Perjalanan 6

(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Ar-rad : 28

“Selamat pagi.” Ucap Unice sambil mencium kedua belah pipi ibunya. Puan Jennifer tersenyum.

“Selamat pagi.” Dia meletakkan sepinggan kek keju perisa blueberry dan sekotak fresh oren di atas meja. Kemudian kek itu dipotong-potong. Sepotong kek diambil dan dimasukkan ke dalam mulut. Unice meniru perbuatan ibunya sambil melabuhkan punggung ke kerusi.

“Em..sedapnya. Mummy buat ke?” Tanya Unice. Puan Jennifer ni bila datang masa rajinnya macam-macam dibuatnya. Kalau tidak, jangan haraplah.

“Taklah. Tadi keluar kejap. Singgahlah sekejap kat Secret Recipe.” Puan Jennifer masuk ke dapur dan hilang dari pandangan Unice. Dia mengambil sebiji epal hijau dari dalam peti sejuk dan dibelah tujuh. Kemudian dibawa ke hadapan.

“Apple for you.” Sepinggan epal diletakkan di hadapan Unice. Kemudian dia berjalan semula ke dapur.

“Thanks.” Unice mengambil sepotong epal dan digigit. Berkerut sedikit dahinya kerana kemasaman epal tersebut.

“Makan tak tunggu abang.” Jonathan tiba-tiba datang dan duduk di sebelah Unice. Sepotong epal disambar dan dimasukkan ke dalam mulut. Kemudian diteguk pula segelas fresh oren.

“Hmm…” Unice malas hendak melayan. Kalau dengan abangnya, sampai esok tak habis. Unice mengambil lagi sepotong kek keju. Baru sahaja hendak dimasukkan ke dalam mulut, Carl turun dari tangga dengan tegesa-gesa. Di tangannya terdapat sebuah buku.

“Carl, where are you going?” Soal Puan Jennifer sambil bergerak menghampiri meja makan. Unice turut memandang Carl. Hanya Jonathan yang tidak mengalihkan pandangannya.

“Jumpa kawan.” Jawab Carl pendek. Carl mendekati Puan Jennifer dan mencium pipi ibunya. “Pergi dulu.” Dia terus bergerak ke pintu. Unice hanya memerhati. Tiba-tiba dia terperasankan sesuatu. Buku yang dipegang Carl. “Macam pernah nampak je buku tu…” Fikir Unice. Tak diingat pula di mana.

“Ah, biarlah.” Unice menyambung makannya yang tergendala.

“Nah, makan lagi. Badan macam asam keping je.” Jonathan menolak pinggan berisi kek keju ke hadapan Unice. Unice menolak perlahan. “Tak nak. Cheese. Nanti gemuk.” Ujar Unice. Jonathan membuat muka.

“Dah gemuk pun.” Selamba sahaja dia menyuapkan lagi kek keju ke dalam mulut. Unice menarik muka masam. Niat di hati hendak mengambil sepotong lagi kek terus dibatalkan.

Unice menarik kerusinya ke belakang dan bangun. Sebelum itu, dia meneguk sedikit fresh oren yang masih berbaki.
“Eh, dah?” Tanya Puan Jennifer apabila ternampak Unice bangun. Unice menjeling Jonathan. “A’ah. Orang kurus nak makan. Takut tak cukup pulak.” Sindir Unice. Jonathan buat tidak tahu.

“Oh, tinggalkan untuk mummy ye? Tak pe lah, Jo nak pergi kerja dulu ye, mummy.” Jonathan bangkit dari kerusinya. Saje dia mengenakan Unice.

Puan Jennifer terpinga-pinga. ‘Aku ke yang kurus tu?’ Fikir Puan Jennifer. Memang tubuhnya agak ramping tetapi dari nada Unice tadi seperti ditujukan kepada Jonathan. Puan Jennifer hanya tersenyum.

