Di Sebalik Hijrah

Kita telah menyambut Ma’al Hijrah malam sabtu lalu.  Tahun baru.  1433 hijrah.  Sebenarnya, saya telah lama meyiapkan kiriman ini.  Cuma saya tiada masa mahu meletakkannya di blog.  Saya fikir mahu memasukkannya serentak dengan cerpen yang saya baru buat.  Itulah jadi lambat.  Baiklah, saya mahu bercerita tentang hijrah.  Hijrah bukanlah hanya satu perpindahan dari satu tempat ke satu tempat.  Tetapi hijrah juga satu perubahan.  Perubahan dari buruk kepada baik.  Dari baik kepada lebih baik.  Dan daripada  lebih baik kepada lebih baik lagi.  Itulah hijrah kita.

Hari ini saya ingin bercerita tentang asal-usul kalendar hijrah.  Ya, siapa yang mula membuat tarikh hijrah?  Kenapa diambil dari tarikh hijrah?  Baiklah, begini.  Kalendar hijrah dibuat oleh Khalifah Umar al-Khattab.  Pada mulanya tarikh hijrah ingin diambil dari tarikh kelahiran nabi namun dibantah keras oleh sesetengah sahabat.  Mengapa?  Kan lebih mudah jika diambil dari tarikh kelahiran nabi?  Ha, sebabnya kerana ia akan menyerupai kalendar masihi.  Tahu tak, kalendar yang hari-hari kita gunakan, kalendar masihi tu sebenarnya dibuat oleh orang Kristian?  Dan ia diambil dari tarikh kelahiran Nabi Isa a.s.  Lihatlah, betapa prihatin dan sensitifnya para sahabat apabila membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam.  Kemudian, seorang sahabat mencadangkan agar diambil dari tarikh Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul.  Tetapi ada juga yang bangkit membantah.  Eh, ada juga?  Alasannya, nanti Umat Islam akan mengaitkan Islam agama Muhammad.  Sedangkan Islam agama Allah.  Sampai begitu sekali.  Akhirnya, seorang sahabat mencadangkan diambil dari tarikh hijrah.  Sebulat suara bersetuju.  Namun timbul pula persoalan.  Hijrah yang mana satu?  Eh, kejap-kejap… hijrah ada banyak ke?  Ya, kawan-kawan.  Kalau kita susuri sejarah Islam, kita akan mendapati hijrah pada zaman Nabi ada tiga.  Pertama hijrah ke Habsyah.  Kedua, hijrah ke Thaif.  Ketiga pula, hijrah ke Madinah.  Para sahabat pun berbincang.  Disebabkan hijrah ketiga, iaitu hijrah ke Madinah adalah hijah yang terbesar kerana hampir semua kaum muslimin Mekah terlibat, maka tarikh hijrah diambil dari hijrah ini.  Sampailah ke hari ini.  Tapi, cuba lihat di rumah kita, ada tidak kalendar hijrah?  Satu?  Atau tiada langsung?  Tapi kalau kalendar masihi, dua, tiga, empat?  Kenapa begitu?  Kenapa dunia islam kini tidak menggunakan kalendar Islam secara rasmi?  Jika dilihat, hampir separuh dunia orang islam kan?

Baiklah, sebelum saya pergi lebih jauh saya ingin ceritakan mengapa wujudnya kalendar hijrah ini?  Begini, pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, Islam sudah tersebar ke merata dunia.  Banyak negara yang tunduk di bawah pemerintahan Islam.  Dan mereka diperintah oleh satu khalifah.  Bila begitu, mereka akan menghantar laporan negara masing-masing kepada khalifah ini.  Dan mereka menggunakan kalendar negara masing-masing.  Misalnya, Farsi menggunakan kalendar Farsi.  Rom menggunakan kalendar mereka.  Dan negara Mesir dan Jerusalem menggunakan kalendar mereka sendiri.  Sedangkan khalifah menggunakan kalendar Makkah.  Ini membuatkan ia jadi tidak teratur dan nampak tidak bersatu.  Kerana setiap kalendar tarikhnya berlainan.  Maka Umar mengambil inisiatif untuk mewujudkan kalendar Islam.

Di kesempatan ini, saya juga ingin menyelitkan sedikit kronologi hijrah Rasulullah.  Moga bertambah pengetahuan kita.  Mula-mula saya ingin bertanya bilakah tarikh hijrah?  Saya akan meninggalkan persoalan ini untuk anda cari.  Siapa yang tahu jawapannya boleh memberitahu saya di bahagian komen.  Saya akan memberitahu jawapannya pada minggu seterusnya… Insha Allah.

Rasulullah s.a.w berhijrah bersama sahabatnya, Saidina Abu Bakar r.a.  Semasa hijrah ini, ada sembilan yang terlibat.  Siapa ya?

