Ranting on Ukhuwah

makna-ukhuwah-islamiyah

Ckp psl ukhuwah islamiyah ni..dia mesti terbina atas dasar aqidah.. Pendek kata, msti lillahi ta’ala.

Ckp psl ni, saya teringat satu ayat quran. Surah al anfal ayat 63. Terjemahannya:

“dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Rasa tersentuh sgt bila baca ayat ni 😭😭 sbb hakikatnya Allah jugak yg mnyatukan hati hati kita

Kalau tgok skrg ni, ramai yg dh lari atau terpesong dr definisi ukhuwah tu sndiri. Ramai yg bina hubungan, dgn buat bnde lagha. Bonding, tp dgn tgok movie lagha kt wayang. Atau buat something yg bertujuan utk seronok semata2 atas alasan nk rapatkan ukhuwah. Sbb tu, ramai yg rasa mcm ukhuwah kosong.. Kawan tinggal kwn sbb hakikatnya ukhuwah yg sbnr msti terbina atas dasar iman n aqidah. Dan iman n aqidah tu tk boleh dicampur aduk dgn perkara lagha..

Tp jgn slh faham.. Bukan mksud saya tk leh nk buat bnde happy sama2. Boleh. Tp jgnlah ukhuwah kita takat di situ je.

Ukhuwah ni lebih nikmat dan akan lebih erat bila kita sama2 buat perintah Allah. Bila kita bersama mrapatkn diri pd Allah. Tp tk ramai yg terfikir utk buat bnde baik sama2 dgn shbt sndiri.. Selalunya yg sama2 ni msti bnde lagha kan.. 😞😞

Allah..

Sahabat yg baik, ialah sahabat yg membawa shbtnya ke arah kebaikan.

Kita nak ukhuwah yg mcm mana?

“Make Al-Quran your best friend and Al-Quran will be your best friend in Akhirah.”~Quotes

Dalam mimpinya.

Beliau bertanya, “Wahai Nabi, bagaimana keadaan orang yang menghafaz Al-Quran serta beramal dengannya ketika memasuki syurga?.” 

  • 152179h4qroi8q2b
  • Bagaimana keadaan orang yang menghafaz Al Quran?
  • Dan beramal dengannya?
  • Ikutilah kisah selanjutnya..
  • tumblr_npnsxj5tBw1qapk2qo1_500

Syeikh Dr. Umar Abdul Kafi, seorang pendakwah terkenal dari Mesir ketika

mengulas tentang hadis ‘Ahli Allah itu ialah orang yang mendampingi Al -Quran…’

 membawakan  sebuah  kisah  yang  sangat  menarik. Menurutnya, seorang kanak-

kanak telah disuruh oleh ibunya untuk belajar dan menghafaz Al-

Quran dengan seorang guru yang ternama.

Kanak kanak  ini  asalnya  dari  sebuah  keluarga  yang  sangat  miskin.  Kerana  taatnya

akan  perintah  ibunya, dia pun menyiapkan segala keperluan dirinya untuk

 berangkat menemui guru tersebut. Akhirnya dia tiba setelah tiga hari berjalan, dia

segera bertemu gurunya dan berkata, “Wahai Syeikh, saya ingin menghafaz Al-Quran

daripadamu.”  Syeikh  itu  menjawab,  “Boleh, tetapi kamu diberi dua pilihan.

Pertama, kamu perlu bekerja disini, membersihkan masjid, mengembala kambing

dan sebagainya. Apabila sudah cukup kadarnya, kamu bolehlah mula belajar.

Kedua, kamu sediakan sekeping wang emas.”

Setelah mendengar pilihan daripada syeikh itu, kanak- kanak tadi pulang

 semula ke kampungnya dengan perasaan kecewa.

Dalam perjalanan pulang, dia berehat di bawah sepohon pokok lalu tertidur.

Di dalam mimpinya bertemu Rasulullah sallahu a’laihi wassalam.

Baginda berpesan kepadanya, “Pergilah semula ke rumah guru tadi.

 Katakan padanya, Rasullah yang menyuruhmu pergi.”

“Wahai Nabi, bagaimana saya hendak menyakinnya?

Jika boleh, berikan saya apa-apa petanda?.”