“….I’ll be waiting, or..” Baru sahaja Unice hendak meninggalkan meja makan, Taylor Swift sudah melalak dari telefon bimbitnya. Unice segera menekan punat ‘answer’. Telefon bimbit itu ditekap ke telinga.
“Helo.”
“Helo. Unice?”
“Hmm…saya. Siapa ni?”
“Eisha.”
“Eisha mana ya?” Unice ingat-ingat lupa pada nama itu.
“Yang dalam komuter tu.” Kata-kata Eisha menarik tawa Unice. Macam manalah dia boleh lupa. Sudah dua kali dia bertemu Eisha.
“Oh, Eisha. Assalamualaikum. Sorry. Memory low kot.” Unice bergurau. Sempat lagi dia memberi salam.
“Waalaikumussalam. Tak apa. Unice ada aktiviti apa-apa tak hari ni?” Tanya Eisha Humaira’ lembut.
“Kenapa?”
“Tak adalah. Ingatkan kalau Unice kosong, nak ajak Unice jalan-jalan.” Beritahu Eisha Humaira’.
“Sound interesting. Jap ye nak fikir dulu.” Unice mengingat-ingat. Setahunya hari ini dia tiada apa-apa aktiviti.
“Hmm…okeylah. Pukul 11 okay?”
“Insha Allah. Saya tunggu kat The Mall.” Perbualan mereka berakhir di situ. Unice memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket. Tiba-tiba Unice teringat sesuatu.
“Nope. Aku ada temujanji dengan Adam.” Adam. Adam. Adam. Macam manalah dia boleh lupa?

Unice mengeluarkan kembali telefon bimbitnya. Hasrat di hati hendak menelefon Eisha kembali.
“Takpe lah. Dengan Adam dah selalu. Dengan Eisha baru sekali dua.” Putus Unice pula. Telefon bimbitnya ditatap. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Unice pantas menekan punat ‘call.’

“Helo. Eisha?” Terus Unice bertanya.
“Unice, I ni. Siapa Eisha?” Kedengaran suara Adam di hujung talian. Unice menarik nafas panjang.
“Oh, Adam. Eisha tu kawan Unice. Hmm…kenapa?” Unice tidak berminat hendak menerangkan tentang Eisha.
“Dah siap belum? I akan jemput you one hour dari sekarang.” Balas Adam.
“Err…Adam. I…”
“Kenapa?” Adam hairan.
“I ada hal mengejut. Sorry sangat.” Unice berbicara perlahan. Adam mendesah kecewa. Sebuah keluhan terluah dari dua bibirnya.
“Hmm…nak buat macam mana kan?” Adam seakan hilang semangat.
“Sorry…Lain kali ya?” Pujuk Unice.
“Okay. Bye.” Adam mematikan talian. Unice menyimpan telefon bimbitnya.

Selesai satu masalah.

******
“Argh!!” Adam menjerit sekuat hati. Telefon bimbitnya dibaling sekuat hati. Pecah berderai.

“Penat-penat aku planning untuk dia senang-senang je dia cancel.” Teriak Adam lagi.

“Abang, nak keluar kejap.” Seorang perempuan berjubah dan bertudung agak labuh datang menghampiri. Telefon bimbit yang sudah pecah berderai diambil dan diletak di atas meja.

“Kau nak pergi mana?” Kasar Adam bertanya.

“KL. Pergi dulu. Assalamualaikum.” Dia terus melangkah keluar.

Adam hanya menatap belakang tubuh perempuan itu.

“Argh!!” Adam kembali melempiaskan jeritannya ke seluruh pelusuk rumah. Langsung tidak melambangkan peribadi seorang yang beragama Islam.

******
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Eisha Humaira’ menyabut salam penuh kesejahteraan itu. Unice menyambutnya dengan senyuman. Gadis cina itu memang tidak lekang dengan senyumannya.
“Lama tunggu?” Soal Unice.
“Tak adalah. Baru je.” Jawab Eisha Humaira’ jujur.