1. Saidina Abu Bakar sebagai pembantu kanan Rasulullah.

  • ·Menyediakan 2 ekor unta beberapa bulan sebelum Allah mengizinkah hijrah dan memberinya makan sehingga kuat.
  • Memastikan keselamatan baginda.
  • Memastikan putera-puterinya terlibat dalam menjayakan hijrah-memberikan mereka tugas.

2. Saidina Ali bin Abi Talib bertanggungjawab terhadap tugas-tugas khas.

  • Berada di tempat tidur Rasulullah.
  • Serahkan barang amanah dalam jagaan Rasulullah kepada pemiliknya.

3. Asma’ binti Abu Bakar bertanggungjawab terhadap logistik makanan.

  • Menyediakan makanan dan menghantarkan makanan kepada Rasulullah dan ayahandanya selama mereka mendiami Gua Thur.

4. Suraqah bin Malik menjadi penghalang.

  • Memacu kuda menjejaki Rasulullah untuk menyambut tawaran seratus ekor unta yang ditawarkan. Tetapi kemudiannya menjadi pembantu agama Allah dan bertindak menghalang mereka yang memburu Rasulullah.

5. Abdullah bin Abu Bakar sebagai penyampai maklumat.

  • Menyampaikan berita kepada Rasulullah dan ayahandanya di Gua Thur. Beliau berangkat ke sana pada waktu malam dan pulang sebelum menjelang pagi.

6. Amir bin Fuhairah menguruskan logistik minuman dan menghapus jejak.

  • Membawa kambing gembalaannya ke pintu gua menjelang senja supaya air susunya dapat diminum oleh Rasulullah.
  • Menghapus jejak Rasulullah, Abu Bakar dan Abdullah bin Abu Bakar dengan kambing gembalaannya.

7. Abdullah bin Uraiqit penunjuk jalan.

  • Seorang kafir yang mahir dalam menunjukkan jalan dan memainkan peranan penting dalam hijrah.

8. Merpati dan labah-labah, pengawal dan penjaga di pintu gua.

  • Membina sarang dipintu gua hingga membuatkan musuh percaya tiada orang di dalamnya.

9. Ummu Maabad, rumahnya menjadi perhentian R&R dalam hijrah.

  • Kambingnya yang telah kering susunya diperah oleh Rasulullah dan berkat doa baginda, ia mengeluarkan susu yang banyak sehingga mengenyangkan baginda, Abu Bakar Ummu Maabad dan suaminya.

Mereka ini memainkan peranan penting dalam menjayakan hijrah nabi.  Keberanian yang ada dalam diri mendorong mereka untuk melakukan tugasan dengan baik.  Ali, berani mempertaruhkan nyawanya untuk tidur di tempat tidur baginda.  Asma’ yang sedang mengandung berjalan membawa makanan ke Gua Thur.  Dan Abu Bakar menjadi peneman setia hingga sampai ke Madinah.  Semasa hijrah, Abu Bakar berjalan sekejap di belakang Rasulullah dan sekejap di hadapan.  Maka hairanlah Rasulullah.  Baginda pun bertanya sebab Abu Bakar berbuat begitu.  Abu Bakar menjawab bahawa beliau berjalan di belakang Rasulullah kerana bimbang ada musuh yang mengekori baginda.  Kemudian baginda berjalan ke hadapan baginda kerana terfikir mungkin musuh sedang mengintai dari hadapan dan bersedia untuk menyerang baginda.  Beliau berbuat begitu kerana rasa cinta kepada Rasulullah yang juga merupakan sahabat baiknya.  Bagaimana dengan kita?  Semasa hendak memasuki gua, Abu Bakar yang memasukinya dahulu dan membersihkannya.  Kemudian semasa berada di dalamnya, ketika Rasulullah sedang tidur, sejenis binatang berbisa hendak keluar dari sebuah lubang.  Abu Bakar menghalangnya kerana bimbang ia akan  menyakiti Rasulullah.  Peha beliau digigit oleh binatang tersebut.  Beliau berusaha untuk menahan kesakitannya kerana tidak mahu Rasulullah terjaga.  Sehinggalah air matanya menitik ke wajah Rasulullah sehingga membuatkan baginda terjaga.  Subhanallah… Berikutan tindakan itu, Rasulullah berdoa untuknya, “Ya Allah, jadikanlah Abu Bakar sedarjat denganku pada hari kiamat.”  Alangkah beruntungnya beliau.~

Itu sahaja daripada saya.  Semoga tahun ini kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Coretan,

~Hamba Rabbani~

2 thoughts on “Di Sebalik Hijrah

  1. Peristiwa Ali menggantikan tempat Rasulullah tu di dapati tidak benar Dan dikaitkan dengan cerita Syiah. Kedua Asmah yang menghantar makanan itu pun tidak logik dan bukahkan anak lelaki Abu Bakar yang melaksanakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s