Perjalanan 4


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

 

Penghawa dingin yang dipasang membuatkan Unice kedinginan. Tubuhnya menggigil sejak keluar dari bilik air tadi. Unice tampil ringkas dengan blaus lengan pendek berwarna biru dan jeans longgar. Tuala yang tersangkut di bahu diraih dan digunakan untuk membungkus rambutnya yang basah. Sebelum itu, Unice mengeringkan rambutnya dahulu menggunakan pengering rambutnya. Unice tidak selesa dengan rambutnya yang basah.

“I’ll be waiting, or the left to do is run, you’ll be the prince and I’ll be the princess…” Lagu Love Story dendangan Taylor Swift berkumandang dari telafon bimbit Unice. Lagu itu diset khas jika teman lelakinya yang menghubunginya. Unice tersenyum sambil mencapai telafon bimbit yang tergeletak di atas tilam. Terus ditekan punat ‘answer’.

“Helo…” Satu suara kedengaran.
“Helo Adam, call Unice ada apa?” Unice bertanya mesra.
“Adam rindulah…” Suara Adam kedengaran menggoda.
“Unice pun sama.” Sudah lama rasanya tidak bertemu Adam. Adam seorang lelaki beragama Islam. Namun, bagi Unice agama bukan penghalang. Dia suka Adam. Dan Adam pun tidak kisah berkasih dengannya. Hakikatnya, Adam seorang yang tidak menitikberatkan Islam. Islamnya sekadar pada nama. Adam seorang yang jahil dalam agama.

“Unice, you ingat tak hari ini hari apa?” Soal Adam tiba-tiba. Unice terdiam mencongak.
“Thursday. Why?” Unice hairan.
“Not that. I mean, hari ni special buat Adam.” Kata Adam masih berteka-teki. Unice berfikir sejenak. Otaknya ligat berfikir.
“I don’t know. Apa yang specialnya hari ni?” Unice mengalah setelah penat berfikir.
“How dare you.” Kedengaran suara Adam sedikit kecewa. Adam diam melawan rajuknya.
“Why?” Unice masih tidak faham.
“Today is my birthday! How could you forget it?” Desis Adam. Hampa apabila buah hatinya melupakan tarikh keramatnya. Unice tersentak. Terus dahinya ditepuk. Macam manalah aku boleh lupa? Marahnya pada diri sendiri.

“Dear, I’m so sorry. Kebelakangan ni, Unice selalu sibuk. Please, forgive me…” Pujuk Unice. Suaranya dilembutkan. Adam memujuk hatinya yang lara. Perasaan kecewa ditolak ke tepi. Hilang marahnya mendengar suara manja Unice.

“All right. I will forgive you but you must go to my party tonight.” Ujar Adam. Unice melebarkan senyumnya. “Okey. Unice setuju. Nak jemput Unice pukul berapa?” Putus Unice.

“Seven. On the time. Okey, honey. See you tonight.” Adam mematikan telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya dikucup. Gembira. Adam, seorang lelaki Islam yang jauh tersimpang dari ajaran Islam. Arak sudah menjadi darah dagingnya. Solat jauh ditingalkannya. Itulah kehidupan seorang Adam.

Unice pula terus meletakkan telefon bimbitnya. Rambutnya disisir dengan sikat. Unice memakai kain kanvas sutera buatan cina di kepala. Penampilan yang ringkas tetapi cantik.

Langkah diatur keluar bilik. Kemudian dia turun ke bawah. Dia hendak memandu ke Mid Valley untuk membeli hadiah buat pujaan hatinya. Semoga hadiah itu boleh memujuk hati Adam yang kecewa.

“Unice, nak pergi ke mana?” Soal Puan Jennifer yang sedang membelek-belek majalah di sofa. Langkah Unice terhenti. Dia menghadiahkan senyuman yang cukup manawan buat ibu tersayang.

“Shopping. Malam ni, Adam ada buat party hari jadi. Unice nak beli hadiah untuk dia.” Terang Unice. Puan Jennifer menutup majalah yang dibacanya. Dia senamg Unice berkawan dengan Adam. Tetapi yang sebenarnya, Puan Jennifer langsung tidak tahu Adam beragama Islam. Yalah, cara Adam bersosial melebihi Unice yang tidak beragama.

“Oh. Mummy ikut. Nak juga belikan hadiah untuk dia.” Puan Jennifer terus bangun. Inilah peluang untuk dia merapatkan kembali jurang dengan anaknya. Selalunya dia tiada masa untuk meluangkan masa bersama anaknya itu. Namun, sayangnya pada Unice masih tidak pernah berubah. Anak adalah segalanya bagi seorang ibu seperti Puan Jennifer.

