Perjalanan 7

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah. Sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa.

Al-mumtahannah: 13

“Argh, penatnya!” Unice merebahkan diri ke katil.  Ikatan rambutnya dibuka.  Unice menguap lebar.  Matanya berair.

“Mesti Adam kecil hati.” Fikir Unice.  Dia pun tidak tahu sejak bila dia pandai menolak perlawaan Adam.  Selalunya saat bertemu Adam adalah saat yang paling dinanti-nantikan.  Unice menyeluk poket seluarnya.  Telefon bimbit dikeluarkan.  Nafas dihela lemah.  Lantas tangannya laju menaip mesej.

 Assalamualaikum, Adam.  I’m sorry.  Esok, lunch?

Unice.

 Dia menghantar ke nombor kawan Adam.  Nombor telefon yang diguna Adam untuk menelefonnya tadi.   Selang beberapa minit, mesejnya dibalas.

 Adam busy esok.  Next time, okay?

Adam.

Unice tersenyum.  Dia tahu Adam merajuk dengannya.  Mesej itu tidak dibalas.  Biarlah hati lelaki itu sejuk dahulu.

 “Apa agaknya Eisha bagi, ya?”  Unice mencapai beg plastik yang diberi Unice.  Dijenguk.  Ada dua naskhah novel.  Satunya bertajuk Issabella satunya lagi bertajuk Wo Ai Ni Allah.  Cover depan buku itu nampak menarik.  Unice amat menyukai kedua buku itu.  Kedua buku itu disimpan ke dalam laci.  Bimbang dilihat ibunya.  Pasti wanita itu akan berfikir yang bukan-bukan.

 “Kenapa mengantuk sangat ni?” Unice menguap lagi.  Matanya separuh tertutup.  Akhirnya Unice mengalah.  Matanya kian memberat dan memberat. Unice terlena.  Matanya terpejam rapat.

 Gelap.

*****

Bau busuk yang menusuk hidung mengangkat kelopak mata Unice.  Unice terjaga. Tangannya cuba bergerak menutup hidung namun tidak berjaya.  Unice memadang sekeliling.  Gelap.  Unice dapat melihat di kejauhan, ibunya muram dengan air mata mengalir di pipi.  Abangnya pula nampak kusut.  Dia sedang memegang ibunya yang tampak langsung tidak bermaya.  Apa semua ni?

 “Sudahlah, mummy.  Mari kita pulang.” Sayup-sayup Unce mendengar suara abangnya.  Tapi kenapa suara itu kedengaran sedih?  Jelas kelihatan raut wajahnya yang muram dan matanya yang redup.  Unice semakin tidak faham.

Jonathan merangkul lembut bahu ibunya.  Kemudian, dia membawa ibunya pergi dari situ.  Unice cemas.  Kenapa mereka ini seperti tidak melihatnya?

 “Mummy!  Mummy!”  Unice cuba menjerit namun suaranya tidak terkeluar.  Dia melihat ibu dan abangnya bergerak perlahan-lahan menjauhinya.  Unice memanggil lagi.  Namun mereka semakin menjauh dan menjauh.  Unice tidak faham.  Dia di mana?

 Unice…

 Kedengaran satu suara berbisik.  Bulu roma Unice berdiri.  Dia ketakutan.  Air mata mula bergenang.

 Datang dua lembaga hitam dan hodoh.  Baunya amat busuk.  Unice menggigil takut apabila lembaga itu semakin mendekat.  “Mummy…” Air mata jatuh menuruni pipi.

 “Siapa Tuhanmu?” Bicara makhluk itu.  Keras.  Matanya terjengil ke arah Unice.  Unice menggeleng.  Gigi diketap.  Lembaga itu mendekatkan wajahnya.  Bau busuk tidak tertahan.  Unice menutup mata.

 “Tak…tak…” Kata Unice terbata-bata.  Lidahnya kelu.

 Tiba-tiba Unice merasakan tubuhnya seakan-akan dihimpit.  Makin lama semakin sempit. Unice ketakutan.

Prak!  Bunyi tulang patah kedengaran.

 Prak!  Prak!  Prak!  Bunyi tulang lain menyusul.

 Argh!  Spontan Unice memekik.

 Dalam keadaan itu, makhluk berwajah hodoh itu tetap menyoalnya dengan berbagai-bagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh Unice.  Satu soalan yang tidak mampu dijawab dibalas dengan satu pukulan yang deras di kepalanya.  Kepala terbenam ke tanah.  Darah memercik ke wajah.  Hanyirnya darah menusuk hidung.  Itu tidak kira lagi dengan sakitnya.  Unice menjerit sekuat hati.  Air mata tidak henti-henti mengalir.  Kesakitan yang dirasa menghilangkan rasa takutnya.

 Dalam kesakitan yang tidak tertanggung, Unice merasakan sesuatu merayap di tangannya.  Unice mengetap bibir.  Rasa takut hadir.  Makin deras air matanya mengalir.  ‘What next?’ Hatinya menyoal.  Takut-takut Unice memandang.  Beratus-ratus bahkan beribu-ribu ulat sebesar lengan sedang enak meratah tangan dan tubuhnya.  Tulangnya kelihatan.  Tidak cukup dengan itu berbagai jenis haiwan muncul dan menghurung tubuhnya.  Menjamah tubuhnya seakan menjamah hidangan yang enak.  Tubuhnya berlumuran darah.  Rasa sakit menjalar ke seluruh tubuh sehingga Unice menggigit bibirnya hingga berdarah untuk menahan rasa sakit itu.

