BESTnyerrr…

Assalamualaikum,
Apa khabar? Sihat? Kalau sihat ucap alhamdulillah. Kalau tak pun ucap alhamdulillah kerana kita masih bernafas. Bagaimana kalau suatu hari nanti kita bangun dah gelap?

Eh bestnyerr…Apa yang best sangat tu? Kenapa tajuknya bestnyerrr…? Kawan-kawan, kat dunia ni apa yang kawan-kawan rasa paling best? Mesti bila impian kawan-kawan tercapai kan? Dapat PC ke, laptop ke. Siapa tak gembira. Saya paling gembira bila saya bahagia. Yalah, kalau tak bahagia mana gembira kan? Macam-macam boleh buat saya gembira! Tapi, itu semua kat dunia. Kat akhirat macam mana pulak ek? Part mana paling happy? Mestilah bila dapat masuk syurga! Dapat jumpa bidadari, dapat macam-macam, ye tak? Petik jari je whush…terus ada depan mata. Best kan? Tapi kawan-kawan, ada yang lagi best tau. Best sangat! Ye ke lagi best dari masuk syurga? Betul. Saya tak tipu. Tipu kan sifat orang munafik. Best sangat sangat sangat. Tak pejam mata punya. Jauh lagi best dari syurga. Nak tahu tak apa yang best tu? Apa lagi, mestilah bila dapat tengok keindahan pencipta kepada semua keindahan…Dapat melihat zat Allah! Wah, bestnyerrr… Tak terungkap oleh kata. Waktu tu kan, semua air mata bercucuran, hati-hati bergetar, mata-mata terpesona, dan lidah terus melafazkan syukur. Gembira yang tiada taranya. Apa-apa pun tidak dapat tandinginya. Best kan kalau kita jadi orang yang terpilih? Bukan semua yang dapat tau! Dan amatlah RUGI orang yang tidak dapat melihat-Nya. Pohon pun berbaris nak tengok. Air sungai berhenti mengalir. Segembira mana pun kita melihat artis pujaan, mana dapat tandingi kegembiraan orang-orang yang dapat melihat Allah. Yang mencipta jauh lebih baik dari yang dicipta. SubhanAllah…! Nanti dapat tengok direct tanpa apa-apa hijab. Bestnya! Tapi nak tengok bukan free je tau. Kena mujahadah dulu kat dunia. Allah cuma bagi yang terpilih je. Jadi berusahalah sungguh-sungguh. Cintailah Dia dengan sesungguhnya. Tak malu ke kita kalau pulang kepada Allah dengan diri penuh dosa sedangkan kita dicipta seperti kain putih yang bersih? Kalau di dunia kita tidak ingat Allah, jangan haraplah dapat melihat wajahNya nanti. Sedangkan kita datang daripada Allah dan akan kembali kepadaNya. Begitu banyak yang Dia bagi pada kita tapi apa yang kita buat kat dunia ni? Bermimpi-mimpi untuk berjumpa Allah tapi usahanya zero. Ingat, mujahadah itu pahit tapi hasilnya manis. Belajarlah buat sesuatu karana Allah nescaya kita akan memperoleh ketenangan di dunia dan kegembiraan di akhirat. Jadilah seperti Rasulullah yang amat mencintai Rabbnya. Cintailah Dia sebagaimana tingginya cinta Sang Rabi’ah.

Dari Jarir bin Abdillah katanya, “Suatu malam Rsulullah s.a.w memandang bulan purnama. Baginda lalu bersabda, ‘Sesungguhnya kamu akan memandang kepada Tuhanmu sebagaimana kamu memandang bulan purnama. Tidak ada halangan dalam penglihatan-Nya. Maka sesiapa yang mampu untuk tidak melalaikan solat sebelum terbit matahri dan sebelum terbenam, maka lakukanlah.”