Jawab Nabi sallahu a’laihi wassalam, “Petandanya ialah ‘zumaran zumara’!”.

Sebaik sahaja terjaga dari tidurnya, kanak-kanak itu kembali ke tempatnya

 semula yakni ke tempat guru Al-Quran yang ditemuinya tadi.

Dia mengetuk pintu rumah guru Al-Quran itu seawal-

awal pagi, sebelum azan subuh berkumandang.

Sang guru melihat seorang kanak-kanak sedang berdiri di

muka pintu rumahnya, sebaik-baik sahaja pintu dibuka.

Dia mengenali kanak-kanak tersebut. “Adakah sudah membawa sekeping

wang emas?”

“Tidak, tetapi saya bermimpi bertemu Rasulullah sallahu a’laihi wassalam.

Baginda menyuruh saya datang semula ke mari dan belajar dengan tuan.”

Untuk menyakinkan gurunya, dia mengucapkan apa yang disebut oleh

Nabi sallahu a’laihi wassalam dalam mimpinya Guru tadi terus memeluknya

dan mengajaknya masuk serta melayannya dengan baik.

“ Tuan, saya tidak akan belajar selagi tuan tidak ceritakan kepada saya apa maksud

 disebalik kalimah ‘zumaran zumara’?

Menurut guru Al-Quran itu beberapa tahun yang lalu, beliau pernah bermimpi

bertemu Rasulullahsallahu a’laihi wassalam. Dalam mimpi itu, beliau bertanya,

“Wahai Nabi, bagaimana keadaan orang yang menghafaz Al- Quran

 serta beramal dengannya ketika memasuki syurga?.”

Nabi sallahu a’laihi wassalam menjawab,”

Mereka akan masuk secara ‘zumaran zumara’ (berbondong-bondong)!”

Sungguh hairan? *_*

152179h4qroi8q2b

Sungguh hairan,

apabila kita mengenal Sang Pencipta,

tetapi tidak mencintai-Nya,

malah menjauhi dari-Nya…

*

Sungguh hairan,

apabila kita mendengar panggilan-Nya,

tetapi kita sengaja lambat menyahut seruan-Nya,

dengan memberikan berjuta alasan…

*

Sungguh hairan,

apabila kita tahu betapa besar ganjaran pahala,

ketika bermuamalah dengan-Nya,

tetapi kita terlebih dahulu bermuamalah selain dari-Nya…

*

Sungguh hairan,

apabila kita rasa betapa MANISnya melakukan kebaikan,

tetapi kita tetap bermalas-malasan,

kerana terdorong ikutan nafsu dan bisikan syaitan…

*

Sungguh hairan,

apabila kita tahu betapa besar keMURKAan-Nya,

tetapi kita tanpa bersalah melakukannya,

justeru membuat Allah bertambah murka…

*

Sungguh hairan,

apabila kita rasa betapa pedihnya melakukan maksiat,

tetapi kita tetap melakukan maksiat,

tanpa memohon ampun dan mentaati-Nya…

*

Justeru itu,

duhai sahabatku,

jagalah setiap pandanganmu,

jagalah setiap diammu,

jagalah setiap bicaramu,

jagalah setiap perbuatanmu.

kerana Allah sentiasa memerhati tindakanmu!

*  *  *  *

Dari seorang hamba Allah yang lemah,

Nadi Ummah 

152179h4qroi8q2b

uKHUWAH

This love of ours is not of this world,

but of Heavens,

and thus,

I shall not love you the way a human love you,

but,

of the angels of Allah,

whose love seeps through me,

and into your pure hearts.

Therefore,

when I love you,

it’s not because I love you,

but because He(Allah)  loves you.

And when I do love you,

I LOVE YOU because of ALLAH!

#HAMASAHSYABAB

Pemuda Syahid di Bumi Turki

Ahmad Ammar – Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang
Tertangguh”.

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam
kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih
bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki.
Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam
kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah,
dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan
Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di
Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam
Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa
telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar.
Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang
panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

                        Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.


Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada
tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah
kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya
remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah.

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam1 Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-2 Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-3 Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-4 Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-5

maklumat lanjut boleh layari di laman web:

http://infoduniaaku.blogspot.com/2013/12/ahmad-ammar-remaja-malaysia-digelar.html