“Mummy tak sibuk?” Unice hairan. Puan Jennifer menggeleng. Bahu Unice dipeluk. “Jom.” Sebelah tangannya mencapai beg tangan yang terletak di atas meja. Unice tersenyum ceria.

“Mari. Unice pandu.” Unice melingkarkan tangan ke pinggang mummynya. Mereka jalan beriringan keluar..

******
Unice memakaikan anting-anting perak ditelinganya. Menyerikan lagi wajahnya yang sedia cantik itu. Wajahnya yang tanpa secalit make up itu dibelek-belek di hadapan cermin. Terselit rasa bangga melihat keayuan semulajadi wajahnya. Unice tidak suka mengenakan make up. Bagi Unice, make up menjadikan wajah kita tidak natural sedangkan Unice menyukai benda yang semulajadi.

Sebelum keluar, Unice melihat dirinya ke dalam cermin. Takut ada yang terlepas pandang. Rambutnya yang panjang diikat dan disanggul. Rantai mutiara dililit pada rambutnya. Unice ingin tampil lebih cantik daripada biasa. Unice memandang pula tubuhnya yang dibalut dengan gaun merah labuh tanpa lengan. Gaun itu dihadiahkan Adam sempena hari jadinya. Setelah puas membelek tubuhnya, Unice mencapai hadiah Adam dan turun ke bawah. Di ruang tamu, Puan jennifer menegurnya. Tertegun dia melihat kecantikan anaknya malam ini. Berbunga-bunga hati ibunya. Siapa tidak bangga memiliki anak yang cantik jelita.

“Wah, cantiknya Unice. Kalah mummy.” Usik Puan Jennifer. Unice tersenyum malu. Pipi ibunya dicium. “Unice pergi dulu. Adam dah sampai. Kesian dia tertunggu-tunggu.” Ujar Unice, Di luar, kedengaran Adam membunyikan hon keretanya.

“Okay. Jaga diri. Nah, untuk Unice.” Puan Jennifer mengalungkan sekalung rantai berlian ke leher Unice. Unice teruja melihat rantai itu berkilau-kilau memancarkan cahayanya.

“Wau, cantiknya! Terima kasih mummy! Sayang mummy.” Tubuh ibunya dipeluk gembira. Puan Jennifer tersenyum.

“Nah, hadiah untuk Adam. Cakap, mummy ucapkan Happy Birthday.” Sebungkus hadiah dihulurkan. Agak besar juga.

“All right. Unice pergi dulu.” Unice bergerak ke muka pintu. Kasut kaca bertumit tinggi menjadi pilihannya. Unice mendekati Adam yang sedia menunggu dengan pintu kereta terbuka untuknya. “Thanks.” Ucap Unice sebelum masuk ke dalam kereta. Adam tersenyum sebelum menutup pintu.

Kemudian, dia masuk ke tempat pemandu, di sebelah Unice. Kereta mula dipandu perlahan keluar dari kawasan villa Unice.

“Hadiah itu untuk Adam ke?” Tanya Adam. Hadiah di tangan Unice dijeling. Unice tersipu. Dia terlupa dengan hadiah itu. “Yes, these yours. Yang ini dari Unice, Ini pula dari mummy. Dia ucapkan Happy Birthday.” Jelas Unice. Hadiah itu diletakkan di bahagian belakang kereta.

“Thank you, so much. Mummy Unice baik sangat. So sporting.” Tutur Adam memuji. Dia suka dengan ibu Unice, seorang wanita yang berfikiran terbuka. Tidak kisah dia, seorang lelaki melayu berkawan dengan Unice meskipun Puan Jennifer tidak megetahui perihal agamanya.

Unice diam mendengar pujian Adam. Unice perasan mata Adam tidak lepas dari memandangnya. “You look beautiful tonight.” Puji Adam tiba-tiba. Dia kagum melihat penampilan Unice yang agak menyerlah malam ini.

“Thanks. Err…Adam pun nampak handsome dan smart malam ni.” Balas Unice ikhlas. Adam nampak segak memakai kot hitam dan t-shirt putih di dalamnya.

Adam membelokkan kereta dan memberhentikannya di hadapan rumahnya. Rumah Adam sungguh besar meskipun tidak dapat menandingi villa Unice. Adam turun dan membukakan pintu kereta untuk Unice. Unice turun dari kereta, menginjak permaidani marah yang terbentang. Adam menghulurkan tangannya, mempelawa Unice berjalan bersamanya tetapi pantas ditolak oleh Unice. Dia menghormati saudara-saudara Adam yang bergama Islam di situ. Adam menarik kembali tangannya. Mereka bergerak ke arah berlainan. Mata Unice menangkap kelibat Shima dan rakan-rakannya.

