Antara sahabat dan ikhwan

    Pada suatu hari terjadi percakapan di antara Nabi Sallahu a’laihi wassalam dengan Abu Bakar As-Siddiq, sahabat-sahabat yang lain turut pun ada mendengarkanya.

“Wahai Abu Bakar, begitu rinduku untuk bertemu dengan saudara-saudaraku (Ikhwan).”

“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” jawab Abu Bakar.

“Bukan!” jawab nabi.

“Kamu ini adalah sahabat-sahabatku,” selanjutnya Nab berkata, dan menegaskanya.

Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar, juga sahabat-sahabatnya lain yang hadir. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Nabi sallahu a’laihi wassalam itu penuh kerinduan? Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana percakapan menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya, malahan ini persoalan yang belum pernah mereka dengar Nabi sallahu a’laihi wassalam.

Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekailan sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah baginda menghuraikannya.

“Ikhwan (saudara-saudaraku) ku.”

“Mereka belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka.”

“Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?” bertanya sahabat baginda, mereka masih merasa hairan dan ingin tahu perjelasan Nabi sallahu a’laihi wassalam selanjutnya.

“ Kamu adalah sahabat-sahabatku.” Jelas Nabi.

Begitulah Nabi sallahu a’laihi wassalammenerangkan bahawa mereka umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca al-Quran serta hadis dan kerana itu mereka mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah. Mereka juga mencintai Abu Bakar as-Siddiq dan sahabat-sahabat nabi yang berjuang untuk menegakkan islam.

Dalam sewaktu yang lain, baginda membicarakan kepada sahabat-sahabat tentang kemurnian iman ikhwan dan sekali lagi mereka menjadi kehairanan.

“Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?”demikian Nabi sallahu a’laihi wassalam bertanya sahabatnya.

“Malaikat,” jawab mereka.

“Bagaimana malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir  dengan Allah?” jawab baginda.

“Para nabi,”jawab mereka lagi.

“Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?” Nabi sallahu a’laihi wassalam membantah jawapan mereka.

“Kami,” jawab sahabat lagi.

“Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?” jawab Nabi sallahu a’laihi wassalm.

Betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan-jawapan Rasulullah itu dan mereka sudah cukup dapat memahaminya. Manakala Nabi sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini, yang paling ajaib imannya.

“Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman semua isinya.”

Nabi sallahu a’lahi wassalam pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman  ikhwan ini dalam sabdanya: “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”

Demikian Rasulullah mencintai ikhwan (umatnya) itu…

Sahibah seislammu,

nadi ummah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s