Resepi cinta

Bila cinta apa buktinya?

1. Segera sahut call dari-Nya
~Allahu Akbar! Allahu Akbar! Sahutlah call dari Nya. Apabila Allah mahu ‘berjumpa’ dengan kita, segeralah berjumpa denganNya.

2. Selalu baca email dan SMS dariNya
~Lebihkanlah membuka al-Quran dari email, facebook dan sebagainya.

3. Pandang MMS dariNya selalu
~Lihatlah alam, pokok-pokok dan semua ciptaanNya dan kagumilah penciptaNya.

4. Suka ber’dating’ denganNya
~Dalam banyak-banyak dating, dating dengan Allah nilah yang halal dan paling nikmat. Malu-malulah saat ber’dating dengannya (yakni) tundukkanlah pandangan ke tempat sujud.

5. Sentiasa rindu dan mengingatiNya.
~Angaulah dalam cinta kepada Allah. Ubatilah rindu itu dengan membuka SMS cinta dariNya selalu.

6. NamaNya terukir di bibirmu.
~Sentiasa puji dan sebut-sebut namaNya ya! Laksana seorang kekasih yang selalu memuji kekasihnya.

7. Tetap setia walau diuji.
~Jangan beralih pada yang lain. Jadikan Allah yang Satu. Anggap ujian adalah hadiah yang paling berharga dari Kekasih hati kita.

8. Cintailah sesuatu keranaNya. Bencilah sesuatu keranaNya.
~Cinta memerlukan pengorbanan. Janganlah melakukan perkara yang dibenciNya.

9. Habiskan air mata bersamaNya.
~Kekasih selalu menjadi tempat mengadu. Adulah segala masalah kita. Dan pohonlah penyelesaian dengan air mata. Menangislah kerana takut padaNya.

10. Hanya Dia di hati.
~Ketika berjumpa dengannya fokuskan segalanya hanya padaNya. Jangan terfikirkan perkara lain selainNya.

11. Cemburu.
~Cemburu tanda cinta. Cemburulah saat melihat orang lain berdating lama-lama dengan Allah. Cemburulah bila lihat ada yang lebih hampir denganNya. Tingkatkan ibadah dan rebutlah tempat untuk bersamaNya.

12. Berusaha mendapat perhatiannya.
~Perhatian ini bermaksud redha. Raihlah redha-Nya. Bila Dia redha, hati kita akan tenang.

13. Ikhlas mencintaiNya.
~Janganlah cinta kerana syurga atau neraka. Cintailah Dia dengan sebenar-benar cinta.

Sudahkah kita melakukan semuanya?

~Buktikan cinta kita!~

~Hamba Rabbani~

4 thoughts on “Resepi cinta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s