“Shima! Ruby! Catherine! Dandelion! Nancy!” Satu persatu nama rakannya disebut. Rakan-rakannya menyambut Unice dengan gembira. Unice duduk di sebelah Shima. Shima berpakaian agak seksi dan terdedah, langsung tidak mencerminkan gaya seorang muslimah. Unice hairan kenapa pakaian Shima tidk menyerupai Fatimah Zahra’ di alam mimpi sedangkan mereka satu agama iaitu Islam. Fatimah Zahra’, muslimah sejati. Bicaranya tampak lembut dan menenangkan hati. Busananya penuh sopan, labuh hingga ke kaki. Begitu juga Eisha Humaira’. Tetapi, Shima dan Adam tampak berbeza. Unice keliru. Mana satu Islam sebenarnya?

“Wishky?” Tawar Shima sambil menunjukkan sebotol arak perisa anggur. Unice menggeleng. “No, thanks. Maybe some orange juice, please?” Unice memang tidak suka meminum arak. Arak memabukkan seseorang sehingga tidak sedar apa yang berlaku. Unice melihat rakan-rakanyya yang lain meneguk arak dengan rakus sebelum ketawa berdekah-dekah. Unice bertambah hairan. Kenapa di rumah sebuah keluarga Islam tetap menyediakan arak? Shima menghulurkan segelas jus oren kepada Unice. Unice menyambunya sambil mengucapkan terima kasih.

“Unice. Dance with me?” Pelawa Adam. Unice menggeleng tidak senang. Lagipun, dia tidak pandai menari.
“Honey, what’s wrong?” Tanya Adam. Selalunya Unice tidak begini.
“Nothings wrong. I just have a little headache.” Dalih Unice. Baru sahaja Unice hendak mengajak Shima berbual, Unice terpandang Shima sedang berbual mesra dengan seorang lelaki. Gelak tawa mereka kuat kedengaran.

Tiba-tiba lampu yang terang benderang dimalapkan. Suasana jadi sunyi sepi. Kedengaran lagu Happy Bithday to you berkumandang. Adam naik ke pentas diapit orang tuanya. Lelaki itu memotong kek. Kek itu besarnya mengalahkan kek perkahwinan Siti Nur Haliza dan Datuk K. Ketika pisau mencecah kek, semua bertepuk tangan. Serentak itu, bunga api diletupakan. Cantik menghiasi langit malam yang gelap gelita. Unice turut bertepuk tangan. Matanya mencuri pandang ke arah bunga api yang meletus di udara. Tiba-tiba mata Unice terbeliak. Terkejut. Satu ketika, bunga api itu seperti membentuk tulisan Allah. Alif Lam Lam Ha. Walaupun Unice tidak pandai membaca tulisan arab, namun tulisan itu pernah dilihatnya tergantung di rumah Shima. Unice mengerdipkan kelopak matanya tidak percaya. Kemudian, dia memandang kembali ke arah langit. Bunga api yang diletupkan mengeluarkan corak indah seperti biasa. Tiada tulisan Allah. Tetapi Unice tahu matanya tidak salah lihat. Orang ramai pula lebih tertumpu ke arah Adam yang mula mengagih-agihkan kek. Semua mendapat kek masing-masing.

“Unice.” Satu suara memanggilnya. Unice tersedar. Adam sedang berdiri di hadapannya sambil memegang sepotong kek berbentu love. Ada nama Unice di situ. Dia telah selesai mengagih-agihkan kek. “Jom, kita makan di taman.” Ajak Adam. Unice mengangguk. Dia mengekori Adam ke taman rumahnya. Di situ, ramai pasangan sedang menjamu kek yang dipotong Adam.

“Emm…sedap.” Komen Unice setelah menjamah sedikit kek tersebut. Adam tersenyum gembira kerana Unice memuji keknya. “Makanlah lagi.” Ujarnya. Unice menyumbatkan lagi kek keju blueberry itu ke dalam mulut. Tekun dia menjamahnya.

Tiba-tiba sebentuk love kertas jatuh di atas keknya. Unice mengambil love itu. Dia mendongak ke atas. Kelihatan berekor-ekor merpati putih sedang terbang melepaskan kertas-kertas berbentuk love dari paruh mereka. Ramai orang berpendapat bahawa merpati putih adalah simbol cinta. Tetapi, Unice tidak percaya.

Matanya masih menatap langit. Kelihatan cantik sekali melihat merpati itu terbang teratur bersama mengelilingi rumah itu sambil menebarkan kertas-kertas berbentu love. Ingatan bersama Fatimah Zahra’ menjengah ke dalam fikirannya.

