Antara tawa dan tangisan

KURANGKAN TAWA, GANTILAH DENGAN AIR MATA

Orang yang beriman sentiasa taat perintah Allah.
Dia sentiasa mengingati mati dan sedaya upaya melakukan kebaikan kerana Allah.
Dia juga sentiasa menangis di hadapan Allah, memohon ampun atas dosa-dosa yang dilakukannya.
Hatinya sentiasa merintih kepiluan mengenang nasibnya di akhirat kelak…

Itulah antara pengisian jiwa orang-orang yang soleh.
Namun, amat berbeza sekali dengan diri kita pada hari ini.
Ramai yang terleka, lagho, alpa dengan keasyikan dunia.
Hari-hari mereka sentiasa diisi dengan gelak ketawa dan riang ria di hati.
Mereka tidak pernah mengingati mati bahkan cuba mengelak untuk bercakap tentang hal itu.
Ah, mati lambat lagi…aku belum tua lagi…masih muda!

Ayuhlah hamba-hamba Allah sekalian…
Jomlah ingat mati dan banyakkanlah menangis kerananya.
Bukan menangis kerana putus cinta, menonton filem Hindustan, membaca novel jiwang dan sebagainya yang langsung tidak membawa antum kepada Tuhan Semesta Alam..

Di sini suka untuk ana kongsikan beberapa ayat, hadis, dan kisah-kisah para Nabi dan para sholihin untuk kita jadikan renungan dan iktibar…

Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”
( Surah At-Taubah : 82 )

“Dan mereka tersungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuknya”
( Surah Al-Isra’ : 109 )

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidaklah orang beriman yang dari matanya keluar air mata sebesar kepala lalat kerana takut kepada Allah, kemudian dia mengenai kulit mukanya, melainkan Allah mengharamkan atasnya api neraka”.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka : mata yang menangis kerana takut kepada Allah  dan mata yang malam hari berjaga ( kerana peperangan ) di jalan Allah.
Ibnu Abbas r.a ditanya tentang orang-orang yang takut ( kepada Allah ). Jawabnya, “Hati mereka gembira dengan rasa takut, mata mereka sentiasa menangis. Mereka mengatakan , “Bagaimana mungkin kami gembira, sedangkan kematian berada di belakang kami, kubur berada di hadapan kami, kiamat telah dijanjikan buat kami, di atas neraka jahannam jalan kami, dan di hadapan Allah kami berdiri teguh”.
Pada suatu ketika Hasan Basri berjalan melalui seorang pemuda yang hanyut dalam gelak ketawa, padahal dia sedang duduk bersama orang ramai di suatu majlis. Lalu dia ditegur oleh Hasan, “Wahai pemuda, apakah engkau telah melalui Shirath ( titian yang terletak di atas neraka jahannam )?” Jawabnya, “Belum.”

Hasan berkata, “Maka mengapa engkau tertawa terbahak-bahak?” Maka, setelah itu, pemuda itu tidak lagi dilihat tertawa terbahak- bahak.
Berdasarkan kisah-kisah di atas, ayuhlah kita kembali kepada Allah dengan menginsafi diri dan bertaubat kepadaNya.
Tidak salah jika ketawa, namun berpada-padalah, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah S.W.T.

Don’t laugh too much but crying a lot for Allah.

KENAPA MESTI MENANGIS?

Rasulullah saw bersabda:

 “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya
bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.

“Sesungguhnya Allah
berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan.
Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan
barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan
menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut
semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang
sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw
yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah
api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata;
“Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang
yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka,
berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu
datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini.
Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika
itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air
apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut
kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu
supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”

Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah,
berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air
mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin
selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah
dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam
kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda
bersabda:

“Ketika masuk ahli  syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan
kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan
untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka
menjadi kehairanan.”

Lantas Allah
berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk
merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk
kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat:
Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana
mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab;
“Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin
bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat
melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.

Tetapi Allah
berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk
dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu
semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat
tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang
berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi:
“Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau
redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami.
Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum
pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati
manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya;
“Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam
Yasin ayat 58 yang membawa makna: “… (Dan ucapan) perkataan selamat daripada
Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan
menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air
susu kembali ke tempat asalnya.”

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia,
menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu.
Cinta! Cinta! Cinta duniawi.

Istighfarlah!
Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.

Buat mereka yang
seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu
taubatNya. Pulanglah padaNya… dan menangislah untukNya. Menangis untuk
menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa
padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan
Allah…” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah,
menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua
titisan air matamu…

Kenapa  mesti ketawa?  Banyaklah menangislah  keranaNya supaya kita banyak ketawa bersamaNya di akhirat kelak…Insha Allah

Ingatlah, banyak tawamu di dunia akan menambah jumlah tangismu di akhirat.

~Hamba Rabbani~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s