PenyaKit PeMuDa ( 1 )

Assalamualaikum..setelah lama saya menghilangkan diri,
Hari ini saya akan menyambung ilmu kita..(Penyakit Pemuda)
Seperti yang saya kemukakan hari itu, penyakit pemuda yang akan kita pelajari adalah :
Hubungan dengan Allah tidak kuat
Sesungguhnya di antara seorang hamba dan Tuhannya terdapat suatu tali yang tidak pernah terputus, sementara tali yang menghubungkan antara sesama manusia sering terputus.
Pada suatu hari beberapa orang sahabat mengadakan perjalanan bersama Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan itu, para sahabat bertanya kepada beliau: “Wahai Rasulullah, apakah Tuhan dengan kita sehingga cukup berbisik denganNya, ataukah Tuhan jauh dari kita sehingga harus memanggilNya?”
Lalu Allah SWT berfirman:
واذا سألك عبادى عنى فانى قريب
Ertinya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hamper (kepada mereka).
(Al-Baqarah: 186)
Oleh kerana itu seorang hamba semestinya selalu mengangkat kedua tangannya kepada Allah SWT, sehingga Allah mendengar dan mengabulkan doanya.
Hubungan seorang hamba dengan Allah boleh dilakukan melalui peibagai macam ibadat, di antaranya yang paling mulia adalah dengan melaksanakan solat.
Solat boleh juga disebut dengan sholah ( hubungan ), kerana dapat menghubungkan seorang hamba dengan Tuhannya.
Seorang hamba yang soleh berkata: “Selamat atasmu. Wahai anak Adam. Siramkanlah air dingin untuk berwuduk dan masuk ke rumah Allah.” Di rumah inilah para penguasa dan rakyat berkumpul. Begitu pula peniaga dan orang miskin. Mereka berkumpul untuk mendengar perbincangan seorang pemimpin yang menyerukan kewajipan syariat kepada Allah SWT.
Di antara bentuk hubungan seorang hamba dengan Allah adalah doa. Doa inilah yang sudah hilang dari kita. Kita semstinya selalu mengangkat kedua tangan untuk berdoa kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah senang kepada hambaNya yang sering meminta kepadaNya, dan Allah murka jika tidak meminta kepadaNya.

Lain halnya dengan manusia, jika diminta dia akan marah.
Seseorang jika sering dimintai sesuatu, maka dia akan semakin marah. Sedangkan Allah, semakin kita sering meminta kepadaNya, maka Dia semakin cinta kepada kita.
Para pemuda semestinya memperbanyak berdoa kepada Allah SWT. Sesiapa yang memperbanyak doa maka Allah tidak menyia-nyiakannya.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raaf: 55 yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
لن يهلك مع الدعاء أحد
Ertinya: Seseorang tidak akan binasa hanya kerana berdoa.
( H.R. Ibn Hibban )
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tirmizi disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
أفضل العبادة انتظار الفرج
Ertinya: Sebaik- baik ibadat adalah bersabar menunggu kelapangan
( H.R. Tirmizi )
Oleh kerana itu wahai para pemuda, kita wajib memperbanyak dan memprtkuat hubungan dengan Allah SWT.
Di antara hubungan seoarnga hamba dengan Allah SWT adalah berzikir, bertasbih dan bertahmid kepadaNya.
Di antara hubungan seorang hamba dengan Allah SWT adalah membaca al-Quran.

! Penyeru Ad-Deen!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s