Mereka bersatu dan bertolong-tolongan. Keadaan ini membahayakan kepercayaan kepada tuhan kita. Muhammad selalu mencela tuhan kita, membodoh-bodohkan kita. Dikatanya kita menyembah pada yang tidak boleh mendengar dan tidak berakal (berhala).”
Hussein : “Benar, aku faham semua itu.”

Utusan Quraisy : “Ini mesti ada penyelesaianya, tidak boleh kita terus menerus berdiam diri sahaja.”

Hussein : “Apa maksud kamu. Hendak disakiti diakah? Jika ini yang dikehendaki sesungguhnya kita membuat sesuatu yang buruk saja. Sedikit pun tidak ada kesannya menahan arus yang ajaib itu.”

Utusan Quraisy : “Bukanlah begitu yang kami mahu. Rancangan kami iaitu kami inginkan engkau dapat berunding dengan Muhammad. Dengan cara baik dan lembut, engkau menegah dia dari terus menghina tuhan kita.”

Hussein : “Tetapi, apakah aku pergi seorang diri?”

Utusan Quraisy : “Tidak kita pergi bersama, hanya kami tunggu diluar dan engkau masuk menemui Muhammad.”

Dengan itu mengertilah Hussein maksud utusan kaum Quraisy itu. Beliau menemui Muhammad dan tidak akan cemas dengan pengikut nabi, apatah lagi anaknya Imran dihormati di dalam golongan mereka.

Sampai ketikanya bertemulah Hussein dengan Rasulullah dan pertemuan itu mengejutkan dan berasa hairan pada Imran. Perlu apa bapanya menemui Rasulullah? Kenapa berani benar bapanya? Begitulah agaknya persoalan yang bermain di dalam hati.

“Sediakan tempat duduk bagi orang tua ini,” Nabi Sallahu a’laihi wassalam mengarahkan kepada sahabat-sahabatnya. Imran melihat air muka Rasulullah berseri-seri.

Hussein pun duduk, beliau kelihatan gembira disambut oleh Rasulullah dengan baik. Pada mulanya, beliau tidak menyangka akan diberi kehormatan dengan penuh kemesraan.

“Kami sudah mengetahui bahawa engkau sering mencela tuhan kami,” berkata Hussein kepada Nabi.

Rasulullah diam dan tidak segera menjawab. Baginda berkeadaan tenang. Semua di situ memperhatikan kejadian itu.

“Berapa orangkah tuhan yang kamu sembah?” bertanya Nabi.

“ Tujuh orang di atas bumi ini, seorang lagi di langit,” demikian jawapan Hussein. Semua yang hadir tambah bersungguh-sungguh mendengar percakapan mereka.

Nabi bertanya lagi.

“Bila kamu ditimpa kesusahan (musibah), siapakah yang harapkan menolong kamu?”

“Tuhan yang di langit,” jawab Hussein.

“ Bila harta bendamu rosak binasa, kepada siapa engkau meminta pertolongan?” tanya Nabi lagi.

“Kepada tuhan yang di langit,” jawab Hussein lagi.

“ Kepadanya seorang kamu meminta pertolongan, akan tetapi kamu sekutukan dia dengan ada yang di bumi,” kata Nabi.
Hussein kelihatan resah, kehabisan kata, bimbang dan melihat itu Nabi sallahu a’laihi wassalam dengan segera berkata lagi.

“ Masuklah agam islam wahai Hussein! Nescxaya kamu akan berbahagia.”
Kata-kata Nabi yang akhir itu telah menyejukkan hatinya dan dengan sepenuh hati beliau pun mengucapkan syahadah.

Suasana yang tadinya kelihatan tegang dan cemas bertukar serta merta menjadi gembira melihat kejadian itu. Imran, anak Hussein kegirangan dan mengucapkan syukur di atas hidayah Allah yang sudah lama beliau memikir-mikirkandan mengharapkanya. Dalam suasana terharu, sebak di dada. Nabi sallahu a’laihi wassalam berkata,

“Mengalir air mataku kegirangan kerana usaha Imran.” Nabi sememangya mengetahui bahawa Imran sudah lama memikirkan nasib ayahnya itu.

“Tadi aku lihat orang tua ini masuk, Imran tidak pun menyambutnya, diam dan tidak mengindahkannya. Tetapi sewaktu bapanya syahadah, Imran telah menunaikan kewajipan terhadap bapanya dan ini mengharukan hatiku.” Demikian Nabi menyambung ucapannya.

“ Wahai sahabat-sahabatku, tolong hantarkan orang tua ini pulang ke rumahnya.” Nabi menyeru kepada mereka kerana dilihatnya orang-orang Quraisy masih menunggunya di luar.

Setelah orang-orang Quraisy melihat Hussein berubah laku, tahulah mereka Hussein kini telah memeluk islam dan mereka lalu mengutuknya.

Hussein terus pulang ke rumahnya dengan diiringi sahabat-sahabat Rasulullah. Berbahagialah beliau dan anaknya.

Seorang anak yang mendalam keimanan di hati sanubarinya memang sering mengharapkan keinsafan bapanya. Beliau tidak pernah terpengaruh dengan kedudukan kekuasaan bapanya, walau betapa pun dihormati kaum Quraisy, namun bapanya tetap seorang musyrik. Beliau dan Nabi amat gembira sekalimelihatkan hidayah Allah memasuki kalbu Hussein. Memang anak yang terdidik cara islam selalu mengharapkan orang tuanya turut berbahagia. Bimbingan Nabi sallahu a’laihi wassalam sungguh baik dan berkesan terhadap Imran, anak seorang ternama Hussein itu.

ummah Rasulullah,

nadi ummah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s