Muslim terhadap saudara-saudaranya dan sahabat-sahabatnya.


Mencintai mereka kerana Allah:

Sesungguhnya satu dari sifat-sifat muslim yang benar ialah cintanya kepada saudara-saudaranya dan sahabat-sahabatnya dengan cinta yang tinggi, bersih dari segala faedah, bersih dari dari segala tujuan dan jernih dari segala saduran. Cintanya ikhlas kerana Allah semata-mata, kerana mengharapkan keredhaan Allah. Itulah cinta persaudaraan yang benar yang terpancar dari cahaya lampu dan hidayah Rasulullah. Lalu menjadi satu misal perumpamaan yang tinggi dan agung yang tiada tolok bandingnya di dalam perhubungan kemanusiaan. Memberi kesan dan pengaruh kepda sikap manusia muslim, satu sikap yang luar biasa istimewa dan unik  didalam sejarah pergaulan manusia.

Sesungguhnya tali yang telah mengikat seorang muslim dengan saudaranya tanpa mengira bangsanya, bahasa dan warna kulitnya, ialah tali iman kepada Allah, tali Allahlah yang paling kuat.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara”

Persaudaraan atas dasar iman adalah ikatan jiwa yang paling kuat, simpulan hati yang paling teguh dan penghubungan akal dan roh yang paling kudus.

Tidak hairanlah kalau kita dapati bahawa buah persaudaraan yang unik itu menghasilkan gambaran cinta yang ajaib di dalam ketinggiannya. Inilah cinta suci yang sejati yang dinamakan oleh islam sebaga cinta kepada Allah dan kerana Allah. Itulah manusia muslim yang benar akan dapat menikmati kemanisan iman.

“Tiga perkara siapa yang ada padanya, dia menikmati kemanisan iman. Adlah Allah dan RasulNya lebih tercinta kepadanya dari yang lain dari keduanya. Dan dia mencintai seseorang yang tidak mencintainya kecuali kerana Allah sahaja. Dan dia benci untuk pulang (kembali) kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dia daripadanya sebagaimana dia benci dilemparkan kepada neraka.”

Cukuplah kemuliaan bagi ke dua orang yang berkasih sayang kerana Allah (s.w.t). Sesungguhnya Allah Taala Rabbul ‘Izzah menyeru mereka dan mempersil mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, pada hayri berhimpunnya sekalian bani Adam di padang Mahsyar yang maha luas itu.

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

“Di manakah orang-orang yang berkasih-sayang kerana kemuliaanKu.Pada hari ini aku pelindungi mereka di bawah naunganKu pada hari tiada lagi naungan kecuali naunganKu.”

(Riwayat Muslim)

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempunanya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih-sayang kerana Allah Subhanahu wa taala. Sesungguhnya cinta kerana Allah, bukan kerana sesuatu yang lain di dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan berbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh nafsu. Jadi cinta kerana Allah di dalam suasana yang sangat payah untuk dicapai. Tiada yang mampu disampainyakecuali orang yang bersih jiwanya, tingggi melangit semangatnya dan melihat hinanya dunia ini menurut pandangannya disamping keredhaan Allah (s.w.t). Tidaklah menghairankan kalau Allah (s.w.t) menyediakan bagi mereka makam darjat yang tinggi dan nikmat bahagian yang istimewa. Sesuai pula dengan kemuliaan dan ketinggian mereka di dunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia, yang serba mewah dan penuh perhiasannya. Kita dapati keterangan demikian dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda:

“Allah Azza Wajalla berfirman: ‘Orang-orang yang berkasih-sayang kerana kemuliaanKu mereka mempunyai manabir (beberapa mimbar) dari cahaya, para nabi dan syuhada’ menyukai mereka.”

