Cerpen: Baiknya Dia!

SYUKUR

Bau ubat kuat menusuk hidung. Aku menutup hidung dengan tangan. Dari dulu, aku memang anti dengan bau ini.

 

“Raaaz.” Aku memandang tanganku yang sedang memegang tangannya. Pandanganku jatuh ke wajah Harraz.

 

Wajah itu pucat. Penat. Kedua matanya tertutup rapat. Dan dari hujung matanya, terdapat kesan air mata.

 

Air mataku jatuh tanpa sedar. Aku terasa diriku terlontar ke telaga masa. Kembali ke saat ketika mana aku baru mengenali insan bernama Harraz.

 

*******

“Bersyukurlah, kawan. Allah ambil 3 orang dari kau, dan Allah ganti dengan 15 orang.”

 

Suara itu mnyentuh cuping telinga ku. Aku menoleh dengan pandangan yang kosong. Sekosong hatiku kini. Isinya dah turut sama terkubur sebaik sahaja ibu, ayah dan along terbaring di bawah tanah.

 

“Kau ada aku sekarang. Tak nampak hikmahnya?” Lelaki itu bersuara dengan bersahaja. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

 

Cis. Ada kau buat apa? Disaster.

 

Kata-kata Abang Adi semalam terngiang-ngiang di telinga. Abang Adi, yang digelar Along merupakan pemilik rumah anak yatim ini. Jangan haraplah aku akan panggil dia Along. Along aku cuma seorang. Tak akan ada yang boleh ganti.

 

“Be Harraz’s companion. Tu je yang Along minta dari Dani.”

 

Hanya satu. Tapi satu tu sahaja dah ibarat merampas seluruh hidup aku. Macam mana aku nak hidup dengan mamat selamba ni?

 

“It’s not that bad. Percayalah. I’m the best thing that happens in your life. Satu hari nanti kau akan mengaku.” Yakin. Dia mengenyit sebelah mata.

 

Aku tak tahu kenapa aku rasa tak ngam dengan mamat ni. Maybe sebab ketenangan dia in spite of his condition yang..

 

Aku pandang kaki Harraz yang tidak memijak tanah. Bukan sebab dia hantu. Bukan pula kerana dia ada kuasa boleh terbang macam dalam tv tu.

 

Harraz menggerakkan kerusi rodanya mendekati katilnya di sebelah tingkap. Kemudian, dengan tangan kanannya yang seperti batang penyapu memegang dinding, dia bangun dari kerusi rodanya dan duduk di tilam yang kelihatan lama.

 

“Dani” suaranya memanggil.

 

Apa dia nak? Aku menarik muka. Langkah kaki dihayun mendekati katil itu.

 

Dan sekali lagi, wajah pucat itu dihiasi senyuman.

 

*****

“Kau sakit apa sebenarnya, Harraz?” Aku bertanya sambil menolak kerusi rodanya keluar dari pagar sekolah.

 

“Diffuse pontine glioma.”

 

“What IS that?” Aku tayang muka blur.

 

“Google sendiri.” Dia memetik jari.

 

“Benda tu dalam kaki kau ke? Yang buatkan kau lumpuh?” Aku menyoal lagi, tidak puas hati.

 

Harraz memegang roda, menahan kerusi itu dari terus bergerak.

 

“Siapa kata aku lumpuh?” Dia memandang aku. “Aku boleh jalan. Cuma aku tak ada tenaga. Tenaga yang aku ada, aku nak gunakan untuk benda lain, contohnya jawab soalan-soalan kau tu.”

 

“Mana pergi tenaga kau?”

 

Dia tunduk. Menarik nafas dalam. “The doctor zapped away my power.”Dia mengangkat kepala. “Dengan radiation.”

 

Aku tersenyap. Aku rasa aku dah tahu apa benda diffuse pontine glioma tu.

 

**********

“Ibu, please. Dani nak sangat ibu, ayah dan Along ada esok.”

 

“Along penatlah, Dani. Kursus baru habis ni.”

 

“Hmm..tak apa lah kalau macam tu.” Merajuk.

 

Terdengar suara ibu mengeluh. Aku tersenyum. Menang. “Ye lah. Ibu cuba cakap dengan Along.”

 

“Apa yang budak manja tu minta, ibu?” Dari jauh, terdengar suara mengusik Along. Talian dimatikan.

 

Setitis. Dua titis. Air mata mula menuruni pipi. Ibu. Ayah. Along. Kenapa cepat sangat mereka pergi? Menggigil satu badanku bila melihat tubuh ketiga-tiga insan yg kusayangi hanya tinggal abu yang berterbangan. Wajah mereka pun aku tak dapat tatap buat kali terakhir.

 

Ah. Kalaulah aku tak minta mereka balik hari tu..

 

Aku meramas rambut. Serabut. Tanpa berfikir panjang, langkah kuambil menuju ke koridor di tingkat dua itu. Perlahan, aku memanjat tembok koridor itu. Hanya tinggal satu langkah sahaja, malaikat maut akan datang menyambar rohku.

 

Terjun.

 

“Kau buat apa tu? Dani?”

 

Dalam kelam malam, aku dapat melihat satu susuk sedang bersila di gelanggang bola tampar. Langkahku mati. Apa yang dia buat di situ malam-malam buta ni?

*******

Pagi itu amat dingin. Burung-burung masih belum berganjak dari sarangnya. Matahari pula masih malu-malu untuk memancarkan cahayanya dari balik awan.

 

Harraz menghirup teh untuk menghangatkan tubuhnya. Aku memandang ke luar tingkap. Bilik yang asalnya stor ini ialah bilik Harraz. Terletak di tingkat paling bawah rumah ini.

 

“Kau jangan cuba buat kerja tu lagi, boleh tak?” Suara Harraz kedengaran tegas. Mungkin marah kerana soalan-soalannya sebelum ini tidak kubalas.

 

“Aku tak ada sebab untuk hidup lagi lah!” Aku menaikkan suara. Ya. Untuk apa lagi aku hidup. Dah lah duduk kat rumah yang macam penjara. Kena pula jadi penjaga tak berbayar.

 

“Then, cari sebab tu. Bukannya senang-senang nak ambil nyawa sendiri.”

 

Pandanganku menikam wajah Harraz. “Kau..kau tak rasa apa aku rasa. Kau kecil lagi waktu parents kau mati. Aku dah besar. Aku ada rasa sayang yang jauh lagi dalam dari kau.” Mataku mula hangat. Entah kenapa, hati aku panas meskipun cuaca amat dingin. Aku tahu, Harraz tinggal di sini sejak 8 tahun yang lalu. Dari dia berumur 9 tahun.

 

“Okay, Dani. Kita buat satu deal. Kau jangan cuba buat benda pelik-pelik sampai akhir tahun ini. Aku akan tolong kau cari sebab untuk hidup. Lepas tu, kalau kau nak terjun dari tingkat 100 ke aku tak kacau.” Cawan di tangan diletakkan atas meja.

 

“Kenapa aku kena setuju?”

 

“Sebab kau dah janji nak jadi companion aku. Kau tolong aku, aku tolong kau.”

 

“Kenapa sampai akhir tahun ni?”

 

“Sebab..” Dia menggaris senyuman. “Doktor kata aku cuma boleh hidup sampai akhir tahun ni.” Matanya memandang ke arah aku.

 

Aku terdiam. Akhir tahun ni? Maksudnya lagi 6 bulan?

 

“One more, Dani.” Harraz melepas nafas perlahan.

 

“Parents aku hidup lagi. Diorang buang aku.”

Kali ini, lidahku terus kelu.

 

********

“Bangun! Bangun!”

 

Arghh! Tarzan mana pula yang sesat masuk malaysia ni?

 

“Tak baik tidur lepas subuh. Tak ada barakah.” Kepala yang selesa terletak atas bantal tadi terjatuh di atas tilam yang tak berapa empuk. Aku merengus.

 

“Jangan kacau lah!” Tangan aku cuba menggagau mencari bantal yang dirampas tadi. Aku membuka mata. Imej kabur seorang lelaki dengan serkup di kepala terbentuk di retina.

 

“Morning.” Dia sengih.

 

Cis. Si pengacau antarabangsa ni rupanya. Aku menggosok mata sambil menguap lebar.

 

Pap! Sebiji bantal mengenai wajahku.

 

“Hish tutup lah mulut tu. Syaitan masuk nanti.”

 

Aku menarik wajah masam. “Hari ni kan cuti. Kenapa nak bangun awal-awal?” Aku merungut. Mataku masih separuh tertutup dek beratnya syaitan yang bertenggek atas kelopak mata.

 

“Jom lah. Jalan-jalan. Ambil angin.” Selimutku pula ditarik.

 

“Kau ni annoying betul lah!” Aku bangun dari baringku. Dia hanya tersenyum.

 

“Cepat sikit. Aku tunggu kat luar!”

******

“Perghhh. Cantik gila tempat ni!” Aku hampir menjerit. Betul. Tak tipu. Belakang rumah ni dah macam taman dalam syurga. Okay, itu over. Tapi seriously cantik. Hijau. Sejuk mata memandang. Dah 3 hari kat sini inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di kawasan belakang banglo ni.

 

“Subhanallah.” Itu komen Harraz. Aku terdiam. Sentap. Harraz seperti biasa dengan senyumannya.

