Perjalanan 8

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Al-baqarah:216

“Kenapa anak mummy ni nampak tak bertenaga?” Tegur Puan Jennifer. Unice kelihatan tidak bermaya. Jelas kelihatan lebam hitam di bawah matanya.

“Tidur lewat ya malam tadi?” Puan Jennifer memang pantang benar jika anaknya tidur lewat. Salah satu petua untuk kekal cantik sentiasa adalah dengan mengamalkan tidur awal.

 Unice menggeleng lemah. Segelas jus oren diteguk.

 “Mummy, apa petanda kalau kita mimpi pasal death?” Unice bertanya.

Puan Jennifer tersenyum. “Itu maksudnya orang tu fikir banyak sangat. Hati tak tenang.” Puan Jennifer melontarkan pendapat.

 “Oh, tulah semalam ada orang tu jerit sampai bawah dengar.” Celah Jonathan. Dia nampak segak dalam kot hitamnya.

“Sibuklah.” Unice menjelir lidah. Padahal wajahnya sudah panas.

“Mimpi siapa mati?” Usik Jonathan lagi.

 “Tak payah sibuk.” Unice mencapai sandwich dan mengunyahnya. Puan Jennifer menjeling Jonathan. “Stop, Jonathan. Benda macam tu mana boleh main-main.” Tegur Puan Jennifer. Jonathan akur.

“Pergi dulu, mummy.” Unice bangun dan mencium kedua-dua belah pipi ibunya.

“Belajar baik-baik.” Pesan Puan Jennifer. Unice hanya mengangguk sebelum meninggalkan rumah. Otaknya ligat berfikir. Aku fikir banyak sangat ke?

**********

“Ngantuknya!” Unice menguap lebar. Matanya digosok-gosok. Suasana dewan yang sunyi ditambah dengan nada cara mengajar pensyarah yang membosankan merangsang lagi dirinya untuk tidur. Shima yang duduk di sebelah kanannya menyiku.

“Kau tidur pukul berapa malam tadi?” Shima menghulurkan sebotol air mineral. Unice tidak menyambutnya. Bukan apa, sejak kecil dia tidak biasa berkongsi bekas dengan orang lain.

“Sembilan setengah.” Unice menjawab malas. Matanya semakin kuyu.

“Ha, awal gila! Jadi kenapa mengantuk lagi?” Mula dah perangai busy body dia. Unice menjeling dengan ekor matanya. Malas melayan. Terus dia menyandarkan kepala ke kerusi. Ngantuk.

“Come on. Kau ni, pelik aku. Tak pernah-pernah ngantuk macam ni.”

Unice memandang Shima seketika sebelum memejam matanya. “Bad dream malam tadi.”

“What dream?”

“Secret.” Unice menayang muka malas. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah Shima dalam Bahasa Cina. Takkan dia nak beritahu mimpinya malam tadi kepada Shima? Nak satu universiti tahu? Shima ni boleh tahan juga mulutnya.

Shima yang sedar dirinya menjengkelkan Unice berhenti mengganggu gadis itu. Dia berkalih ke sebelah kanannya. Dia berbual-bual dengan gadis di sebelahnya. Sesekali tawa mereka meledak dalam dewan yang sepi itu. Sudah banyak mata yang menjeling mereka. Tidak senonoh betul. Buat malu sahaja. Sudahlah Melayu, Islam pula tu.

Unice yang baru hendak melayan kantuknya terganggu oleh getaran telefon bimbitnya. Dia sudah men’silent’kan telefonnya sebelum masuk tadi. Unice menyeluk poket skirtnya. Telefon bimbit ditekap ke telinga selepas punat ‘answer’ ditekan.

“Hello.” Lemah suara Unice.

“Hello, Unice. Eisha ni.”

“Oh, Eisha.” Hanya itu yang terluah dari dua bibir Unice.

“Kenapa? Tak sihat ke?” Eisha bertanya prihatin.