“Kalau tiada tuhan, masakan semuanya boleh teratur. Pernah tak ada suatu hari malam dan siang muncul bukan pada waktunya? Pasti penghuni bumi boleh jadi gila. Semua akan memarahi Tuhan. Bukankah keteraturan sesuatu kejadian membuktikan campur tangan Tuhan?”
Hujah Fatimah Zahra’.

“Lagi satu, kalau tiada Tuhan, pasti planet-planet berlanggaran. Sebab tiada siapa mahu mengawalnya.” Sambung Fatimah Zahra’ lagi.

‘Kalau tuhan tak ada, macam mana burung itu boleh terbang begitur teratur?’ Fikir Unice. Suapan keknya terhenti.

“Unice, cantikkan?” Adam menyentuh tangan Unice. Unice tersedar. “Cantik.” Jawab Unice sepatah. Kek kembali dijamah.

“Err…Adam.” Panggil Unice. Adam memandangnya.
“Betul ke tuhan itu ada?” Soal Unice. Adam terkejut mendengar soalan Unice.
“Unice, kan kita dah berjanji tak nak bangkitkan soal agama?” Tegas Adam. Dia menyangka Unice mahu mengungkit perihal meraka yang berlainan kepercayaan.
“Bukan. Unice cuma nak tahu tentang Allah. Kan Adam.. Islam?” Tutur Unice perlahan.
“Dengar sini, Unice. Allah ada ke tak ada ke, Unice tak payah fikir. Of course Adam Islam tetapi tak bermakna Adam nak duduk bawah telunjuk Islam. Islam, terlalu mengongkong. So, Adam mohon, jangan Unice sebut lagi pasal agama. Adam tak suka.” Kata Adam. Unice mengangguk hampa. Bukan itu yang dia mahu. Dia hilang selera. Unice berdiri dari duduknya.

“Unice nak balik.” Kata Unice. Adam terperanjat. “Why so early?” Tanya Adam.
“Hantar Unice balik sekarang.” Tegas Unice. Dia sudah tiada mood mahu berada di situ.
“Tunggulah kejap.” Adam cuba memujuk kekasih hatinya itu.
“Now.” Arah Unice. Adam akur pada kehendak Unice. Dia terus bergerak mengekori Unice yang sudah berjalan ke keretanya.

******

Unice menaiki tangga rumahnya. Encik Melvin yang sedang menonton bola menegur. “Macam mana party?” Tanyanya. Unice tersenyum hambar. “Great, pa.” Jawabnya sebelum berlalu ke atas. Di tangga, dia terserempak dengan Jonathan. “Unice, okay party?” Soalan Jonathan membuatkan Unice bengang. Kenpa semua hendak tahu tentang party itu?

“Heh, okaylah.” Jawab Unice acuh tak acuh.
“Ye ke? Macam tak ikhlas je?” Jonthan dapat mengesan riak tidak senang pada wajah adiknya. Unice rimas. ‘Ish, banyak tanya pula abang ni.’ Rungut hatinya.
“Unice kata okay, okaylah. Dahlah Unice penatlah!” Bentak Unice agak kasar.
“Patutlah lebik macam roti.” Usik Jonathan sambil ketawa. Hati Unice menjadi panas. Abangnya sudah mengacau moodnya yang tidak baik sejak pulang dari rumah Adam.

“You, like the bread! Go away. You annoying me.” Tubuh Jonathan ditolak. Jonathan mengalihkan tubuhnya. Unice terus menapak ke atas dan masuk ke biliknya. Kedengaran bunyi pintu dihempas.

‘Kenapa dengan Unice? Selalunya dia tak ambil hati pun kalau aku usik dia.” Fikir hati Jonathan. Memang sikap semulajadinya suka mengusik. “Maybe she tired.” Pujuk hati Jonathan. Hatinya berasa terkejut bercampur kesal kerana tidak semena-mena dia yang terkena tempias mood adiknya. Dia tidak menyangka akan ditengking oleh adik kesayangannya itu. Lagi-lagi, Unice seorang yang lemah lembut dan mudah bertolak ansur.

Di bilik, Unice terus merebahkan dirinya di atas katil. Fikirannya buntu. Kanapa sejak- akhir-akhir ini, bukti-bukti banyak menunjukkan tentang kewujudan tuhan. Unice tahu abangnya tidak bersalah dan tindakannya yang memarahi abangnya adalah satu perbuatan yang tidak wajar.

“Ah, apa yang aku dah buat? Esok, aku mesti minta maaf pada abang.” Unice kesal dengan dirinya yang melempiaskan kemarahannya kepada abangnya. Pasti abangnya berkecil hati.

‘Ah! What’s wrong with me??!!’ Unice menjerit di dalam hati.

******

~Hamba Rabbani~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s