 

“Eh, aku cakap subhanallah tau tadi. Dalam hati.” Aku membela diri. Padahal itu satu pembohongan.

 

Harraz gelak. “Aku tak cakap apa pun.” Dia menggerakkan kerusi roda mendekati anak sungai yang tenang mengalir. Dia mendepa tangan, menghirup udara dalam-dalam.

 

“Kau tahu, banyak nikmat Allah bagi kat kita. Dapat nafas macam ni pun dah kira satu nikmat yang tak ternilai.” Dia melepas nafas.

 

“You’re dying. Memanglah kata macam tu.” Aku menggumam dalam hati. Seperti mempertikai kata-katanya.

 

“We’re all dying. Even you don’t happen to have a brain cancer like me. Bukan kita semua sedang menuju kematian ke?” Dia menjawab seakan-akan mendengar kata hati aku. Hish, dia ni ada kuasa psikik apa?

 

Aku terdiam. Tidak mampu membalas kata-katanya. Aku teringat ibu. Teringat ayah. Along. Mereka tidak tahu pun yang ajal mereka pada hari itu, detik itu. We’re all dying…

 

“Kau buat apa?” Aku mengubah topik. Aku lihat dia sedang menukis sesuatu dia buku kecil hitamnya.

 

“Rahsia. Kau mana boleh tahu.” Dia menjelir lidah. Buku terus ditutup. “Shuh. Pergi duduk jauh-jauh. Tadi tunggu kau bersiap pun dah habis setengah jam aku.”

 

“Setengah jam je pun.” Aku menaikkan anak mata ke atas.

 

“Dani, my time is limited.” Dia pandang wajah aku. “Masa tu penting, Dani. Kalau kau nak tahu nilai satu minit, kau tanya orang yang terlepas tren. Nak tahu nilai satu saat, tanya orang yang terlepas dari satu kemalangan maut. Tapi kau nak tahu nilai sedetik..” Dia berhenti seketika. “Kau tanya orang macam aku.” Harraz tunduk dan kembali membuka bukunya.

 

“Danial Izham. Masa tu penting. Treasure it.”

 

Aku diam. Memikir.

 

Masa. Aku teringat masa-masa aku bersama Along. Bersama ibu ayah. Kalau aku sedar masa mereka yang terhad, aku akan lebih menghargai mereka. Tapi sekarang, menangis air mata darah pun masa itu tak akan kembali.

 

Aku mengeluh perlahan.

********

“Lambat.” Harraz bersuara sebaik sahaja aku keluar dari rumah.

 

Aku menyarung kasut. “Hero kan selalu muncul time last minute.” Banyaklah kau hero. Aku tergelak dalam hati.

Harraz menggeleng. Mesti dia pening nak layan aku.

 

“Hensem jugak sahabat aku ni.” Harraz merangkul bahuku. Tertarik senyuman di bibirku.

 

“Well..” Aku menyelak rambutku ke belakang. “Aku memang dilahirkan hensem.” Haha. Aku ni memang dari dulu ada satu penyakit. Kalau orang puji, hati aku akan kembang macam dipam pam.

 

Harraz tergelak. “Weh, riya’ nampak.” Harraz menolak bahuku. “Jom ah. Along dah tunggu lama tu. Bersiap kalah perempuan.”

 

“Kau tak apa ke jalan ni? Sekali tumbang aku tolong tengok je.” Aku memandang Harraz yang seperti biasa memakai serkup di kepala. Hari ni dia nampak lain. Wajahnya nampak hidup.

 

“Kawan macam apa lah kau ni.” Harraz menyaingi langkahku. “It’s ok. Aku rasa bertenaga hari ni.” Dia senyum segaris.

 

Aku hanya angkat bahu.

“Dani..” Tiba-tiba Harraz memegang kepala. Tubuh Harraz yang hampir jatuh aku sambut.

 

“Kau okay tak ni?” Entah kenapa, hati ku dipagut risau. Tiba-tiba Harraz ketawa.

 

“Aku main-main je lah bro. Kata tak nak tolong tadi. Sayang jugak eh kau kat aku.” Harraz bangun.

 

Kurang asam. Aku menarik muka. Dia kenakan aku rupanya.

 

“Tak sayang. Tu namanya humanism.” Aku terus melangkah laju ke depan. Buat gaya marah.

 

“Dani, kau tahu tak, tahun lepas aku wakil sekolah bola tampar.” Dia bersuara ketika melalui gelanggang bola tampar.

Aku menoleh sambil mengangkat kening.

Dia sengih. “Tak percaya? Aku atlet sekolah dulu.”

 

Aku hanya menggeleng. Bukan tak percaya. Aku percaya sebab setiap hari Ayip and the geng akan terjerit-jerit memanggil Harraz untuk menjadi pengadil. Yang aku tak percaya, macam mana dia boeh bagitahu aku dengan wajah bersahaja? Senyuman kat bibir dia tu macam kena tarik dengan magnet. Lebar.

 

“Aku teringin nak buat macam tu lagi.” Aku terdengar suara Harraz yang seakan berbisik. Aku memandang gelanggang. Ayip sedang mengangkat bola dan melancarkan servis mautnya. Aku mendengar Harraz beristighfar perlahan.

 

Aku tersenyum pahit. Harraz manusia. Aku tahu dia mempunyai rasa itu. Rasa sedih. Rasa kecewa.

 

“Masuk cepat. Nanti lambat kita sampai.” Abang Adi yang sudah menunggu dalam kereta menegur. Harraz mengambil tempat di depan. Aku duduk di belakang.

 

Kereta terus meluncur ke satu destinasi.

 

Hospital.

*******

Cuti sekolah dua minggu aku habiskan dengan menemani Harraz di hospital. Aku yang menjaga Harraz sepanjang dia menjalani rawatan kemoterapi di sini.

 

Pap. Harraz menutup pintu bilik air perlahan. Aku pantas memapah Harraz yang sudah lembik itu ke katil. Harraz seakan-akan diperah-perah. Kemoterapi membuatkan dia muntah tidak henti-henti walaupun semua makanannya sudah habis dikeluarkan.

 

“Sorry..” Harraz bersuara lemah sambil mengelap wajahnya yang basah. Matanya merah berair.

 

Aku hanya tersenyum simpati. Aku duduk di birai katil. Harraz duduk bersandar di bantal yang sudah ditinggikan. Dia mengambil buku kecil hitamnya dari atas meja.

 

“Nah.” Dia menghulurkan buku itu kepadaku. Aku terkejut.

 

“Bukan kau kata aku tak boleh tengok ke?” Aku teragak-agak.

 

“Satu hari satu muka surat je.” Dia membalas. Aku membuka helaian pertama.

 

Buku ini kepunyaan Harraz.

Mataku jatuh ke barisan pertama.

 

Dear, Harraz.

Peraturan pertama: Jangan sesekali mengeluh walau apa jua keadaan. Elok-elok kau dapat pahala, nanti pahala tu lesap. Belajar menerima. Sebab mengeluh tu tak akan ubah apa-apa.

 

Aku terkedu. Wajah Harraz kupandang.

 

“Apa ni?”

 

“Peraturan-peraturan untuk aku. Aku buat bila tahu pasal penyakit aku ni.” Dia menjawab perlahan. “Aku nak minta tolong kau. Kalau kau dengar aku mengeluh, kau tegur. Tepuk sikit aku. Kadang-kadang, aku tak sedar.” Dia senyum segaris.

 

Aku terpaku. “Aku tak tahu nak kata apa, Harraz. Kau memang luar biasa.”

 

“Tak. Aku manusia biasa yang cuba nak jadi luar biasa. Sebab tu aku buat rules dalam tu.” Dia memejam mata. “Sebenarnya, Dani. Kita patut malu bila kita mengeluh. Selama ni Allah bagi aku kesihatan, even sekarang pun aku sakit, Allah still bagi aku banyak nikmat. Kau, Allah ambil orang yang kau sayang. Tapi cuba kau tengok diri kau. Kau masih ada mata, ada hidung. Boleh berjalan,boleh bercakap.” Harraz berhenti dan memandang aku.

“Kita kena fikir yang kita ni asalnya tak ada apa. Lepas tu, Allah bagi kita macam-macam. Bila Allah nak ambil balik, layak ke kita nak marah? Itu memang bukan hak kita. Sepatutnya kita kena bersyukur, Allah baik hati nak bagi kita pinjam, walaupun seketika. Ada orang yang langsung tak pernah lihat parents dia, Dani.” Suara lembut Harraz menyentuh hatiku. Aku tunduk.

 

“Aku jeles sangat bila kau cerita kat aku apa yang mak kau buat kat kau. Bila kau cerita pasal abang kau yang sporting. Ayah kau yang terlebih caring. At least, kau pernah rasa semua tu. Aku..” Dia menarik nafas dalam. “Aku tak pernah rasa, Dani.”

 

Ya Allah.. Aku rasa seperti hendak menangis. Lagi-lagi bila melihat mata Harraz yang mula berair.

