Di Palestin.

Seorang hero (kanak-kanak) Palestin dan sebarisan tentera Israel. Sekeping gambar menceritakan segala-galanya.

Allah telah memberitakan kisah ketakutan mereka melalui kalamNya dalam Surah A-li ‘Imran, ayat ke 151: “Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.”

1186126_550694418300787_1533402476_n

 

#panduanislam

Dr Solah Sultan :
1174785_218024198355851_1296919949_n

Demi Allah, wahai Masjid Al-Aqsa! kami tidak pernah lupakan kamu. Masjid Al-Aqsa yang dikepung! kami rela berkorban demi tanah sucimu. “Jutaan syuhada’ pergi ke Al-Quds”. Pada hari ni, Zionis telah membakarmu. Akan tetapi, api mereka telah menyalakan semangat para mujahidin untuk membebaskanmu. Maka oleh itu, barangsiapa yang inginkan kemuliaan dunia dan akhirat, hendaklah persiapkan dirinya untuk membebaskan Al-Aqsa, Al-Quds, Palestin, serta penghuninya. Ibu kami, bumi Mesir yang dinoda. Anak perempuan kami, tanah Palestin yang dijajah. Saudara perempuan kami, Syria yang terluka. Adakah misi pembebasan yang megah ini seharusnya lebih diberi perhatian terhadap ibunya (Mesir), berbanding anak perempuannya (Palestin) dan saudara perempuannya (Syria)???


……….

Peringatan untuk kita semua supaya tidak lupa untuk terus ambil cakna isu ummat Islam di negara-negara lain. Kita tidak sepatutnya memilih satu-satu negara sahaja, kerana kita berjuang atas dasar yang sama. Jangan sampai krisis yang berlaku di Mesir membuatkan kita lupa terhadap penindasan yang turut berlaku di Palestin, Syria dan lain-lain negara.

“Perumpamaan orang-orang beriman, dalam kecintaan mereka, dalam kasih sayang mereka, dan dalam belas kasihan mereka, ibarat jasad yang satu. Apabila satu anggota terasa sakit, seluruh anggota turut terasa sakit, (hingga keseluruhan anggota) berjaga malam dan demam” – Hadis sahih riwayat Muslim

Sumber : رابطة الاخوان بالعالم
#mesirkini
#R4BIA
 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s