Cerpen: Hingga ke syurga 1

Dua remaja melangkah anggun ke dalam kelas. Ayunan kaki mereka seiring. Keduanya berbual mesra. Kadangkala tawa mereka meletus. Tapi hanya sekadar lereten di bibir mereka.

“Couple of the year kita dah sampai.” Jerit Wafa’, menjadi speaker di Kelas 5 Wardah. Semua bertepuk tangan bagai menyambut kedatangan artis tanah air. Rafeeqah dan Alya yang baru masuk menjadi perhatian. Seperti biasa, Rafeeqah tertunduk bisu. Wajahnya tersipu malu. Alya pula tampil biasa dengan senyuman manis menjadi penghias bibirnya.

Di Madrasah al-Mardhiyah, siapa tidak kenal dua mawar mujahidah ini. Lekatnya sepanjang masa. Ibarat ada magnet yang mengikat mereka. Kedua-duanya sama-sama hebat dan disegani. Rafeeqah terkenal sebagai pelajar paling cemerlang dalam kelas. Otaknya su

per-duper genius. Ramai yang memanggilnya small Einstein. Dalam kelas, dia memang terkenal dengan kelembutannya. Berlainan pula dengan Alya, pelajarannya biasa-biasa sahaja. Namun kewibaannya mantap. Gayanya menjadi pemimpin laksana Umar al-Khattab. Tegas. Namun semua suka berada di bawah pimpinannya. Berbanding Rafeeqah, Alya lebih dikenali di sekolah kerana sikapnya yang suka tampil di khalayak ramai. Alya juga amat rapat dengan murid-murid Tingkatan 1 dan 2.

“Mesti korang sambung belajar sama-sama lepas SPM.” Kata Maisarah. Rafeeqah dan Alya memandang sesama sendiri. Senyuman memekar di bibir masing-masing.

“Just wait and see.” Rafeeqah mengenyit sebelah mata.

“Comel…” Satu kelas bersuara melihat gaya comel Rafeeqah. Rafeeqah menunduk malu.

“Nanti kita buat reunion, ya?” Cadang Farah.

“Boleh je…” Yang lain menyahut.

******

“Fika.”

Panggilan Khaira’, kakak iparnyanya menyentak lamunan gadis itu. Senyuman manis bergayut di bibir apabila teringat hari itu. Rasa rindu berputik. Sudah lama tidak berjumpa kawan-kawan. Kina, Sara, Wafa’, Himmah, Fatin, Emma, Bella, Zaharah, Tohirah. Rindu semuanya. Namun ada satu nama yang lebih dalam rindunya. Lebih dalam impian untuk bertemunya. Kerana insan tersebut adalah separuh dari hatinya. Teman suka dukanya. Alya.

“Fika, cepatlah. Berangan pula dia.” Leter Waseelah, kakak sulungnya. Dia anggun memakai baju kurung dan tudung labuh. Kakaknya yang seorang ni memang anggun orangnya. Kalau tak, taklah Abang Long terpikat. Di sebelah Waseelah, Khaira’ juga sudah siap memakai sepersalinan jubah seluar.

“Dah siap dah ni.” Rafeeqah mencapai ‘sesuatu’ dan memakainya. Lengkap sudah. Hatinya berbunga-bunga. Selepas ini dia akan berjumpa dengan sahabat-sahabatnya. Dia juga akan berjumpa Alya.

“Jom.” Waseelah mendukung puterinya, Noura yang leka bermain teddy bearnya. Khaira’ dan Rafeeqah mengikut dari belakang.

“Macam mana ya kawan-kawan sekarang?” Rafeeqah tertanya-tanya.

*******

Kereta Waseelah meluncur masuk ke perkarangan Madrasah al-Mardhiyah. Rafeeqah memerhatikan sekeliling. Banyak sudah berubah. Sekolah yang duduk kecil sudah besar sekarang. Cantik. Macam sekolah dalam taman. Mesti pereka bentuknya seorang yang kreatif.

“Fika, akak dan Kak Khaira’ nak pergi shopping kejap.” Ujar Waseelah sebaik sahaja Rafeeqah keluar dari perut kereta. Kebetulan sekolah Rafeeqah dekat benar dengan Mydin. Waseelah memang suka berbelanja di Mydin. Support Muslim product katanya.

Rafeeqah hanya mengangguk. Rapat betul kakaknya dengan adik suaminya itu. Pergi ke mana tak pernah berenggang. Mereka memang kawan baik sejak kecil. Tak sangka dah besar jadi ipar-duai pula. Melihat keakraban mereka, Rafeeqah terus teringat pada Alya. Rindunya pada sahabatnya dunia akhirat tu…

“Akak, Fika nak pegang Noura boleh tak?” Pinta Rafeeqah. Kasihan Waseelah nak shopping sambil menggelek budak. Waseelah mengangguk. Rafeeqah mengambil Noura di tangan Khaira’.

“Pukul 12 akak jemput.” Ujar Waseelah. Rafeeqah mengangguk sebelum menutup pintu. Kereta meluncur pergi. Rafeeqah mencium pipi gebu Noura.

“Ikut Umi Usu ya? Jangan nangis-nangis. Jadi good girl.” Sempat Rafeeqah berbisik pada anak saudaranya itu. Budak tembam itu ketawa kegelian mendengar bisikan halus Rafeeqah. Rafeeqah mencium pipi gebunya sekali lagi. Kemudian dia membawa Noura masuk ke dalam kelas. Kelas itu dipenuhi dengan ramai orang.