 

“Tapi bila fikir dari sudut positif, mungkin Allah sengaja nak ambil mak ayah dan abang kau. Allah nak curi perhatian kau. Maybe Allah sent everybody away so that it is only you and Him. Allah sayang kau. Aku pulak, maybe Allah bagi aku sakit, supaya aku makin dekat dengan dia. Allah nak aku mengadu kat dia. Kalau aku tak sakit, mungkin aku hanya mengadu pada dia setiap kali lepas solat. Kalau Allah bagi aku sembuh, maybe aku akan leka. Jadi Allah nak aku stay macam ni, so that, aku sentiasa rapat dengan dia. Aku sentiasa takut nak buat dosa sebab fikir yang aku boleh mati bila-bila. Kadang-kadang, Dani, musibah tu tanda kasih sayang Allah pada kita.” Harraz tersenyum. “Dan kami uji mereka dengan nikmat baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” Harraz membaca terjemahan sepotong ayat al-Quran. Dia mengesat air mata yang hampir menitis.

 

Aku tersenyap. Musibah ni tanda Allah sayang aku?

 

Hati aku tersentuh.

***********

“Masa awal-awal Harraz tahu dia kena kanser otak, dia murung. Suka marah-marah.” Abang Adi a.k.a Along bercerita kepadaku.

 

“Dia takut. Dia kata dia tak bersedia untuk mati. Dia jadi tak bersemangat nak belajar.” Abang Adi tersenyum pahit. “Tapi dia jenis pendam. Tak cerita kat sesiapa. Satu hari, Along nampak dia menangis.”

 

Aku mengerutkan muka.

 

“Kita tak rasa sakit yang Harraz rasa, Dani. Dia kata kat Along rasa macam nak pecah kepala. Bila Along suruh dia buat rawatan radiasi, tubuh dia jadi lemah. Satu per satu benda dia tak boleh buat. Dani tahu tak yang bola tampar tu dah macam nyawa Harraz?”

 

Aku senyap. Teringat kata-kata Harraz hari tu.

“Dani, kau tahu tak, tahun lepas aku wakil sekolah bola tampar.”

 

Dari gaya Harraz, aku dapat lihat yang dia memang minat bola tampar. Tapi aku tak tahu sejauh mana minatnya itu.

 

“Bola tampar tu lah satu-satunya kenangan dia dengan ayah dia sebelum ayah dia buang dia kat Darussakinah. Pasukan ayah dia dulu johan lawan universiti-universiti. Dia kata dia nak jadi johan kat malaysia, supaya ayah dia kenal dia, boleh bangga dengan dia. Kamu boleh bayang tak apa Harraz rasa bila dia tak mampu lagi nak lompat buat servis? Tak mampu lagi nak dig bola bagi lepas net?” Abang Adi menyapu air mata yang mengalir di pipinya.

 

“Tapi Harraz hebat. Dia tak terus tenggelam. Dia kata kat Along, mungkin Allah bagi dia sakit sebab nak tarik perhatian dia yang selama ni buat something sebab nak tarik perhatian ayah dia. Lepas tu, dia kata kat Along, dia sanggup hilang semua yang dia ada, asalkan Allah ada bersama. Dia tak sanggup kalau Allah bagi dia semua nikmat, sampai dia lupa nak meminta pada Allah, sampai buat dia jauh dari Allah. Dan sejak hari tu, dia mula buat peraturan-peraturan tu.” Abang Adi berhenti bercerita. Dia meraup wajah.

 

Itu rupanya sejarah wujudnya peraturan-peraturan tu..

 

Abang Adi bangun dari kerusinya.

 

“Along nak pergi jumpa Harraz kejap.” Dia membetulkan letak cermin matanya dan masuk ke dalam wad Harraz.

 

Aku tersandar lemah.

“Aku jeles sangat bila kau cerita kat aku apa yang mak kau buat kat kau. Bila kau cerita pasal abang kau yang sporting. Ayah kau yang terlebih caring. At least, kau pernah rasa semua tu. Aku..” Dia menarik nafas dalam. “Aku tak pernah rasa, Dani.”

 

Ya Allah! Setitis. Dua titis. Tiga titis. Air mata yang mengalir kubiar jatuh menuruni dagu.

********

“Freedom!!!” Harraz menjerit sekuat hati sebaik sahaja dia keluar dari kereta.

 

Aku tersengih. Aku membantu Harraz duduk di atas kerusi rodanya. Kemudian, kerusi roda itu kutolak perlahan menuju belakang rumah.

 

“Dah sampai.” Aku menepuk peha dan duduk di sebuah bangku di situ. Harraz bangun dari kerusi rodanya. Aku lihat kakinya terketar-ketar menampung tubuhnya yang kurus keding. Aku memapah tubuh Harraz ke bangku.

 

Ya, Harraz tidak lagi sekuat dulu. Tenaganya seakan disedut. Aku melihat lengan Harraz yang penuh dengan lebam-lebam. Itupun salah satu kesan kemoterapi yang dijalaninya.

 

“Thanks.” Harraz menghadiahkan sebuah senyuman sebaik sahaja dia duduk di bangku itu. Aku mengangguk.

 

“Dani.”

 

“Hmm.”

 

“Cuba kau tengok awan tu.” Harraz menuding jari ke langit.

 

“Kenapa?” Aku mendongak. Apa yang peliknya dengan awan tu?

 

“Awan tu macam kaulah”

 

Aku mencebik. Cis, kurang asam. Bentuk macam rabbit tu dia kata macam muka aku yang hensem ni.

 

“Haha. Salah sangka lah tu. Aku tak kata muka kaulah. Kau tengok awan. Walaupun jauh di langit tetapi memberikan seribu jasa kepada makhluk lain.”

 

“Kenapa kau cakap aku macam tu?” Aku memandangnya pelik. Aku berjasa?

 

“Kau tolong aku. Kau baik. Anak yang soleh. In shaa Allah ayah mak kau dapat saham kat sana.” Harraz terbatuk-batuk. Dia berdehem. “Dani, aku tak kesal dapat penyakit ni. Sebab dengan penyakit ni, Allah bagi aku satu anugerah yang tak ternilai.” Harraz terbatuk lagi.

 

“Apa dia?” Aku mengangkat kening sebelah.

 

“Allah bagi aku sahabat. Kalau aku tak dapat penyakit ni, tak ada lah Along suruh kau jaga aku. Kau memang sahabat terbaik yang aku ada. Sebab kau sanggup jaga aku. Kau boleh je lari kan?” Harraz menarik senyuman. “Dani, terima kasih.”

 

Aku menelan air liur. Ahhh, kenapa mata aku berair ni? Terharu. Harraz ni suka buat aku jadi cengeng.

 

“Dan sebab tu jugak aku berubah. Kalau kau tak sakit, aku tak berkepit dengan kau, aku dah lama tak ada kat dunia ni.” Aku memejam mata. Tak dapat aku bayangkan kalau aku mati kerana bunuh diri. Orang yang ambil nyawa sendiri tempatnya neraka. Allah masih sayangkan aku dengan mengutus Harraz untukku.

 

“Nampak kan hikmahnya sekarang? Apa yang Allah susun semuanya tip top. Terbaiiiik.” Harraz mengangkat ibu jari.

 

Aku mengangguk. Fikiranku melayang mengingati kembali saat aku menjaga Harraz di hospital.

 

“Dani, manusia ni pelikkan.” Harraz bersuara sambil mengambil pil kemoterapinya.

 

“Kenapa pulak?”

 

“Manusia cuba lari dari kematian dengan ubat. Tapi tak cuba lari dari neraka dengan amal soleh. Yang kelakarnya, kita memang tak boleh lari dari kematian. Lari dari neraka boleh lah.” Harraz memasukkan pil ke dalam mulut dan menelannya.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

 

“Harraz, hidung kau berdarah lagi.” Aku menegur Harraz yang tekun membaca. Harraz mengambil tisu dan mengelap hidungnya. Melihat darah yang semakin banyak, aku menghulurkan mangkuk dan mendudukkan Harraz. Harraz tunduk dan membiarkan darah mengalir ke mangkuk. Macam pili air bocor.

 

“Sakit?” Aku bertanya. Aku melihat Harraz terbatuk-batuk.

 

“Perit.” Harraz bersuara sambil mengesat lebihan darah di bawah hidungnya. Darah yang keluar semakin berkurangan. Tiba-tiba Harraz tergelak.

 

“Kenapa kau gelak?” Aku keliru. Sakit tapi boleh ketawa?

 

“Aku teringat satu kisah ni. Ada seorang ni jarinya tersepit pintu sampai kukunya terkopek. Tapi dia boleh ketawa dan kata: aku ketawa sebab aku nampak banyaknya pahala mengalir dari celah kuku aku ni.” Harraz tersenyum di akhir kalamnya.

 

Aku terpempan.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

 

“Dan kami pasti akan menguji mereka dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Sodaqallahul ‘azhim.” Harraz menutup perlahan al-quran di tangan.

 

“Beruntungnya orang yang diuji ni kan?” Harraz bersuara.

 

“Hah? Kenapa?” Aku yang sedang makan menoleh.

 

“Allah sayang dia. Dapat syurga. Untunglah tu.” Dia mengukir senyuman. “Dani, Allah ambil mak ayah dan Along kau, nanti Allah ganti dengan syurga dan kat dalam tu ada mak ayah dan Along kau. Mana lagi best? Mak ayah dan Along kau atau syurga tu?” Harraz berjalan perlahan dari katil menuju ke sofa.

 

“Nabi-nabi semua diuji. At last, tempat mereka kat mana? Syurga. Firaun. Dia dilimpahi kesenangan. Nanti tempat dia kat mana?”