“Saya nak bawa Unice pergi ke satu tempat ni.” Kata Eisha Humaira’.
“Ye ke?” Ujar Unice teruja.
“Jomlah.” Eisha Humaira’ tersenyum. Tangan Unice digamit.

Mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat dua. Sepanjang perjalanan, Eisha mengambil peluang untuk berta’aruf lebih lanjut dengan Unice. Keramahan gadis berbangsa cina itu membuatkan Eisha tidak kekok untuk lebih mesra dengannya.

“Ha! Inilah tempatnya.” Di hadapan mereka terdapat sebuah kedai buku. Teratak Ilmu namanya. Alunan ayat suci al-Quran begitu merdu kedengaran. Kaki Unice berhenti di hadapan kedai buku tersebut.

“Boleh ke saya masuk?” Unice ragu-ragu.
“Apa tak bolehnya? Dia tak tulis pun siapa boleh masuk siapa tak boleh.” Eisha Humaira’ menarik tangan Unice. Unice terdorong ke hadapan memasuki kedai tersebut. Aura dingin menyapa tubuhnya. Bukan setakat itu, hatinya merasa lain. Berbeza dengan tempat-tempat yang dia pernah jejak sebelum ini. Bacaan ayat suci al-Quran terus berlegar-legar di dalam kepalanya. Serta merta dia teringat akan niatnya hendak meng’upload’ lagu ini dari youtube.

“Lagu ni ada dekat youtube tak?” Tanya Unice tiba-tiba. Eisha Humaira’ terkejut. Pantas sahaja dia mengangguk.
“Apa tajuknya?”
Soalan Unice membuahkan senyuman di bibir Eisha Humaira’.
“Suka ke?”
Unice mengangguk.
“Jangan risau. Kat sini ada jual.” Eisha Humaira’ menundingkan jari ke deretan cd yang dijual di situ.
“Al-Quran?” Unice terkejut membaca perkataan yang tertera di bekas cd itu. Eisha Humaira’ mengangguk.
“Unice, inilah bacaan al-Quran. Ia bukan lagu.”
Tiba-tiba Unice teringat al-Quran Eisha Humaira’ yang ada padanya. Al-Quran itu masih elok tersimpan di dalam lacinya.
“Eisha, al-Quran awak hari tu tertinggal dalam komuter.” Beritahu Unice.
“Ye ke? Puas saya cari.” Cemas betul raut wajah Eisha Humaira’. Macam kehilangan sesuatu yang amat berharga.
“Ada pada saya.” Beritahu Unice. Eisha Humaira’ menarik nafas lega. “Alhamdulillah…Lega saya.” Katanya.

“Kenapa Eisha takut sangat?”
“Mestilah. Saya bimbang jatuh pada tangan non-muslim yang bencikan Islam. Takut al-Quran itu dirobek-robek, dibuang dan sebagainya.” Balas Eisha Humaira’ tenang.
“Saya kan non-muslim? Kenapa Eisha yakin saya tak buat macam tu?” Unice sengaja menduga walau hakikatnya dia tak akan berbuat begitu. Meskipun dia tidak beragama namun dia amat menghormati agama lain malah amat suka berjinak-jinak dengannya.

Eisha Humaira’ menggeleng perlahan. Tangannya menyentuh bahu Unice. “Tak. Saya percayakan Unice.” Lembut suaranya menyentuh cuping telinga Unice. “Mulai hari ini, al-Quran tu jadi milik Unice.” Sambungnya lagi.
Unice terkejut mendengarnya. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasa. Yang pasti, dia amat senang menerimanya. Mungkin dia boleh anggap al-Quran itu sebagai hadiah.

“Terima kasih. Tapi kan itu ayah Eisha yang bagi. Tak sayang ke?” Lafaz Unice terharu. Kalau dialah, benda yang diberi oleh orang tersayang tidak akan dihadiahkan kepada orang lain.