Menurut al-Hafiz Ibn Kathir dalam Nihayah, mamandang Zat Allah s.w.t. ini berlaku seperti pada waktu-waktu ibadah. Ahli syurga yang paling tinggi diperkenankan untuk memandang Allah setiap pagi dan petang. Sementara kebanyakan ahli syurga hanya dapat melihat seminggu sahaja. Beruntungnya! Yang rugi kalau Allah tak sudi nak berjumpa dengannya. Merekalah orang yang tidak mengenal Allah di dunia dan tidak dapat melihatNya di akhirat kelak. Ruginya dia! Berkata Abu Hamid al-Ghazali, “Setiap orang yang tidak mengenal Allah di dunia tidak akan dapat melihatNya di akhirat. Dan setiap orang yang tidak pernah merasakan kelazatan mengenal Allah di dunia, tidak akan merasai kelazatan melihat Allah di akhirat. Seseorang tidak akan menuai kecuali apa yang ia semai.” Nak ke kita tergolong dalam orang yang rugi? Nauzubillah…Kat dunia bila kerugian je, kita boleh cover balik. Tapi kat akhirat, selama-lamanyalah rugi.

Allah berfirman, “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka. Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup daripada (memandang) Tuhan mereka.” [al-Muthoffifin : 14-15]

Sangat-sangatlah rugi mereka tu kawan-kawan. Dahlah tidak dapat melihat keindahan Allah, tetapi juga terbakar dalam api penyesalan yang sangat menyakitkan. Juga api neraka yang maha pedih.

Kawan-kawan, kita perlulah cuba untuk mencapai darjat ihsan. Apa tu ye? Tak pernah dengar pun. Ha! Ihsan tu kata Ibn Rajab al-Hanbali adalah menyembah Allah di dunia dengan menghadirkan hati dan muraqabah. Seolah-olah ia melihat dan memandang Allah s.w.t dengan hatinya ketika beribadah. Macam kita jumpa raja lah kawan-kawan. Mesti kita akan berasa gerun dan buat dengan bersungguh-sungguh. Tapi balasannya bestlah. Dapat melihat Allah dengan mata zahir!

Al khatib al-Baghdadi meriwayatkan dalam Tarikh Baghdad daripada ‘Asim al-Harbi : “Aku bermimpi melihat Bisyr bin al-Harith al-Hafi. Aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Abu Nasr, dari manakah engkau?’ Ia menjawab, ‘Aku dari ‘iliyyin (Tempat bagi arwah orang soleh). Aku bertanya lagi, “Di mana Ahmad bin Hanbal?’ Ia menjawab, Aku tadi melihatnya di hadapan Allah s.w.t bersama Abdul Wahab al-Warraq tengah menikmati makanan dan minuman.” Aku bertanya lagi, ‘Kenapa engkau tidak bersama merka?’ Ia menjawab, “Allah mengetahui bahawa aku tidak terlalu suka makan dan minum. Maka ia membolehkanku memandang kepada wajahNya.’

Di saat seorang hamba melihat tuhannya, tiada yang disukai dari terus melihat wajahNya. Dia Maha Indah, pencipta kepada keindahan dan amat menyukai keindahan. Sebenarnya Allah tidak pernah terhijab tetapi kitalah yang terhijab dari memandangNya lantaran dunia dan seisinya beserta nafsu. Di akhirat nanti, hijab itu akan terungkai dan tiada yang menghalangi dari seorang hamba melihat Tuhanya melainkan selendang kesombonganNya. Dan di saat Allah perkenankan, mata-mata akan terpana tanpa melihat ke arah lain lagi. SubhanAllah…Maha Suci Allah!

Best tak kawan-kawan? Kalau macam tu jom kita sama-sama mujahadah lawan nafsu dan cintai Allah. Pastu, sama-sama kita dapat berdampingan dengan Allah. Owh, bestnyerrr…! Jom mulakan dari sekarang. Kalau bukan sekarang bila lagi? Nak ke kalau Allah lambatkan kita dari melihatNya? Tak nak lah! Tak best! Sengsara nanti sedangkan hati waktu tu sarat menanggung ridu. Orang lain dapat awal. Ye lah, diorang segera buat perintah Allah. Jadi, jom! Tak sabarnya! Nak ganjaran the best usaha pun mestilah best jugak. Bukan good je.

Kawan-kawan, semoga kita menjadi antara hamba-hambaNya yang diperkenankan untuk mengenal Allah sesungguhnya kerana tak kenal maka tak cinta dan hidup bersamaNya di kehidupan duniawi, sehingga mendapatkan kelazatan tak terkira apabila hijab tersingkap dan memandangnya dalam kehidupan ukhrawi. Ameen… Kita buat sama-sama ya, kawan-kawan? Nanti best pun sama-sama. Insha Allah.

I love you…Allah

Dari hati yang mekar mencintaiMu,
Hamba Rabbani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s