 

“Neraka.” Aku menjawab perlahan.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

 

Peraturan kedua: Bangun pagi dengan senyuman dan ucapan syukur. Alhamdulillah, I’m alive!

 

“Bersyukur?”

 

“Hmm. Allah kata jika kamu bersyukur akan aku tambahkan nikmat kepadamu. Jika kamu enggan, sesungguhnya azabku sangat dahsyat.

 

Sebenarnya, musibah tu tak mempengaruhi hidup kita. Tapi apa tindakan kita bila berhadapan dengannya yang effect kita punya emosi, sikap dan keadaan kita. Bila fikir balik, musibah takkan jadi musibah kalau kita tak anggap dia musibah, kan? Aku umpamakan ujian ni seperti lemon. Kalau kulit kita sihat, kita sapu banyak mana pun lemon tak ada apa. Tapi kalau dah memang kulit kita sakit, luka, beberapa titis lemon pun dah buat kita rasa perit. Macam tu lah hati kita.”

 

Aku mengangguk. Kata-kata Harraz meresap ke dalam hati.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

 

“Kau hutang aku satu benda. Kau kata kau nak tolong aku cari sebab untuk hidup.” Aku mengungkit. Ketika itu, Harraz baru selesai diperiksa oleh doktor.

 

“Simple. Allah bagi kau hidup sebab nak bagi kau peluang untuk kumpul amal banyak-banyak. Takkan kau nak tutup peluang tu dengan bunuh diri?” Harraz tersenyum lagi.

 

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Betul juga.

 

“Allah cipta kita suci, bersih. Jadi kita kenalah kembali pada Allah dalam keadaan bersih. Kalau kau ada pinggan yang bersih, cantik lepas tu kau bagi pinjam kat orang dan orang tu pulang macam keadaan asal, mesti kau ambil dan simpan elok-elok. Kalau orang tu pulangkan kotor, mesti kau ambil dalam keadaan marah dan bersihkan dulu. Tetapi kalau pinggan tu tinggal serpihan je?”

 

“Aku campak je dalam tong sampah.” Aku menjawab spontan.

 

Harraz memetik jari. “Kau mesti lagi marah kan? Macam tu juga kita dengan Allah. Kalau kita kembali kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ dulu kita dengan api neraka. Kalau kita dah rosak teruk sampai mensyirikkan Allah, na’udzubillah, Allah akan terus lontar kita dalam neraka.”

 

“Hmm make sense.” Aku mengangguk-angguk.

 

“Dani. Dani. Danial Hazim.” Aku terasa bahuku ditepuk. Aku tersedar dari lamunan.

 

“Heih, dah sampai mana lah kawan aku ni berangan.” Harraz menggeleng sambil tersenyum.

 

“Ada lah sampai marikh. Sempat lah beramah mesra dengan alien kat sana.” Aku berloyar buruk.

 

“Dah lah. Jom masuk. Aku nak jumpa Ayip dan adik-adik lain.” Harraz bangun. Aku membantu Harraz berjalan ke kerusi rodanya.

 

“Harraz.” Aku memanggil. Kenapa Harraz bergoyang-goyang?

 

“Hmm?” Suara Harraz kedengaran perlahan. Ah, kenapa pula ni?

 

“Dani, kau okay?” Harraz melepaskan tangannya dari bahuku.

 

Seketika itu, pandanganku terus bertukar menjadi gelap.

 

“Dani!”

********

Aku terbatuk-batuk. Lamunanku pecah, membawa kembali tubuhku ke wad serba putih ini. Bau ubat kembali menusuk hidung. Aku menggerakkan tanganku. Tangan Harraz yang menggenggamku turut bergerak sama.

 

“Along, Dani dah sedar.” Aku mendengar suara Harraz. Aku lihat matanya sudah terbuka lebar dengan senyuman kegembiraan terukir di bibirnya.

 

Aku memandang Harraz dan Abang Adi dengan wajah kebingungan.

 

“Dani baru lepas operation. Dani ada brain hemorrhage.” Abang Adi menjelaskan. Aku hanya tersenyum lemah. Kepalaku terasa sakit mencucuk-cucuk. Tiba-tiba mataku terpandang luka di siku Harraz. Aku menarik perlahan lengan kanan Harraz. Sepanjang lengannya penuh kesan calar dan lebam. Jari-jari Harraz juga dipenuhi luka-luka kecil.

 

“Kenapa ni?” Aku bertanya lemah. Harraz hanya menggeleng.

 

“Harraz. Kau tahan badan aku eh masa aku pengsan?” Aku dapat mengagak. Wajah Harraz berubah.

 

“Maaflah. Aku tak larat nak tampung kau dari jatuh.” Balas Harraz.

 

“Habis tu, kau biar aku jatuh atas kau?” Mata aku mula berkaca. Tak dapat kubayangkan tubuhku yang tegap ini menindan tubuh kurus Harraz. Hendak menampung berat sendiri pun kakinya sudah terketar.

 

Harraz sengih. “Tak ada apa lah. Luka sikit je. Takkan aku nak biarkan kau jatuh atas batu-batu keras tu?” Dia menarik balik tangannya. Aku terdiam. Dada mula terasa sebak.

 

“Kau tahu, ada yang lebih sakit dari ni.”

 

“Apa?” Suaraku kedengaran serak.

 

“Bila aku tengok kau pengsan dan tak bangun-bangun lepas operation.”

 

Ya Allah..

Kali ini kolam mataku pecah. Kata-kata Harraz menyentuh tangkai hatiku.

 

Aku pandang wajah Abang Adi. Allah telah beri aku seorang abang yang baik setelah Allah mengambil Along. Betul. Abang Adi tidak dapat menggantikan tempat Along di hatiku. Tapi di Abang Adi tetap ada di sudut lain di hatiku.

 

Aku memandang Harraz. Automatik, bibirku mengukir senyum walaupun pandanganku sudah berbalam-balam. Aku bersyukur Allah menghantar Harraz kepadaku. Harraz bukti kasih sayang Allah yang tidak berbelah bahagi kepada insan yang lalai seperti aku.

 

“Harraz, terima kasih.. sebab jadi sahabat aku.” Aku bersuara perlahan. Air mata mula bertakung di tubir mata. “Aku.sayang.kau.kerana.Allah.” Sepatah demi sepatah kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tekakku terasa kering.

 

Aku nampak Harraz memejam mata membiarkan air mengalir di kedua pipi cengkungnya. “Aku pun sayang kau kerana Allah.” Suara Harraz kedengaran serak di telingaku. Dia menggenggam tanganku dengan kedua tangannya. Air mata Harraz jatuh di atas tanganku. Aku dapat rasa air hangat itu mengalir menuruni lengan.

 

Dan aku lihat wajah Abang Adi yang duduk dekat dengan kepala aku. Wajah Abang Adi muram.

 

Eh kenapa ni?

 

Dan tika ini, aku merasakan dadaku bagai dihempap. Pandanganku bertambah kabur. Aku tersenyum. Ohh rupa-rupanya..

 

Aku dapat merasakan ajalku kian hampir. Sebentar lagi aku akan menembusi alam lain.

 

“We’re all dying, even though you don’t happen to have a brain cancer like me.” Kata-kata Harraz menjengah telingaku

 

Harraz, aku yang pergi dulu rupa-rupanya. Betullah, mati itu tak mengira usia dan kondisi kesihatan. Yang muda boleh mati dulu dari yang tua. Yang sihat boleh mati dulu dari yang sakit.

 

Ternyata Allah itu sangat baik. Dia tidak menguji aku dalam tempoh yang lama. Andai aku membunuh diri dahulu, alangkah ruginya aku. Sedangkan kemenangan itu sudah sangat dekat!

 

Terima kasih ya Allah..

 

“Dani..” Harraz memanggil aku dengan suara bergetar.

 

Bibirku cuba tersenyum. Aku tercungap mencari nafas. Nafasku semakin payah. Kini, baru aku sedar nikmat satu hirupan udara yang Harraz katakan.

 

Harraz jangan lupa doakan aku. Allah izin, kita jumpa di syurga, bro. Sayang kau.

 

Allah..

Tubuhku terasa semakin ringan.

Gelap.

**********

ALLAH ALWAYS HAS A BETTER PLAN FOR US.

THINGS MAY NOT START OFF TO WELL…

     BUT THE ENDING IS USUALLY BETTER THAN WE EXPECT.

Advertisements

Cerpen: The Letter of Love~

free_palestine_by_vyzm-d5lkauy

Musim sejuk baru bermula di Belfast, Ireland. Pun begitu, sejuk sudah terasa hingga ke tulang sum sum. Aku memandang ke luar tingkap yang berkabus. Berharap mungkin aku akan melihat dia berlari menuju ke rumah ini. 3 bulan berpisah membuatkan aku rindu untuk bertemu dengannya.

 

 “Tahun depan tahun akhir kita kan?” Ziyad yang sedang berbaring meletakkan buku yang sedang dibacanya di dada.

“Hmm.” Aku menjawab tanpa memandangnya.

“Kau pulang ke negara kau ke cuti ni?”

“InsyaaAllah. ”

“Oh..” Ziyad bangun dari baringnya. “Aku ingat, aku pun mahu pulang.”

