Ahlan Wa Sahlan 1434H

Assalamualaikum pembaca sekalian! Apa khabar iman? Sedar tak sedar kan, kita dah masuk tahun baru. Salam Ma’al Hijrah🙂 Ahlan wa sahlan kepada tahun 1434 H. Ucap sayonara kepada umur kita yg telah berlalu. Eh, dah makin pendek rupanya perjalanan kita menuju kematian. Ha, apa azam tahun baru? Mesti nak jd lebih baik kan? Baiklah. Dulu saya dah cerita pasal Hijrah. Ingat lagi tak post saya yg bertajuk Di Sebalik Hijrah? Dah ambil iktibar? Dah explore habis-habisan? Okeylah, ali ni, saya nak ajak kita muhasabah. Bagaimana kita di tahun 1433 H? Adakah kita telah berjihad melawan nafsu dan cuba berhijrah dari perkara-perkara tidak baik ke perkara yang baik, akhlak yang buruk ke akhlak yang baik dan dari seorang yang negatif ke positif. Inilah sebenarnya proses penghijrahan yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w di dalam maksud sebuah hadis: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” Sudahkah kita meninggalkan semua larangannya?

Semoga di tahun baru ini kita mampu menjadi ‘insan baru’ yang lebih bersemangat, lebih positif, lebih aktif dan lebih dekat dengan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w!

Let’s be better than the other years behind!

Salam Ma’al Hijrah.

Kami warga Teratak Ukhuwah ingin meminta maaf atas segala kekurangan dan salah silap kami.Kita zero-zero ya? Dan jangan lupa doakan kami supaya diberi kekuatan untuk terus menyeru dan menyeru kerana ia sunnah utama nabi yang kita kasihi.

Insan yang lemah,
Hamba Rabbani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s