Islam, sains dan teknologi

Saya ada ambil artikle dari http://mofabaha.blogspot.com. Ia menceritakan tentang sejauh mana Islam Pemangkin Sains dan Teknologi. Namun, ramai tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului saintis Barat dalam penemuan pelbagai teori, seperti penerokaan awal Ibnu Haitham mengenai hakikat graviti jauh lebih awal sebelum ia dijadikan teori oleh Isaac Newton. Kenapa??? Ketahuikah kita bahawa orang Barat sendiri menceduk ilmu ini daripada Islam.

Ibnu Haitham (sainsoptik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredarandarah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi(matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah)

Penemuan daripada hasil kajian sains dan perkembangan teknologi telah banyak membantu manusia melakukan pelbagai aktiviti serta membolehkan kita berkomunikasi kerana jarak atau destinasi yang jauh tidak lagi menjadi penghalang untuk kita menjalankan sebarang aktiviti pekerjaan. Malah melalui penemuan daripada hasil kajian sains dan teknologi, manusia dapat menemui pelbagai jenis penawar kepada penyakit.

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran menyeru supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang dicipta Allah s.w.t. tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t. untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan Tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.” (Surah Luqman: 20)

Fakta yang diakui oleh Barat sendiri ialah peranan yang dimainkan oleh Islam dalam memperkenalkan sains ke Eropah iaitu melalui universiti-universitinya di Andalus, Sepanyol pada abad ke-13 M. Umat Islam cukup terkehadapan dalam tamadun ilmuan, kebendaan dan kemanusiaan. Semasa Eropah masih dalam zaman kegelapan, di Cordova bandar umat Islam sudah diterangi dengan lampu awam di jalan-jalan rayanya. Pencapaian ketamadunan orang Islam amat jauh di hadapan ibarat langit dengan bumi kerana Eropah terlalu masih jauh tertinggal di belakang ketika itu.
Antara bidang yang menjadikan Islam pemangkin kepada perkembangan sains dan teknologi adalah seperti berikut:

BIDANG BIOLOGI

Sains biologi merupakan bidang ilmu yang berkaitan dengan benda-benda hidup. Pengetahuan asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Mereka amat berminat di dalam pembiakan kuda dan unta. Sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka.

Pakar sains Islam amat tertarik untuk mengkaji bidang botani malah mendapat perhatian khusus kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193 M), menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordava berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika dengan nama Latin dan Berber. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan yang dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya

Al-Nabati menghasilkan Al-Rihlah setelah menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Laut Merah. Buku yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau, al-Baitar, telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya “Al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah” dan “Al-Jami´fi al-Adwiyah al-Mufradah” paling berpengaruh di bidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.

ASTRONOMI

 

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah perkembangan ilmu ini sebenarnya diasaskan oleh pakar Islam. Bukti dalam al-Quran tentang ilmu bintang dan alam semesta serta kecenderungan orang Arab terhadap ilmu ini merupakan dorongan kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk “Siddharta” ke Bahasa Arab pada tahun 155 H / 771 M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama“Zij”. Diikuti pula penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani.

Antara para Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam. Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain. Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan jarak antara sesuatu bintang diukur, pengukuran paksi bumi dan luas bumi. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi. Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.

Tamadun Islam juga berkembang pesat di sebelah barat Andalus yang merupakan pusat kegiatan intelektual Islam di Barat telah menghasilkan ramai sarjana dalam pelbagai bidang. Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.

PERUBATAN

Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka ialah Zakaria al-Razi (865-925 M) yang menghasilkan “Kitab al-Hawi”, Ammar bin Ali yang menulis “Kitab al-Muntakhab”, Ibn Sina (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd (al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu pembedahan.
Di Baghdad, cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan perubatan. Khalifah Harun al-Rashid (170 H/786 M–193 H/809 M) mendirikan rumah-rumah sakit (Bimaristan) di seluruh negara. Rumah-rumah sakit di Kaherah pada zaman Ibn Tulun telah diasingkan wad lelaki dan wanita. Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula membina hospital khas untuk merawat pesakit-pesakit kusta.

Abu Al Zahrawi (936-1013 M) Ilmuwan muslim yang berasal dari andalusia (Spanyol). Seorang Doktor ahli dibidang ilmu bedah, beliau menemukan ubat untuk  patah tulang yang menggunakan gif.