“Ngantuk. Boring.” Kata Unice. Kedengaran tawa Eisha di sebelah talian.

“Petang ni, kita jumpa di Taman Tasik Titiwangsa nak?”

“Boleh juga.”

“Okey ya?” Eisha sudah mahu mematikan talian.

“Eh, nanti dulu.” Unice menahan.

“Malam yesterday, saya dapat mimpi buruk. Really really bad.” Unice membuka cerita. Entah kenapa dia merasakan dia perlu meluahkannya kepada seseorang.

“I’m sorry. Boleh Eisha tahu mimpi apa?” Perlahan Eisha bertanya.

“Nantilah saya cerita. But I really think something bad will happen to me.” Keluh Unice.

“Kalau macam tu tak apalah. Petang nanti, Unice cerita ya? Take care.”

“Hmm….” Unice menggenggam tangannya. Dia berasa amat takut. Betul. Tapi dia tidak tahu apa yang ditakutinya.

“Are you alright?” Suara Eisha menjengah dari dalam telefon.

“I’m okay. See you this evening.” Unice mematikan telefon bimbitnya. Matanya dipejam. Sesuatu melintas di fikirannya.

Mimpinya malam tadi. Apa maksudnya?

*******

Unice tekun membaca novel Isabella yang diberikan Eisha. Dia melihat jam tangannya. Baru pukul 3:45. Pukul 4:30 nanti baru dia bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa. Dia tahu pasti Eisha bersolat dahulu.

Sedang Unice hanyut dalam dunia Isabella, seseorang datang dan duduk di sebelahnya. Seorang gadis berambut lepas yang panjang hingga ke siku. Unice tersedar bila gadis itu menjenguk buku yang sedang dibacanya.

“Sejak bila minat baca buku macam ni?” Dia bertanya. Unice memandang gadis itu acuh tak acuh.

“Saje baca. Kau tak suka ke, Shima?”

“Taklah. Hairan tengok kau baca buku pasal god ni. Buku tu kan novel agama.” Shima mengunjuk buku yang dibaca Unice. Dia taklah jahil sangat. Dia tahulah sikit-sikit kisah gadis muda bernama Isabella. Tapi tahu macam-macam tu je lah. Semangat gadis tu tak pula dijadikan pengajaran.

“Kau jangan cakap kau tertarik dengan Islam?” Shima menduga. Tertarik senyum di bibir gadis cina itu.

“Kalau ya, kenapa?” Pelik. Sepatutnya, sebagai orang Islam dia akan gembira jika Unice tertarik pada agamanya.

“Nothing.” Shima membalas. Namun, jauh di sudut hatinya, dia suka Unice seperti sekarang. Freethinker. Ateis. Dia sendiri Islam celup-celup. Dia takut kalau Unice masuk Islam, perwatakannya berubah. Dengar cerita, muallaf ni alimnya kalah ustazah.

Unice hanya menggeleng perlahan. Buku yang dibacanya disimpan di dalam beg. Unice menjeling jam di tangan. Pukul 4. Awal lagi.

‘Takpelah. Datang awal, boleh jalan-jalan sekejap.’ Fikir Unice. Dia malas sebenarnya duduk dengan Shima. Tidak selesa. Unice bangun. Tanpa berkata sepatah pun, dia berlalu meninggalkan Shima termangu-mangu seorang diri.

*********

Angin menerpa wajah dari hadapan. Skuter dipecut pada kelajuan maksimum. Dalam masa yang sama, air mata menderu keluar seperti tidak mahu berhenti. Pertama kali dalam hidup, Unice menangis sebegini. Sekeping hatinya hancur luluh.

“Adam.” Unice terpaku di tempat dia berdiri. Terkejut. Sangkanya dia ke sini mahu berjalan-jalan. Tapi lain pula dilihatnya. Seorang muslim berdua-duaan dengan seorang perempuan sebangsanya. Sungguh memalukan.

