Anjuran mempelajari bahasa asing.

 

 

Pengaruh  yahudi di Madinah dan sekitarnya amat terasa sekali. Tiga kabilah Yahudi yang besar itu ialah bani Nadhir, Bani Quraidhah dan bani  Qainuqa’. Mereka berjumlah di sekitar 10,000 orang yang mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat.

 

Pada mula-mula Nabi Sallaha’laihi wassalam berhijrah ke Madinah, baginda telah menyusun piagam bagi mendamaikan golongan yang ada dan mengatur hak dan kewajipan dan dilarang peraturang itu dari dicabuli oleh mana-mana pihak.

 

Golongan Yahudi yang berada di tanah Arab itu datangnya dari Palestina. Mereka cekap mempelajari bahasa Arab, tetapi sikap Yahudi mereka dipelihara dengan baik. Bahasa Ibrani mereka dijaga dari sebarang pengaruh bahasa Arab. Penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah dan mendirikan negara Islam telah meningkatkan perasaan kedengkian Yahudi kepada Islam yang cukup mendalam.

 

Namun di antara golongan Yahudi ada yang memeluk islam dengan rela hati seperti Abdullah bin Salam. Beliau seorang tokoh Habar (ahli keagamaan)Yahudi dan cukup mahir dengan isi kitab Taurat.

 

Dalam hubungan ini Nabi s.a.w amat memerlukan sahabat-sahabat yang mahir berbahasa asing: Khususnya bahasa Ibrani dari bahasa Yahudi. Tujuannya supaya dapat berkomunikasi denga lebih berkesan, disamping itu memerhatikan tindak-tanduk mereka terhadap Islam, apa lagi apabila diketahui mereka meningkatkan hubungan dengan Quraisy di Mekah dan klain-lain golongan sekitar Madinah.

 

Nabi telah menunjukkan supaya Zaid bin Thabit segera mempelajari bahasa Yahudi dan mempelajari kitab mereka. Dengan cekap dan masa hampir setengan bulan Zaid telah dapat menguasainya. Zaid adalah seorang penulis Nabi sallahua’laihi wassalam yang aktif dan sangat ahli ilmu faraidh.

 

Kedudukan Zaid sebagai jurubahasa amat penting bagi Rasulullah kerana Yahudi merupakan lawan terbesar di Kota Madinah. Jika Nabi s.a.w mengirim surat  kepada golongan Yahudi maka Zaid inilah  yang akan menulis surat dalam bahasa mereka. Begitu juga apabila mereka membalas atau menulis kepada Nabi, Zai juga yang akan menterjemahkan.

 

Disamping Zaid ini, Abdullah bin Salam juga memberikan kerjasamakepada Nabi s.a.w apabila menghadapi Yahudi. Sebagai bekas tokoh Yahudi belaiu paling mengetahui persoalan mengenai Yahudi seperti perkara-perkara hukum dan sebagainya.

 

Sekali peristiwa telah berlaku iaitu seorang wanita Yahudi telah melakukan zina dengan seorang lelaki sebangsanya. Masaalah ini dibawa kepada Nabi sallahua’alahi wassalam dan baginda perlu menjatuhkan hukumannya, kerana ia berlaku dalam wilayah Islam dan dalam kehidupan beragama, Yahudi boleh melaksanakan ajaran Taurat.

“Hukuman apa yang kamu temui dalam Taurat terhadap orang yang berzina?” Nabi s.a.w bertanya kepada Yahudi.

 

“Kami hitamkan mukanya dan kami hinakan. Kami akan naikkan mereka ke atas kenderaan dan dibawa berkeliling kota,” jawab golongan yahudi itu.

 

“Bacakan kepada kami isi Taurat itu mengenai perkara itu jika kamu benar,” kata Rasulullah sallahua’alaihi wassalam lagi.

 

Seorang yahudi membacakan kitab Taurat itu di depan Nabi s.a.w dan mereka cuba membohongi baginda iaitu sambil membaca beliau  menutupkan ayat-ayat yang mengenai hukum sebenarnya. Beliau membacakan isi Taurat yang sebelum dan sesudahnya, ayat hukum direjam ditutupi dengan tangannya.

 

“Perintahkan agar beliau mengangkat tangannya,” demikian Abdullah bin Salam memberitahu Nabi s.a.w. Setelah itu nyatalah bahawa ayat hukuman rejam disembunyikan mereka. Begitulah tipu muslihat Yahudi yang sering memutarbelitkan isi Taurat.

 

Kedua orang berzina itu disuruh Nabi dihukum dengan direjamsesuai dengan hukuman Allah dalam kitab Taurat. Kehadiran Abdullah bin Salam mendapingi Rasulullah sallahua’alahi wassalam telah membantu baginda dalam mengetahui muslihat-muslihat Yahudi itu.

 

Apa yang berlaku di sini adalah satu contoh yang baik bagi kita semua agar bahasa-bahasa yang di luar Islam hendaklah dipelajari sehingga dengan itu kita boleh membawa Islam kepada mereka disamping mengtahui tindak-tanduk mereka jika mereka terdiri dari yang memusuhi Islam. Usaha sedemikian termasuk jihad fi sabilillah dan setiap tenaga yang bergerak ke arahnya disebut mujahid.

 

Dalam kita menegakkan yang hak ini, kita harus terlebih dahulu mengetahui akan gerak-geri orang yang hendak menegakkan batil. Bahasa dan sikap mereka serta tipu muslihat mereka harus  dipelajari agar kita lebih mudah mendakwahkan dan juga menghadapinya. Tetapi jika kurang perhatian kita ke arah tersebut maka bahaya sentiasa terbuka bagi Islam dan Kaum Muslimin. Dan perlu juga diingatkan bahawa bahasa asing itu dan keadaan sesuatu bangsa janganlah sampai kita pual yang terlupa tujuan asal dan turut tenggelam dalam arus kebudayaan mereka. Jika ini terjadi maka akan datanglah bahaya atau malapetaka kepada Islam dan Nabi sallahua’alaihi wassalam telah memberi contoh bagi diperhatikan dan dinilai dengan baik.

*  *  *  *  *

nadi ummah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s