“Kau asal negara Arab mana sebenarnya? ” Aku bertanya. Meskipun hubungan kami sebilik dan hubungan kami agak akrab, namun dia tidak pernah menceritakan kepadaku tentang negara kelahirannya.

Dia tersenyum. “Rahsia.”

 

Aku mengeluh. Kini, segalanya sudah terjawab.  Surat yang terlipat kemas di tangan kubuka untuk ke sekian kalinya. Mataku mula menari-menari di atas baris-baris ayat yang tertulis kemas di atasnya. Warkah dari Ziyad El Shareff.

 

Ke hadapan Saudaraku Nasrullah yang disayangi kerana Allah,

 

Apa khabar sahabatku? Kau pasti tertanya-tanya mengapa aku masih belum tiba di bumi Ireland. Jawapannya, aku tidak akan terbang ke sana. Aku tidak akan menyambung pelajaranku. Aku ingin tinggal di tanah airku.

 

Aku pasti kau sudah mendengar berita tentang Gaza yang sedang di’bersih’kan oleh Israel. Ya, di situlah rumahku. Aku ialah anak palestin. Dan yang dibom oleh Israel itu ialah rumahku dan rumah jiran-jiranku. Yang mati dibom itu pula ialah saudara-saudaraku, jiran-jiranku dan teman-teman sepermainanku.

 

Aku akan bercerita tentang diriku yang selama ini aku rahsiakan daripadamu. Aku lahir dalam sebuah keluarga yang sangat bahagia. Aku mempunyai seorang ayah yang penyayang tetapi tegas, seorang ibu yang lemah-lembut dan seorang adik lelaki yang comel. Ayah ialah pejuang penting Hamas dan amat sibuk dengan perjuangannya. Namun, ayah tidak mengambil hak kami. Dalam kesempitan masa yang beliau ada, beliau tetap menyempatkan diri untuk mendengar celoteh-celoteh kami. Aku sangat menyayangi ayah.

 

Suatu hari, ayah memberitahu aku bahawa ayah akan mengikuti satu operasi yang berbahaya. “Jika ayah syahid, teruskanlah perjuangan ini. Jangan pernah walau sekalipun menyerahkan Palestin ke tangan Israel.” Itu pesan ayah kepadaku. Adikku, Zaid yang baru berusia 4 tahun bagai mengetahui bahawa itu kali terakhir kami melihat ayah. Dia memeluk lama ayah dan merengek-rengek tidak mahu melepaskannya. Dan keesokannya, kami menerima satu berita.

 

Ayahku syahid.

Tubuhnya hancur lebur dibom oleh Israel.

 

Adik yang tidak mengerti apa-apa, setiap hari bertanya:

“Bila ayah mahu pulang?” “Bila ayah mahu pulang?” “Bila ayah mahu pulang?”

Setiap kali bertanya, matanya memandang dengan penuh harap.

Adikku terlampau rindukan ayah. Setiap hari, dia menunggu ayah pulang. Padahal, aku sudah memberitahunya bahawa ayah sudah tiada.

 

Tetapi Allah berkuasa atas segala-galanya. Impian adik tercapai. Suatu hari, ketika aku baru pulang dari sekolah dengan keputusan peperiksaanku yang cemerlang, aku mendapati jasad ibu dan adik sudah terkulai tidak bernyawa. Rumah kami diceroboh. Dan Israel itu telah menyebabkan aku menjadi yatim-piatu dalam sekelip mata. Tanpa ucapan perpisahan, kedua-duanya pergi menyertai ayah di syurga. Aku tenggelam dalam kesedihan. Aku sudah tidak mempunyai sesiapa.

palestine

Seawal umur 11 tahun aku sudah tidak dapat merasa kasih sayang ayah dan ibu. Aku cemburu bila mendengar kau menghubungi ibu kau di rumah. Mendengar kau bergelak tawa dengan ibu kau di pagi raya. Aku cemburu melihat kau berskype dengan ayah tercinta di waktu lapang. Aku, sudah 10 tahun tidak mendengar suara ibu dan ayahku. 10 tahun aku membesar tanpa belaian kasih sayang daripada ibu dan ayah. Dan hakikatnya, hampir semua anak Palestin begitu. Kami tidak dapat merasakan apa yang kanak-kanak di seluruh dunia rasakan. Ibu bapa kami tiada ketika kami sakit. Ibu bapa kami tiada ketika kami menangis pilu. Ibu bapa kami tiada ketika kami ingin mengadu. Ibu bapa kami tiada ketika kami berjaya dalam peperiksaan kami. Ketika kami begitu mendambakan perhatian dan kasih sayang. Mereka tiada.

 

Tahun yang sama juga, kami kehilangan ikon perjuangan Hamas. Syeikh Ahmad Yassin syahid dibom menggunakan helikopter Apache. 40 hari kemudian, Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi menyusul.Bertimpa-timpa kesedihan yang aku rasakan.

 

Pada 27 Disember 2008, Israel melancarkan Operation Cast Lead, operasi ketenteraan selama 22 hari yang disifatkan antara serangan paling kejam dan ganas ke atas Gaza.Nasrullah, kau pernah bertanya: “Parut apa yang ada di belakang kau tu?” Ketika itu, aku hanya diam. Sebenarnya parut besar itu ialah parut bekas terkena serpihan yang dilepaskan oleh Israel laknatullah ketika operasi itu.. Akibat hadiah istimewa itu, aku terpaksa menjalani pembedahan tanpa bius. Aku menahan sakit yang amat setiap kali jarum ditusukkan ke dalam kulitku untuk menjahit kembali lukaku. Sakitnya tidak terungkap oleh kata-kata. Air mataku turun tidak henti-henti ketika itu. Tanpa ibu dan ayah di sisi, aku perlu melaluinya seorang diri. Dan ketika itu, aku mendengar jeritan kanak-kanak berumur 11 tahun di sebelahku. Bayangkan, kepalanya dijahit tanpa dibius! Pasti lebih menyakitkan. Dia menjerit-jerit memanggil ibunya. Namun, yang ada cuma doktor yang sedang merawatnya.

 

Hakikatnya, perkara itu telah dilalui oleh beribu-ribu kanak-kanak Palestin.Israel telah menghantar 200 jet pejuang ke ruang udara Gaza. Bom fosforus dan torpedo dilepaskan secara membuta-tuli. Beribu-ribu orang awam Palestin terbunuh, termasuk lebih 300 kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun. Lebih 5,000 rakyat Palestin cedera akibat serangan Israel ini. Dan aku salah seorang daripadanya. Namun, luka di hatiku lebih parah daripada luka yang berdarah di tubuhku.

 

Otak bertaburan dan daging bersepai menghiasi jalan-jalan di Gaza. Di dinding, tertepek cebisan-cebisan daging dan darah  yang mula mengering. Tangisan dan jeritan kesedihan sudah menjadi irama wajib ketika itu. Yang mengejutkan, PBB tidak bertindak apa-apa. Kematian berlaku setiap hari tetapi Israel berjaya menutup mulut PBB. Kami merana tanpa pembelaan. Israel mengatakan mereka melancarkan roket dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. 22 hari kami diserang bertali-arus. Bom fosforus yang mengenai rakyat Palestin menghancurluluhkan kulit dan daging sehingga yang tinggal hanya tulang-belulang. Jumlah yang tercedera terlalu ramai. Peralatan dan ubat-ubatan tidak mencukupi. Dan ujian buat kami, pada hari ketiga, bekalan elektrik terputus. Mesin-mesin perubatan yang menggunakan elektrik tidak dapat digunakan. Sedangkan pesawat tempur F-16 Israel masih berlegar-legar di langit Gaza.Ramai yang tidak dapat diselamatkan.Namun, ketika keadaan yang meruncing itu, aku menarik nafas lega apabila mendengar pendirian pemimpin HAMAS yang mengatakan: “Kami akan mempertahankan Gaza dengan segenap kekuatan yang kami ada, sehinggalah kami terbunuh, sehinggalah kami dihancurkan.Gaza tidak akan jatuh”. Dan aku juga kagum dengan Briged al-Qassam yang berjuang membalas serangan roket Israel dengan roket ciptaan mereka sendiri. Roket jarak jauh ciptaan mereka sedikit sebanyak menggerunkan Israel sehingga akhirnya serangan dihentikan.

 

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan bacaan.

 

Sudah 6 dekad kami menderita. Ketika itu, aku tertanya-tanya. Kenapa PBB seakan-akan kehilangan kuasa? Kenapa pula berjuta-juta saudara Islam kami tidak bergerak membantu? Kenapa negara-negara Arab di sekeliling kami hanya merelakan kami dibantai sehingga mati? Adakah kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?

 

Pada tahun 2010, buat pertama kalinya, aku berasa amat gembira. Ketika itu, aku dan remaja-remaja Palestin yang lain tersenyum bahagia. Kerana ketika itu, kami mendengar bahawa kalian, saudara seislam kami bersatu dan datang ke Palestin untuk membantu. Namun, seperti yang dijangka, kemaraan kalian disekat. Aku turut menangis ketika mengetahui beberapa orang warga Turki terkorban di atas kapal Marvi Marmara yang membawa bantuan untuk kami. Aku terharu dengan kesanggupan kalian bergadai nyawa demi kami. Kami berasa bangga mempunyai saudara seperti kalian.