 Ssss….

 Bunyi berdesir kedengaran.  Unice meringis.  Dia kenal bunyi itu.  Itu bunyi…

 Sang pemangsa sudah menampakkan dirinya.  Seekor ular besi.  Sangatlah besar malah besarnya melebihi anaconda.  Ular itu menyeringai lebar menunjukkan taringnya yang tajam.  Kepalanya menari-menari sambil badannya bergerak mendekati Unice.

 “Oh, no.  Please…Please…don’t” Unice merayu bersungguh-sungguh.  Wajahnya pucat.  Bibirnya terketar-ketar ketakutan.  Ular itu mendekat.  Wajahnya tersembul betul-betul di hadapan Unice.  Terbeliak mata Unice.  Ular itu membelit leher Unice.  Kejap.  Membuatkan dirinya kaku.  Urat biru timbul di wajahnya yang pucat berlumuran darah.

 “Arghhh!!!!” Sekuat-kuatnya Unice meraung tatkala ular itu membenamkan taringnya ke leher Unice.  Tidak henti-henti.  Dengan mata yang terjengil dan mulut terbuka, Unice menjerit sehingga dirasakan anak tekaknya bagaikan mahu terkeluar.  Bisanya gigitan ular itu bagai merentap pembuluh darahnya.  Jantungnya seakan ditarik keluar.  Tidak tergambar betapa peritnya.

 Air mata turun laju seakan tidak mahu berhenti.  Tiba-tiba muncul satu makhluk.  Wajahnya seperti dirinya tetapi wajah itu berkudis-kudis penuh takungan darah busuk berwarna merah kehitaman.  Melihat makhluk itu, Unice segera berpaling.  Tetapi makhluk itu menyentuh wajah Unice dan memusingkannya dengan kasar.

 “Engkau yang membuatkan aku menjadi begini.” Makhluk itu menyeringai garau.  Deru nafasnya laju berbau busuk menusuk ke lubang hidung Unice.  Makhluk itu mendekatkan wajahnya ke Unice.  Sedekat itu, Unice dapat melihat ulat-ulat keluar dari wajahnya.  Perutnya terasa teramat mual.  Mual yang menyakitkan.  Terasa berpulas-pulas.

 “Unice…” Seru makhluk itu lagi.  Bibirnya membentuk sengihan lebar melihat Unice menahan kesakitan.  Wajah Unice yang berkerut kesakitan dengan urat-urat matanya yang jelas kelihatan menceritakan segalanya.

 “Si..siapa kau?”  Lemah Unice bersuara,

 “Aku amalmu.”

 ******

“Unice bangun…Unice…” Jonathan menggoncang tubuh adiknya.  Dari tadi Unice meracau-racau entah apa-apa.  Memekik, meraung.  Sampai ke bawah kedengaran.  Dia yang sedang tidur di sofa terjaga.  Terus dia berkejar ke atas.  Bulu roma Jonathan turut meremang melihat adiknya terjerit-jerit.

 “Unice!” Jonathan menampar lembut pipi adiknya.  Unice terjaga.  Dalam keadaan mamai, dia terus memeluk Jonathan.  Bersungguh-sungguh dia menangis di bahu abangnya.  “Don’t leave me alone.”  Berulang kali dia menyebut ayat itu.  Badannya menggigil.  Jonathan kaku.  Dia tidak tahu hendak berbuat apa.

 “Unice, what’s happen?  Kenapa ni?” Jonathan menolak lembut tubuh Unice.  Unice tersedar.  Dia memandang sekeliling.

 “Kat mana ini?” Unice kebingungan.

 “Rumah.  Unice mimpi apa tadi?”

 Mimpi?  Kening Unice berkerut.  Serentak nafas dihela lemah.  Dia memandang wajahnya di cermin.  Kusut.  Air matanya diusap.  Kemudian, dia memandang abangnya yang menanti jawapan.

 “Nightmare.” Ungkapnya.

 “Lain kali, jangan tengok banyak cerita hantu.” Pesan Jonathan.  Dia bangkit dari katilnya.

“Tak sangka Unice ni penakut juga.” Tuturnya perlahan antara dengar dan tidak dengar.  Unice malas mahu membalas.  Biarlah abangnya nak kata apa pun.

 “Nak sambung tidur.  Goodnight.”  Jonathan melangkah keluar.  Dia menutup pintu.  Dia pun bukanlah suka berlama-lama di bilik adiknya.  Dia menghormati privasi Unice.

 Unice melihat jam di atas mejanya.  Pukul 12 malam.  ‘Lama juga aku tidur.’ Fikir Unice.  Kasihan abang.  Pasti tidurnya terganggu kerana aku.

 Unice bangkit dari katilnya.  Dia menuju ke bilik air.  Wajahnya dibasuh.  Bau busuk masih lekat pada hidungnya.  Bila mengingat kembali, mimpi itu sungguh menyeramkan.

 “Betulkah ia satu mimpi atau…ah, nonsense.”  Unice menutup paip air dan melangkah keluar.

 ********

~Hamba Rabbani~

3 thoughts on “Perjalanan 7

    • Semoga kiriman-kiriman kami yang berlandaskan Islam akan menjadi saham kami di akhirat kelak. Teruskan bernaung dibawah blog kami! Terima kasih atas komentar anda, Aku Hamba.

  1. Jazakillah… Harap saudari membacanya dari perjalanan 1 & terus membacanya hingga ke akhir perjalanan Unice.
    Alhamdulillah~Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita nikmat iman dan islam sedari kecil😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s