“Look who comes with the baby.” Satu suara kedengaran. Rafeeqah cuba mengecam pemilik suara tersebut.  Bibirnya terus menarik senyuman. Wafa, speaker tu rupanya. Sama sahaja dari dulu sampai sekarang.

“Emm..excuse me. You…” Seseorang menegurnya. Rafeeqah menoleh. Dia kenal siapa itu. Maisarah. Masih kecil molek macam dulu.

“Biar saya teka.” Farah mendekati Rafeeqah. Tangannya diangkat-angkat seperti mahu menjawab soalan. Wajah Rafeeqah ditenung lama.

“Alya?” Wafa’ serkap jarang. Hampir tergelak Rafeeqah dibuatnya.

“A, a….” Rafeeqah menggeleng laju. Matanya dikecilkan seperti sedih. Sampai hati tak kenal…

Farah mengamat-amati sesusuk tubuh di hadapannya. Satu-persatu wajah kawan-kawannya dulu terbayang di ruang matanya. “Macam kenallah.” Getus Farah.

“Jahatlah. Kawan sendiri pun tak kenal.” Rafeeqah buat suara jauh hati. Kedengaran ala-ala merajuk. Namun sebenarnya, hatinya sedang melompat-lompat. Mana taknya. Dapat jumpa kawan-kawan.

Maisarah mengerutkan dahi. Macam kenallah suara merajuk tak jadi tu. Itu suara…

“Hah!” Wafa’ memetik jari. Terus dia memeluk Rafeeqah. “Dah tahu dah siapa.” Dia berbisik kemenangan di telinga Rafeeqah.

“Kawan-kawan. Ni Rafeeqahlah. BFF Alya.” Laung Maisarah. Tetapi taklah kuat mana. Dia masih menampilkan ciri-ciri seorang muslimah.

“Wah, sejak bila pakai purdah ni?” Tegur Umairah. Teruja.

Rafeeqah membuka purdah. Alah, depan kawan-kawan je.

“Subhanallah. Makin ayulah kau. Memang kena pakai purdah ni. Bahaya. Tutup cepat. Tutup.” Ujar Duha sebaik sahaja wajah Rafeeqah terlihat. Widya tersenyum sahaja mendengarnya.

“Kahwin tak ajak ya? Comelnya si tembam ni.” Munirah menarik Noura ke dalam dukungannya.

Rafeeqah membiarkan. “Anak Kak Waseelah.”

“Comellah. Tak baik tipu tau.” Suhaila mencubit-cubit pipi Noura. Geram. Comel sangat. Rasa nak digigit-gigit je pipi tembam tu.

Rafeeqah menggeleng. “Tak tipulah.” Apalah diorang ni. Memang betul pun anak Kak Waseelah.

“Biar ana tanya dia.” Widya, si pencinta bayi mendekat. Rambut lembut Noura dielus sebelum pipi bayi comel itu dicium. Harum. Bau bayi memang sedap. Bayi itu didukung dan diagah-agah. Tertawa Noura dibuatnya.

“Baby, nama siapa?” Widya memulakan sesi soal jawab. Lembut je suaranya. Sekali pandang macam ibu dengan anak.

“Aw gha.” Comel suara bayi berusia setahun itu. Pelat.

“Ini siapa?” Widya bertanya sambil menundingkan jari kepada Rafeeqah. Rafeeqah tenang sahaja. Bibirnya mengukir senyuman. Tangan dihulurkan.

“Nak mmi ucu.”Terus si kecil itu mendepakan tangannya pada Rafeeqah. Dia merengek-rengek supaya diberikan kepada Rafeeqah. Rafeeqah mengambil Noura dari Widya. Bibirnya tersenyum. Ha, ha kan betul. Orang cakap tak nak percaya.

Semua hanya mengangguk apabila mendengar kata-kata si kecil itu. Nak kata apa lagi? Dah terbukti Noura tu cuma anak saudara Rafeeqah.

“Kerja apa sekarang?” Tanya Duha.

“Kerja dakwah. Enti?”

“Siapa tak kenal Duha. Pergi kedai buku, namanya di mana-mana.” Usik Farah.

“Tercapai cita-cita enti nak jadi novelis.” Balas Rafeeqah.

“Alhamdulillah. Dah tahu, kena beli tau buku-buku tu. Farah kita ni pun apa kurangnya. Dulu ingatkan tangan kayu, besar-besar jadi arkitek. Reka bentuk baru sekolah kita ni, dialah yang design.” Cerita Duha.

“Ya?” Rafeeqah kagum. Banyak yang dia tak tahu tentang kawan-kawannya.

“Widya ada buka pusat asuhan bayi.” Sampuk Munirah. Widya dan Munirah ni sepupu.

“Alya apa cerita?” Malu-malu Rafeeqah bertanya.

“Eh, korang tak study sama-sama ke?” Wafa’ terkejut.

“Tak..” Rafeeqah menggeleng. “Dia study kat London.” Sambung Rafeeqah. Sejak Alya terbang ke London dan dia ke Madinah, hubungan mereka macam terputus begitu sahaja.

‘Dia tak tahu ke ada reunion?’ Hati Rafeeqah tertanya-tanya. Perasaan kecewa menjengah hatinya. Kecewa kerana sahabat baiknya tiada.

*********

Bersambung…..

~Hamba Rabbani~

6 thoughts on “Cerpen: Hingga ke syurga 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s