 

Pada 18 Oktober 2011, tercatat dalam lipatan sejarah kejayaan yang besar dicapai oleh rakyat Palestin apabila komander Ahmad al-Jaabari, berjaya menukarganti Gilad Shalit yang ditawan pada Jun 2006 dengan 1027 tahanan Palestin. 1 orang dibalas dengan 1027 orang. Satu kejayaan yang besar yang telah dilakukan oleh Ahmad al-Jaabari, komander Briged al-Qassam setelah Komander Solah Syahadah syahid dibom pada tahun 2002 dan komander Muhammad Dheif cerdera parah dalam cubaan membunuh yang dilakukan oleh Israel. Ahmad al-Jaabari pernah dimasukkan ke dalam penjara selama belasan tahun  dan ketika itu beliau berjanji dengan beberapa orang tahanan Palestin yang beliau akan membebaskan mereka. 13 tahun kemudian iaitu pada tahun 2011, beliau mengotakan janjinya. Beliau membawa senarai nama tahanan yang hendak dibebaskan dan bertegas untuk menukar mereka dengan Gilad Shalit.. Pendirian beliau menyebabkan Israel tiada pilihan lalu membebaskan 1027  tahanan tersebut.

 

Namun, kegembiraan kami tidak lama. Beliau syahid pada 14 November 2012 dalam operasi ‘Operation Pillar of Defense’ yang dilancarkan oleh Israel. Beliau dibom semasa berada di dalam kenderaan beliau. Aku amat mengagumi beliau. Beliau berjaya melancarkan perang yang menghantui penjajah dan seluruh pasukan keselamatan dalam dan luar negara dengan kemampuan menyembunyikan Gilad Shalit.

 

Bumi Palestin ini amat istimewa bagi kami dan kami yakin bagi seluruh umat Islam juga. Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam berada di bumi ambiya’ ini. Aku berasa sedih kerana walaupun aku dilahirkan di sini, aku tidak dizinkan untuk memasuki Masjidil Aqsa kerana Israel telah menetapkan had umur tertentu untuk memasukinya. Aku pernah diheret keluar seperti anjing kerana cuba memasuki masjidil Aqsa secara senyap-senyap. Hingga sekarang, aku hanya dapat menatapnya dari jauh dengan rasa hiba. Sedih melihat masjid ketiga umat Islam itu dikotori oleh Yahudi. Lebih sedih kerana aku yang melihatnya tidak mampu berbuat apa-apa.

 

Nasrullah, aku teringat peristiwa yang tertulis dalam lembaran sejarah. Khalifah Umar al-Khattab dan tenteranya telah berjaya menawan semula Palestin ketika itu. Kunci kota al-Quds telah diserahkan oleh Nasrani Shefrinus ke tangan beliau. Namun, kerana kelemahan umat Islam, Baitul Maqdis jatuh ke tangan tentera salib pada tahun 1099. Hampir 90 tahun lamanya rakyat Palestin ditindas dan diperlakukan sesuka hati. Hingga pada tahun 1187, Palestin kembali ke tangan umat Islam dengan pimpinan Solahuddin al-Ayubi. Selepas itu, usaha-usaha untuk merampas semula Palestin telah dilakukan. Dan aku dirasuki rasa kagum yang amat apabila mendengar kesungguhan Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamed yang kedua yang tegas mempertahankan kedaulatan Palestin. Baginda memilih untuk meninggalkan takhta pemerintahan untuk menjaga kedaulatan Palestin dan enggan menyerahkan walau sejengkal tanah Palestin ke tangan Yahudi.

 

Namun, Yahudi tidak pernah mengalah. Hingga akhirnya dengan kerjasama Barat, mereka berjaya menempatkan beberapa orang Yahudi di Palestin. Dengan jatuhnya khilafah Islam, perjanjian demi perjanjian, dan pertolongan Amerika, Perancis dan Britain, akhirnya tertubuhlah negara haram Israel pada 14 Mei 1948. Hati kami tergores luka.

 

Pada tahun 1987, 6 tahun sebelum aku dilahirkan, HAMAS yang digeruni oleh Yahudi telah ditubuhkan oleh Sheikh Ahmad Yassin dan rakan-rakan seperjuangannya. HAMAS ditakuti kerana di dalamnya terdapat ramai golongan terpelajar dan pemberani. Hingga kini, HAMAS tetap teguh berhadapan dengan Israel meskipun berbagai cara telah dilakukan oleh Israel untuk melumpuhkan gerakan mereka. Usaha untuk merencatkan gerakan HAMAS tidak berjaya meskipun Israel mempunyai senjata yang canggih.“

 

Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Nizar Rayyan, Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, Solah Syahadah, Muhammad Dheif, Yahya Ayyash dan Aqil Imad ialah tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam HAMAS atau Briged al-Qassam (Sayap kanan HAMAS). Aku rasa aku tidak perlu memperkenalkan jasa mereka kerana Israel sendiri telah mengakui kehebatan mereka. Jika kau seorang yang prihatin dengan apa yang berlaku kepada kami, kau pasti mengenali mereka.

 

Bersama merekalah, ayahku berjuang hingga terbunuh syahid. Dan di antara mereka, ramai yang telah terkorban fi sabilillah.

 

Kepulanganku ke daerah Gaza disambut dengan suasana yang suram. Gaza seperti dilanggar todak. Jauh lebih dahsyat berbanding ketika aku meninggalkannya 3 tahun lalu. Cuti 3 bulan aku habiskan dengan menyertai training Briged al-Qassam. Aku berlatih berlawan dan menggunakan senjata. Ketika tempoh 3 bulan hampir tamat,kami diserang oleh tentera Israel. Beratus-ratus rakyat Palestin ditawan. Setiap hari, ada nyawa yang terkorban. Semuanya dilakukan oleh zionis Israel bagi melempiaskan kemarahan atas kehilangan 3 remaja mereka secara tiba-tiba. Kerana 3 orang pemuda, berpuluh-puluh sahabatku dibedil syahid. Kemudian, mereka menggelar kami pengganas. Patutkah begitu? Mereka menagih simpati dunia dengan kehilangan 3 pemuda mereka, namun bagaimana dengan beribu-ribu kanak-kanak dan pemuda kami yang telah dibunuh dengan kejam oleh mereka setiap tahun?Suasana ini menyebabkan aku tidak tenang untuk meninggalkan tanah airku. Aku tidak sanggup melihat kesengsaraan bangsaku. Biarlah aku tinggal di sini. Lagipun, aku diamanahkan oleh saudaraku untuk menjaga ibunya yang sudah tua. Satu-satunya saudaraku itu telah ditangkap oleh Israel seminggu setelah kehilangan 3 pemuda itu. Setiap hari, aku melihat air mata mengalir dari pipi ibu tuanya. Telingaku berasap setiap kali pihak Israel menceritakan kesedihan ibu bapa Gilad Sha’ar atau Naftali Frenkel. Bagaimana dengan tangisan ibu saudaraku ini?

 

Sahabat, sampaikanlah wasiatku kepada Farid dan sahabat-sahabat lain di sana. Bantulah keluarga kalian di sini. Bukankah kami ini ayah-ayah, ibu-ibu dan adik-adik kalian? Relakah kalian melihat jasad kami dirobek oleh peluru dan bom setiap hari? Di tanah bergejolak ini, berita kematian sudah biasa didengari. Semalam ada, hari ini sudah pergi menghadap Ilahi. Itu sudah menjadi lumrah di Palestin.

 

Buatlah sesuatu untuk kami. Jangan biarkan darah mujahidin yang gugur di bumi Palestin ini menjadi hujah menentang kalian atas kemalasan, kelalaian dan ketidakpedulian kalian.

 

“Seorang muslim merupakan saudara kepada muslim yang lain. Tidak  menzalimi, menghina dan enggan memberi pertolongan.” HR MUSLIM

 

“Sesiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum Muslimin dia bukan dari kalangan mereka.”-HADIS=

 

 “Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian (ketika mereka diserang) kerana Islam, hendaklah kalian sudi menolong mereka…”   ~Al-Anfal: 72~

 

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadisnya; “Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman selagi dia tidak menyayangi saudaranya (seislam), sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.

 

“Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda,” –HR BUKHARI  

 

Apakah yang kalian ingin jawab di akhirat nanti jika kalian mengabaikan amanah Allah dan rasul? Apa jawapan kalian bila Allah tanya di mana perjuangan kalian? Di mana persaudaraan kalian?

 

Berasap telingaku mendengar kata-kata sebahagian umat Islam tentang boikot. Semua mencipta seribu alasan. Cukuplah! Jihad yang kecil ini pun kalian hendak berdolak-dalih lagi. Semuanya hendak bukti. Percaya sangat dengan kata-kata Amerika. Tidak cukupkah dengan senarai yang telah pun dikeluarkan oleh ulama’-ulama’ sedunia? Nas, kau tidak mempercayai ulama’kah? Aku sangat sedih bila mengetahui kemungkinan serpihan bom yang pernah tertanam di tubuhku ialah hasil ‘sumbangan ikhlas’ kalian. Padahal di Ireland, kalian mengatakan aku sahabat kalian kerana Allah. Setiap kali memikirkannya, air mataku akan mengalir. Aku menyayangi kalian semua. Kalian saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku. Tetapi kalian rupanya yang telah membunuh ayah yang amat aku cintai. Ibu yang belum puas aku bermanja dengannya dan adik yang masih belum mengerti apa-apa. Kalian yang memusnahkan masa kecilku. Mengapa kalian berbuat begitu? Kenapa kalian sanggup mengorbankan nyawa orang-orang yang aku sayangi demi kesenangan hidup kalian?