“Unice, let me explain.” Adam terus bangun. Gadis cina di sebelahnya pantas memaut manja lengan Adam. Menyampah Unice melihat wajahnya yang tercebik-cebik.

“I’m understand.” Unice menghalang. Saat itu, hatinya terus tertutup buat lelaki bernama Adam. Sekali kepercayaannya dikhianati, sampai ke anak cucu dia akan ingat. Sebelum pergi, tiba-tiba Unice teringat sesuatu.

“Adam, I rasa you belum solat kan? I nak ingatkan you..”

“Stop jalankan tugas you sebagai pegawai agama. Enough. Yang berdosa tu I, yang masuk neraka tu I. Enough!” Tinggi suara Adam. Inilah yang dia tak suka dengan Unice akhir-akhir ni. Pantang jumpa dia, tak habis-habis cakap pasal solat, solat, solat. Bosan.

“Kasihan Islam dapat penganut macam you.” Marah Unice. Memalukan sungguh Adam ni.

“At least, I ada agama. Bukannya tak ada agama macam you. Cuma orang bodoh tak percaya tuhan.” Cemuh Adam.

“Dia tak percaya tuhan? Oh my god…” Gadis cina di sebelah Adam membuat muka terkejut. Kepalanya disandarkan ke bahu Adam. Unice merasa terhina.

“Tengoklah satu hari nanti I akan bertuhan!” Ungkap Unice sebelum beredar.

“Berani dia cakap macam tu? Huh, perempuan gila. Siapa yang tidak beragama, dia bukan cina.” Tutur gadis cina di sebelah Adam. Kata-katanya menghiris hati Unice. Air mata yang ditahan tumpah jua.

“Macam inikah orang yang bergama melayan orang tak beragama sepertinya?” Unice bertanya pada diri sendiri. Adam, seorang muslim yang tanpa sedar telah mencerminkan imej tidak baik tentang Islam kepada Unice.

Pin!!!

Unice membunyikan hon. Dia hampir melanggar ssebuah kereta. Mujur dia sempat mengelak. Pemilik kereta tersebut memarahinya. Unice terus memecut skuternya dengan hati yang membengkak.

Dush!

Sebuah kereta Proton Gen-2 menghentamnya dari kiri. Skuter Unice terseret di atas jalan raya. Tubuh Unice melambung di udara sebelum terhentak di bahagian hadapan kereta yang melanggarnya. Tubuh itu terus berguling ke lantai. Darah merah mewarnai cermin kereta dan jalan raya.

Saat itu, Unice berkeadaan nyawa-nyawa ikan. Tubuhnya cedera parah. Darah membasahi wajahnya yang cantik. Sekujur tubuhnya disarungi kesakitan. Unice hanya mampu melihat imej kabur orang ramai yang mengerumuninya.

Ergh… Unice mengerang kesakitan. Dia tahu peluangnya untuk hidup adalah tipis.

‘Aku akan mati. Aku akan mati.’ Fikiran itu menyerangnya ketika segenap tubuhnya merasa sakit yang amat sangat. Dia takut. Dia takut nyawanya akan tamat setakat di sini. Kenyataan pahit itu membuatkan air mata bergenang di tubir matanya. Dia tak mahu mati. Dia masih mahu hidup di dunia ini. Baru dia tahu petanda mimpinya malam tadi. Kubur. Mummynya menangis. Jonathan yang muram. Memang dia akan mati.

“Tuhan, tolonglah. Kalau Engkau betul-betul wujud, selamatkan aku. Aku tak mahu mati lagi. Aku masih mahu mengenal-Mu.” Unice berdoa sebelum semuanya bertukar menjadi gelap.

Jasad Unice tergeletak tidak bergerak di atas jalan raya. Semua memandang Unice dengan wajah kasihan.

Mustahil gadis ini selamat. Mesti dia mati. Fikir mereka.

 Adakah gadis ini masih diberi peluang untuk mengenali-Nya?

*********

~Hamba Rabbani~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s