Dari bangsawan ke pahlawan…

بســـــــــــــــــــم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, lama rasanya tidak menaip.  Entah mengapa hari ini saya rasa mahu menulis sajak.  Saya pun bukanlah reti sangat sebenarnya.  Sengaja mencuba.  Semoga bermanfaat buat semua😀

Mus’ab,

sahabat nabi,

namamu harum di langit dan di bumi.

 

Mulanya,

engkau bangsawan yang kaya raya,

hidupmu bergelumang harta,

pakaianmu bertukar setiap masa,

dirimu agung di hadapan mata, baik lelaki mahupun wanita.

 

Tika datangnya Islam,

engkau menerimanya,

hingga menyebabkan si ibu murka,

berhari-hari bermuram durja,

tanpa mahu menjamah apa sahaja,

namun pendirianmu tetap jitu,

katamu,

walau ibu bernyawa seribu,

dan ditarik satu persatu,

tetap aku tidak akan berpaling,

dari menyembah Yang Satu.

 

Lalu,

jadilah dirimu,

miskin tanpa harta,

tinggal sebatang kara,

namun engkau tidak berduka,

jauh sekali berasa lara,

kerana Allah dan rasul ada bersama.

 

Betapa dirimu seorang pahlawan,

di medan uhud tanganmu engkau korbankan,

namun semangatmu tidak terkalahkan,

panji Islam tetap engkau pertahankan,

walau nyawa menjadi taruhan,

lalu engkau gugur di tengah medan,

mulia sebagai seorang wirawan.

 

Gugurnya air mata seorang nabi,

Engkau yang dahulu kaya,

tiada kain untuk dikafani,

namun jasadmu terus mewangi,

berangkat ke syurga tertinggi,

yang lebih kekal abadi.

 

Tinta,

~Hamba Rabbani~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s