 

Aku menggenggam kuat kertas di tangannya. Aku teresak perlahan. Apatah lagi apabila mataku dapat menangkap kesan air mata di baris itu. Air mata kekecewaan Ziyad.

 

“Kau beli apa tu?” Ziyad yang baru keluar dari bilik terus duduk di sebelah Farid. Aku dan Farid yang sedang menikmati burger Mc Donald dan minuman 7-Up terhenti.

 

“Makanlah.” Farid menghulurkan bahagian yang sengaja disimpan untuk Ziyad. Ketika itu, wajah Ziyad terus berubah. Mata lelaki itu berubah merah.

 

“Ziyad?” Aku menyentuh bahunya. Ziyad pantas menjarakkan diri. Dia bangun. “Kau… kau…” Suaranya bergetar. Matanya redup memandang kami. Kemudian, tanpa menghabiskan kata-katanya, dia keluar dari rumah sewa kami.

 

Ketika itu, aku tidak faham sebabnya. Baru sekarang aku memahaminya. Air mata kukesat dengan hujung jari. Namun, manik-manik jernih itu mengalir dengan lebih deras.

 

Israel kejam. Tetapi saudara yang menikam saudaranya lebih kejam! Saudara yang hanya membiarkan saudaranya dibantai lebih kejam! Pengkhianatan dan ketidakpedulian kalian lebih menyakitkan kami berbanding perlakuan Israel terhadap kami. Sanggup kalian berbuat begitu, saudaraku?

 

Akhir kalam, sebaris pesanan daripadaku, saudara seaqidah kalian. Selamatkanlah diri kalian dari pertanyaan Allah di akhirat nanti. Jangan pinggirkan kami. Sesungguhnya aku mencintai kalian kerana Allah. Kalau ditakdirkan aku mati sebelum dapat berjumpa kalian, aku ingin berjumpa kalian di syurga.

 

Salam perjuangan dan kasih sayang dari bumi berdarah Palestin.

 

Akhuka fil Islam,

Ziyad El Shareff

 

Aku melipat kembali surat itu. Air mata kubiarkan mengalir di pipi.

“Jangan mati, Ziyad.” Aku menggumam, lirih.

Dalam hati, aku berdoa agar Ziyad, sahabatku, selamat. Ziyad akan terbang ke Ireland untuk menyambung semula pelajarannya. Untuk bertemu denganku. Itu doaku.

 

“Nas, berita luar negara dah mula.” Pintu bilikku diketuk dari luar. Aku cepat-cepat bangun. Aku yang menyuruh Farid, teman serumahku agar memanggilku apabila berita luar negara sudah mula. Kami telah melanggan satu saluran khas yang dipercayai menyalurkan berita yang benar mengenai Palestin. Aku keluar dari bilik dan duduk di sebelah Farid. Mata kuarahkan ke kaca televisyen.

 

“…Seramai 200 orang rakyat Palestin ditangkap ketika beratus-ratus tentera Israel mamasuki Tebing Barat semalam. 5 orang telah dilaporkan terkorban di daerah itu…”

 

Ayat selepas itu hanya sayup-sayup kedengaran. Aku memfokuskan mata pada gambar di skrin. Meskipun sebentar, aku dapat melihat wajah mayat yang sedang diangkat oleh orang ramai itu.

Walaupun bahagian atas kepalanya pecah dan otaknya terburai, aku masih dapat mengenalinya.

“Nas, itu Ziyad kan?” Farid memandang aku dengan wajah kosong, tidak percaya. Aku mengangguk. Setitik. Dua titik. Air jernih jatuh dari tubir mataku. Aku terus memeluknya. Air mataku mengalir deras.

Ziyad syahid.

Sahabatku syahid.

Dia telah tiada.

“Nas? Ziyad…” Suara Farid bergetar menahan sebak di dada.

“Ya, Ziyad anak Palestin, Farid.” Dan aku dapat merasakan air hangat menitis di atas bahuku.

Harapanku berkecai. Aku tidak dapat berjumpa dengan Ziyad. Ziyad tidak mungkin dapat menyambung pelajarannya. Dia telah syahid.

“Ziyad, tak sabar betul kau nak masuk syurga ya?” Aku tersenyum dalam tangis. Dalam hati, aku bertekad untuk berubah. Palestin itu tanah airku juga. Dan rakyat palestin itu semua keluargaku. Aku tidak mahu darah Ziyad yang membasahi tanah Palestin menjadi saksi untuk menentangku di akhirat atas kelalaianku.

palestine_by_houdashams-d4iqql6

Selamatkanlah diri kalian dari pertanyaan Allah di akhirat nanti. Jangan pinggirkan kami. Sesungguhnya aku mencintai kalian kerana Allah. Kalau ditakdirkan aku mati sebelum dapat berjumpa kalian, aku ingin berjumpa kalian di syurga.

Tinta,

Hamba Rabbani :’

Cerpen: Arghhh, susahnya!!!

heavy-heart1

Kring!!! Hari pertama persekolahan bermula. Tahun baru.

“Yo, bro!” Terasa ada tangan yang melingkari bahunya. Shahrul sengih tayang giginya.

“Aduh, tak semangat betullah aku nak pergi sekolah.” Dengan tangan menyeluk poket, Asyraf berjalan malas.

“Uwarghh.” Sambil menguap, Fizul bergerak melepasinya.

“Kat rumah, masa ni aku tengah mimpi lagi tau.” Badri membetulkan jam di pergelangan tangan.

“Apalah korang ni. Semangat lah sikit wei. Lepas ni masa Cikgu Saiful.” Fathi mengenyit sebelah mata. Cikgu Saiful = sejarah = sleeping hours.

Zarif sekadar tersengih. Dalam diam, dia mengeluh. Mereka berlima inilah yang akan menjadi masalahnya. Masalah yang besar dalam usaha untuk melancarkan perang terhadap hawa nafsunya.

*********

“Astaghfirullah.” Zarif menggosok mata. Ngantuknya. Rasa macam ada gajah duk bertenggek di atas kelopak mata.

Zarif meliarkan pandangan ke sebelah kirinya. Fathi dan Badri dengan selambanya menidurkan diri. Zarif menoleh ke sebelah kanan. Shahrul yang duduk di sebelah sedang membaca majalah di bawah meja. Fizul dan Asyraf yang duduk di seberang masing-masing sudah lena.

“Eh, kau tak nak join diorang ke?” Shahrul pelik. Selalunya tak sampai 10 minit, Zarif dah lelap.

Come on, bro! Aku dah berubahlah. Namun kata-kata itu sekadar di hati Zarif.

“Kita SPM kan tahun ni? Apa salahnya struggle sikit.”

Dan jelas di pandangan Zarif, kening Shahrul berkerut. “Kau ni peliklah. Lantak kaulah Zarif oi.” Shahrul kembali hanyut dalam dunianya. Matanya kembali kepada majalah hiburan di tangan.

“Haih, susahnya nak mujahadah.” Zarif membesarkan mata. Melawan rasa kantuk yang mula menyerang diri.

**********

“Wei, cuba kau tengok tu?”  Shahrul menjuih bibir ke satu arah. Serentak, empat kepala menoleh.

“Kenapa? Zarif tengah baca al-Quran. Kau tak kenal al-Quran ke bro?” Asyraf menjawab selamba.

“Aku tahulah tu. Kau tak pelik ke? Zarif? Al-Quran? Rasa macam…” Shahrul tidak menghabiskan ayatnya. Air dalam tin diteguk sambil berdiri.

“Dia nak jadi baik kut.” Fizul meneka.

“Aku pun perasan dia dah lain.” Badri terangguk-angguk.

“I don’t like this.” Fathi menyilang tangan di dada. Zarif changes for good?

Mereka berenam ialah kawan baik sejak tingkatan satu lagi. Mereka bukanlah budak  jahat, cuma bukan budak baik sahaja. Merekalah pelajar yang suka tidur dalam kelas, tak siap kerja sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum dan membuli pelajar. Hidup mereka hanya untuk seronok. Bergembira.

“Assalamualaikum. Mengumpat aku ya?” Zarif menghampiri.

Fathi, Shahrul, Asyraf, Badri dan Fizul berbalas pandangan sesama sendiri. Zarif beri salam? Dunia hendak kiamatkah?

***********

“Jom chow.” Asyraf mengajak. Kopiah di kepala dibetulkan.

“Gerak.” Fathi menepuk Zarif di sebelahnya. Yang lain sudah bersedia untuk bangun.

“Eh, kita belum doa lagi kan?” Zarif kekal membatu. Langkah Fathi, Asyraf, Badri, Fizul dan  Shahrul terhenti.

“Sejak bila pula kita tunggu sampai doa? Cepatlah. Aku dah lapar ni.” Asyraf menggosok perut. Apahal pula Zarif ni?

Zarif terdiam. Dia serba-salah. Dia takut hubungan persahabatan mereka renggang. Tapi semua sedang berwirid lagi.

“Orang yang tak berdoa lepas solat ialah orang yang sombong. Allah kata: Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan untukmu. Allah dah tawarkan pada kita peluang, kita tolak. Bukankah sombong namanya tu?”