(Riwayat Tirmizi)

Ini juga jelas terkandung di dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a):

“ Bahawasanya ada seorang lelaki pergi yang pergi menziarahi saudaranya (sahabatnya) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh satu malaikat untuk memerhatikannya di atas jalannya, maka tatkala dia sampai kepadanya berkatalah dia: ‘Hendak ke mana engkau?’ Lelaki tersebut menjawab: ‘ Aku hendak menemui seorang saudaraku di kampung itu.’ Malaikat  bertanya lagi: ‘ Adakah bagimu budi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya.’ ‘Tidak, akau mencintainya kerana Allah Taala.’ Maka berkatalah malaikat itu kepadanya: ‘Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau bahawa sesungguhnya Allah Taala telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”

(Riwayat Muslim)

Alangkah besarnya cinta yang demikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dia dan meredhainya. Sesungguhnya Rasulullah Sallahu alaihi wassalam telah mengetahui bagaimana besarnyakesan dan pengaruh cinta suci yang kuat itu kepada masyarakatdan bangsa-bangsa manusia. Oleh kerana itu baginda tidak pernah membiarkan satu kesempatan yang munasabah berlalu begitu sahaja kecuali menyeru muslimin kepeda pencintaan dan berkasih-sayang diantara mereka. Baginda juga memerintahkan juga supaya mereka mengisytiharkan rasa kasih sayang demikian supaya terbuka segala hati yang tertutup dan mekarlah kasih-sayang serta memelihara kejernihan persaudaraan di antara barisan muslimin.

Dari Anas radhiallahu a’nhu bahawasanya seorang lelaki yang berada di sisi Rasulullah  (s.a.w) maka seorang lagi lelaki melaluinya sambil berkata:

“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang itu’. Maka sabda Rasulullah:

‘ Sudahkah anda memberitahu dia?. ‘Tidak’ jawab lelaki tersebut. ‘ Maka hendaklah anda memberitahukan kepadanya.’ Maka pergilah dia menemui orang yang lalu tadi sambil berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah’ Maka berkatalah orang yang lalu tadi: ‘Semoga Allah mencintaimu yang keranaNya engkau mencintaiku.”

(Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih)

Demikian juga apa yang telah diperbuat oleh Rasulullah sebagai pelajaran dan pendidikan kepada kaum muslimin sepanjang masa. Supaya mereka tahu bagaimana membangunkan masyarakat mahabbah, yang berkasih-sayang dan bersaudara. Ini jelas kelihatan di dalam sabda baginda tatkala baginda memegang tangan Muaz:

“ Hai Muaz; demi Allah sesungguhnya aku menyintaimu. Kemudianku wasiatkan  kepadamu wahai Muaz: ‘Sekali-kali janganlah engkau meninggalkan di akhir tiap sembahyang doamu ini.”

(Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

Imam Malek telah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Muatta dengan sandaran sahih dari Idris Al-Khaulani yang berkata:

“Aku telah memasuki masjid Damsyik tiba-tiba aku melihat seorang pemuda yang berseri-seri mukanya, tiba-tiba manusia ramai bersama dia, maka apabila mereka berselisih di dalam sesuatu perkara, mereka minta pandangan daripadanya dan mereka mengikuti pandangannya. Maka aku pun bertanya siapa dia? Maka dikatakanlah: Itulah Muaz bin Jabal radhiallahu a’nhu. Pada hari besoknya aku berpagi-pagi ke masjid, maka aku dapati dia mendahuluiku. Dan aku dapati dia sedang solat. Maka aku menunggu hingga dia selesai daripada solatnya. Kemudian aku datang kehadapan wajahnya. Maka aku mengucap salam kepadanya, kemudianku katakan padanya: ‘ Demi Allah, sesunggguhnya aku menyintaimu.’ Maka berkatalah dia: ‘Kerana Allahkah?’ Maka jawab lagi: ‘Kerana Allah’. Dia bertanya lagi:’Kerana Allahkah?’. Aku menjawab lagi: ‘Kerana Allah.’ Maka dia terus merangkuli aku dengan pakaiannya lalu menarik aku kepadanya sambil berkata: ‘Bergembiralah kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah sallahu alaihi wassal berkata:

“Allah telah berfirman; Telah wajib cintaKu pada orang yang berkasih-sayang kerana Aku dan orang yang duduk bersama kerana Aku, dan orang yang ziarah-menziarahi kerana Aku. Dan orang yang selalu bertukar pemberian keranaKu.”

(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas’ud berkata radhiallahu a’nhu berkata.,Nabi sallahu alaihi wasslam bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.” Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih-sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.

Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, “Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain itu, maka pastilah kamu orang yang lemah akal fikirannya.”

Sahabat (Ukhuwah fillah!)

* * * * *

Sahabat seperjuangan,

Perindu Firdausi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s