“Sayang. Tapi saya pun sayang Unice. Jagalah al-Quran itu batul-betul. Ia ibarat jiwa kami, orang Islam. Letakkan di tempat yang tinggi. Meskipun awak bukan beragama Islam tapi saya percaya awak amat menjaga kehormatan agama lain. Jaga seperti nyawa awak ya?” Pesan Eisha Humaira’. Unice mengangguk. Dulu semasa dia menyimpan bible, tak adalah kawannya berpesan itu dan ini. Unice nampak betapa orang Islam menjaga dan memelihara kitab suci mereka.

“Okay tak buku ni?” Eisha Humaira’ menunjukkan senaskah buku novel berjudul Isabella. Kulit bukunya nampak menarik.

“Okay.” Unice mencapai senaskah dan membaca sinopsis di belakangnya. Tentang penderitaan seorang gadis yang memasuki agama Islam. Gadis itu asalnya beragama Kristian dan anak kepada ketua paderi di situ.
“Menarik.” Getus Unice.
“Nah, untuk awak. From me.” Eisha Humaira’ tiba-tiba menghulurkan plastik putih berisi buku. Unice menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih. Tiba-tiba telefon bimbit Unice berdering. Tertera nombor yang tidak dikenalinya di skrin.
“Helo.”
“Helo. Unice. Adam ni.” Suara Adam kedengaran tidak bermaya.
“Adam! Kenapa tukar nombor?” Tanya Unice.
“Handset terjatuh. Ni handset kawan.” Bohong Adam.
Unice diam.
“Unice, kat mana ni?” Soal Adam. Cuping telinganya dapat mendengar bunyi bacaan al-Quran. Hatinya mulai curiga.
“Kat mall.” Jawab Unice jujur.
“Adam pergi sana ya?”
“Eh, tak payah. Unice nak balik dah ni.” Tegah Unice.
“Hmm…kalau macam tu tak apalah.” Adam mengalah.
“Err…”
Unice teragak-agak mahu bertanya.
“Cakaplah.” Gesa Adam. Suaranya dilembutkan.
“Adam dah…so..lat?” Tanya Unice terbata-bata. Entah kenapa, dia rasa dia perlu mengingatkan Adam. Mungkin sebabnya Adam lalai dengan solat.
Adam tersentak. “You ni kenapa? Do I look like Pak Arab to you? Tak payah sibuk jaga tepi kain orang. You mana tahu. Dalam Islam ada kelonggaran.” Dalih Adam sedikit meninggi. Dia tidak suka Unice bertanya begitu.
“Tak ada apalah. Bye.” Unice mematikan talian. Malas dia mahu berbicara dengan Adam. Entah betul entah tidak. Kelonggaran apa yang Islam bagi untuk lelaki macam Adam? Unice sedar dia jahil dengan agama Islam tapi dia masih tahu basicnya. Islam amat menekankan solat. Dan setahunya tiada excuse dalam solat walaupun seseorang itu lumpuh seluruh badan sekalipun. Lainlah orang perempuan yang uzur. Tapi Adam? Uzur?
“Unice siapa call?” Suara Eisha humaira’ membawa Unice ke alam nyata. Unice yang sedang menyimpan telefon bimbitnya segera menoleh. Seurat senyuman terukir di bibirnya.
“Kawan.” Jawab Unice pendek.
“Kawan?” Eisha Humaira’ mengesyaki sesuatu. Ada sesuatu yang menarik pendengarannya tadi. Dia tanpa sengaja terdengar perbualan Unice.
“Ha’ah.” Unice mengangguk.
“Islam? Lelaki?”
“Yup.” Unice tidak menafikan. Eisha Humaira’ mengucap panjang. Bibirnya tidak henti-henti melafazkan istighfar. Sangkaannya tidak meleset. Dia takut apa yang dia fikirkan betul.
“Jom kita balik.” Ajak Unice. Eisha Humaira’ tidak membantah.

******
~Hamba Rabbani~

2 thoughts on “Perjalanan 6

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s