Yuhana Ibn Musawaih telah melakukan kajian mengenai anotomi tubuh manusia. Oleh kerana pembedahan mayat belum lagi dilakukan, beliau melakukan kajian dengan membedah seekor monyet. Dengan pembedahan monyet itu ilmu anatomi mata telah berkembang dengan pesat. Beliau juga turut menghasilkan buku yang bertajuk “Al-Asr Maqalat fi al-Ain” yang merupakan kitab tertua yang ditulis secara bersistematik menerangkan kaedah tentang oftalmologi.
Ibn al-Nafis, adalah seorang doktor dan pakar bedah. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru. Kajian ini membetulkan kesilapan teori Galen Yunani. Al-Nadhr telah mempelajari ilmu perubatan dari bapanya al-Harith (meninggal 23 H), beliau telah membuat pil-pil yang digunakan untuk merawat penyakit kuning.

Abu Ali Husaen Bin Adilah Bin Hasan Bin Ali Bin Sina (950-1037 M) yang dikenal dengan sebutan Ibn Sina. Ibn Sina dikenali sebagai Avicenna di Barat. . Beliau menguasai semua bidang ilmu seperti falsafah, sastera dan paling utama adalah perubatan. Beliau mempelajari ilmu tasawwuf daripada Ismail zahid, ilmu hisab dan prinsip2 geometri daripada Mahmud Masah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah An-Natili serta ilmu sains dan astronomi daripada Al-Biruni. Semasa berusia 16 tahun, beliau dapat menguasai ilmu perubatan tanpa bantuan guru. Ibn Sina  ialah orang pertama yang dapat mengenal pasti penyakit baru seperti pengaruh kuman dalam penyakit, penyakit alahan, cacar, lumpuh, penyakit kulit dan masalah penafasan. Beliau juga telah menghasilkan 760 jenis ubat. Tambahan lagi, Ibn Sina  mencipta alatan perubatan seperti ubat bius serta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan. Kini, beliau dikenali “Prince of Physics” di Barat dan Professor William Osler menganggap buku hasil daripada Ibn Sina iaitu Al Qanun fil Tib digunakansebagai rujukan begitu lama berbanding buku perubatan yang lain sehinggalah kini!

JURUTERA

Kajian telah menunjukkan sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah, khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi diperkenalkan, beberapa buah terusan telah dibina. Terusan yang utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110 km.

Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan kefahaman sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila dicampur dengan rekaan seni-seni halus. Pada awal abad ke-9 M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne. Pada awal abad ke-8 M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8 M.

Al-Biruni (973 M – 1048 M) adalah peneroka bidang sains tabii Islam yang ternama. Beliau merupakan pengasas teknologi sains sukat setelah berjaya menentukan ketumpatan spesifik kepada sebanyak lapan belas mineral dan batu-batan. Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah barat.

Kejuruteraan petroleum dalam sistem carigaliannya di dasar laut telah ditemui kaedah barunya oleh jurutera-jurutera Malaysia dan berjaya dilaksanakan di pusat cari gali dasar laut Kerteh, Terengganu. Kaedah ini mempercepatkan kerja-kerja cari gali dan mengurangkan pembaziran bahan galian terbabit. Kaedah ini telah digunapakai oleh negara dunia ketiga seperti Ghana, Mauritius dan Tajikistan menggunakan perundingan dan kepakaran jurutera-jurutera Malaysia.

Kesimpulannya, ilmu sains dan teknologi merupakan sumber dari al-Quran yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan untuk kemajuan sains dan teknologi. Menjadi asas penting bagi sarjana mengupas kajian yang dibuat untuk mentauhidkan Allah dan menambahkan keyakinan serta keimanan bila kita mampu memahaminya.

“Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadilah: 11)

Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah dan juga menunjukkan terdapatnya pertalian antara semua yang wujud. Tidak hairanlah bahawa sarjana Islam pada zaman silam bukan sahaja dapat menguasai pelajaran sains dan teknologi, malah mereka mampu memikul beban dan tugas yang difardhukan oleh Allah kepada semua makhluk-Nya. Jelaslah sains dan teknologi yang di sumbangan pada hari ini adalah dipelopori dari sarjanan-sarjana Islam dahulu dan bukannnya dari orang Barat, malah orang Barat sendiri menceduk ilmu ini daripada Islam.

* * * * *

Mari,

nyahkan diri…

dari rencah duniawi,

Wallahi,

sama2 kita bangkit,

demi ilmu dicari,

ilmuwan islam dicontohi,

agar iman dan akidah terbina,

untuk islam yang kita cintai!

Nadi Ummah :>

6 thoughts on “Islam, sains dan teknologi

  1. Seandainya orang Islam kini memanfaatkan Al-Quran dengan sewajarnya, MashaAllah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat…sama-sama kita berusaha menjayakannya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s