Sungguh hairan? *_*

152179h4qroi8q2b

Sungguh hairan,

apabila kita mengenal Sang Pencipta,

tetapi tidak mencintai-Nya,

malah menjauhi dari-Nya…

*

Sungguh hairan,

apabila kita mendengar panggilan-Nya,

tetapi kita sengaja lambat menyahut seruan-Nya,

dengan memberikan berjuta alasan…

*

Sungguh hairan,

apabila kita tahu betapa besar ganjaran pahala,

ketika bermuamalah dengan-Nya,

tetapi kita terlebih dahulu bermuamalah selain dari-Nya…

*

Sungguh hairan,

apabila kita rasa betapa MANISnya melakukan kebaikan,

tetapi kita tetap bermalas-malasan,

kerana terdorong ikutan nafsu dan bisikan syaitan…

*

Sungguh hairan,

apabila kita tahu betapa besar keMURKAan-Nya,

tetapi kita tanpa bersalah melakukannya,

justeru membuat Allah bertambah murka…

*

Sungguh hairan,

apabila kita rasa betapa pedihnya melakukan maksiat,

tetapi kita tetap melakukan maksiat,

tanpa memohon ampun dan mentaati-Nya…

*

Justeru itu,

duhai sahabatku,

jagalah setiap pandanganmu,

jagalah setiap diammu,

jagalah setiap bicaramu,

jagalah setiap perbuatanmu.

kerana Allah sentiasa memerhati tindakanmu!

*  *  *  *

Dari seorang hamba Allah yang lemah,

Nadi Ummah 

152179h4qroi8q2b

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s