Suara abang Zakir terngiang-ngiang di dalam kepalanya.

Zarif, kau nak Allah cop kau sebagai orang yang sombong? Sedangkan orang yang sombong tempatnya neraka?

Zarif menarik nafas dalam. “Guys, korang pergilah dulu. Aku follow nanti.” Akhirnya satu keputusan dibuat.

Wajah-wajah sahabatnya berubah. Zarif tunduk. Bukan senang nak buat keputusan ni.

“Yelah, ustaaaaz.” Sindir Badri. Mereka berlima keluar.

Zarif terkedu. “Ya Allah, thabitkan hatiku.” Doanya.

Mujahadah. Bukan sesuatu yang mudah.

*********************

“Ya, itu dia. Zarif menggelecek bola dengan penuh bergaya melepasi Asyraf. Namun, langkahnya ke pintu gol dihalang oleh Kamal dan Badri. Mampukah Zarif melepasinya? Jeng, jeng, jeng.”

“Woi, senyaplah!” Asyraf menjerkah dari tengah padang. Sufian menayang muka selamba. Tak dapat main, jadi reporter pun jadilah.

“Wah, Zarif memang unbeatable hari ini. Dua orang defender dilepasi dengan mudah. Zarif sudah masuk ke kawasan penalti. Mampukah dia merampas kembali satu gol yang dijaringkan oleh pihak lawan?”

Zarif menarik nafas dalam. Dengan lafaz basmalah, dia maju ke hadapan. Kaki kiri dilayangkan dan…

GOL!!!

“Yes!” Zarif menggenggam jarinya. Beberapa orang rakan sepasukannya menerpa ke arahnya.

“Lawalah gol tadi.” Shahrul merangkul bahu Zarif. Zarif tersengih sambil mengesat peluh di dahi. Matanya menangkap angka yang tertera di jam tangannya. 5:00 petang.

“Guys, kita rehat lima minit.”

“Kenapa? Penat?” Soal Fathi.

“Nak rehat.” Zarif bergerak menghampiri bangku.

“Aik, baru sejam lebih dah pancit? Apa jadi dengan stamina kau?” Fizul mengekor dari belakang.

“Bukan pancit.” Zarif mencapai botol airnya yang terletak di bangku. “Aku..” Penutup botol dibuka. “…nak solat sekejap.” Air dicurahkan ke tangan. Ambil wudhu’.

Semua ternganga dengan jawapan Zarif. Tengah syok main, boleh terfikir nak solat?

Zarif sudah selesai mengambil wudhu’. “Lima minit ya.” Zarif mengangkat lima jarinya. Kemudia dia menghadap kiblat dan solat.

“Speechless.” Asyraf meraup rambutnya. Matanya memerhati gerak-geri Zarif.

“Tak pernah dibuat orang.” Komen Kamal.

Mereka terus memerhatikan Zarif sehingga solatnya selesai.

**********

“Aku peliklah.” Fathi memegang dagu. “Zarif.”

“Apa yang peliknya?” Fizul mengerutkan kening.

“Kenapa dia tiba-tiba jadi baik?” Fathi memandang wajah Fizul.

“Sebab hidayah?” Fizul menjawab spontan.

Asyraf meneguk minuman di tangan. “Itu memanglah. Tapi mesti ada sebab lain.”

“Aku rasalah…” Badri mengacau-ngacau bihun supnya. “…dia dah nak mati kut.” Selamba dia membuat andaian.

Bahunya ditolak oleh Shahrul. “Jahatnya mulut.”

“Habis tu? Apa lagi? Itu yang aku selalu tengok kat tv.” Badri mempertahankan dirinya.

“Hmm.. boleh jadi juga. Semalam kan kita main bola sampai malam. Aku perasan ada satu ketika tu, Zarif senyap-senyap makan sesuatu. Macam pil ubat.” Asyraf memberitahu.

“Dia sakit ke?” Fizul terkejut.

“Mungkin. Dia pun banyak termenung akhir-akhir ni.” Fathi memutar-mutarkan sudu di tangan.

“Kalau macam tu, kita kena siasat.” Badri memandang kesemua wajah rakan-rakannya. Mereka mengangguk serentak.

*********

Zarif mencapai botol airnya.

“Nak solat?” Asyraf bertanya. Zarif mengangguk. Dia mula mengambil wudhu’.

Ini sudah hari kelima Zarif meminta lima minit untuk menunaikan solat di tengah-tengah permainan.

“Guys, aku ada satu idea.” Asyraf melaung.

“Apa?”

“Apa kata daripada kita tunggu Zarif solat, kita solat sekali?” Tak salah kan idea ni?

Zarif yang baru habis mengambil wudhu’ memandang Asyraf. Tidak percaya.

“Jom.” Asyraf mencapai botol airnya.

“Emm…betul juga.” Faiz turut mengambil botolnya.

Yang lain mula berfikir. Akhirnya mereka turut mencapai botol masing-masing.

Zarif mengulum syukur di dalam hati.

***********

Senja sudah melabuhkan sayapnya. Masing-masing sudah bergerak pulang ke rumah.

“Kau hebatlah. Sebab kau, semua orang solat tadi.” Zarif berkata tiba-tiba. Dia dan Asyraf jiran selang dua buah rumah. Mereka pulang berjalan kaki bersama.

Asyraf tergelak. “Kalau ikutkan, kau lagi hebat.” Asyraf menyepak daun kering di atas jalan. “Hmm.. kenapa kau berhenti solat? Selalunya kan.. maksud aku tahun-tahun sebelumnya kan kita solat di rumah lepas habis main?”

Zarif memandang ke hadapan. “Aku tak nak lewatkan solat. Kita disuruh solat awal waktu kan? Lagipun, aku takut terbabas waktu solat.” Senyum.

“Zarif, kau dah lain tahun ni. Macam mana kau boleh buat perubahan? Kau tak takut kalau aku, Fathi, Fizul, Badri dan Shahrul sisihkan kau? ”

Zarif mengerutkan kening. “Korang pernah terfikir nak sisihkan aku ke?”

Asyraf sengih. “Frankly speaking, pernah. Well, kitorang bukannya budak baik. So, mestilah kitorang rasa tak senang dengan perubahan kau.” Dia jujur.

“Oh…” Zarif menunduk memandang kakinya. “Aku takut juga kalau korang sisihkan aku. Tapi aku mujahadah. Aku fikir, lebih baik aku disisihkan oleh kawan-kawan kalau dengan itu aku disayangi Allah. Aku tak sanggup bercerai dengan Allah kalau dengan itu aku boleh masuk dengan kawan-kawan.”

“Mesti susah nak mujahadah.” Komen Asyraf.

“Yup. Mujahadah itu memang pahit. Sebab syurga itu manis. Aku kena jihad melawan diri aku sendiri. Lawan ngantuk supaya aku tak tidur dalam kelas. Lawan rasa nak berbual-bual kosong dan gantikan dengan baca al-Quran. Dan yang paling susah, nak solat bila sedang kemuncak game. Dunia ni, Asyraf hakikatnya ialah medan jihad. Kita kena melawan hawa nafsu kita setiap masa sehingga hujung nyawa.” Terang Zarif panjang lebar.

Asyraf diam. Kata-kata Zarif diserap ke dalam mindanya.

“Syurga itu dipagari dengan kesusahan manakala neraka dipagari dengan keseronokan. Pernah dengar kata-kata pay now, play later. Dunia ni ibarat tempat ‘membayar’. Seolah-olah bayarlah di sini, dan berseronoklah di ‘sana’. Tak ada yang percuma. Nak syurga pun ada bayarannya. Mujahadatunnafs.  Memang susah nak mujahadah, sebab itu syurga balasannya.” Zarif tersenyum.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempatnya.” Zarif membacakan maksud  potongan ayat daripada surah an-nazi’at.

Mereka selama ini memang hidup dengan bergembira. Bagi mereka, zaman remaja untuk bergembira. Masa inilah untuk berhibur. Dan apabila sudah berada di atas katil kesenangan, bukan senang nak bangkit buat turning point 180 darjah. Jiwa dah rasa seronok. Ketika itu, memang susah nak berlawan dengan kehendak diri sendiri.

“Jujur ya, Zarif. Kau sakit apa sebenarnya?” Tiba-tiba Asyraf tergerak untuk bertanya.

“Sakit?” Zarif menjongketkan kening. “Aku nampak macam orang sakit ke?”

“Taklah. Cuma kau lately banyak termenung.” Mereka semakin hampir dengan rumah mereka.

“Oh, itu. Aku sedang berperang dengan diri aku sebenarnya. Jadi aku banyak berfikir. Kadangkala aku rasa goyah. Rasa macam nak kembali kepada life dahulu.” Zarif berhenti. Lagi dua tapak mereka tiba di hadapan rumah Zarif.

“Yang kau makan pil ubat sorok-sorok tu apa pula?” Asyraf tidak puas hati.

“Bila?” Zarif cuba mengingat-ingat. Bila masa pula aku makan ubat?

“Yang waktu kita praktis bola sampai malam tu. Hari Khamis.” Asyraf ingat betul waktu itu.

Zarif tergelak. “Itu kurmalah. Aku puasa sebenarnya hari tu tapi aku tak nak korang tahu. Aku berbukalah diam-diam.”

Asyraf turut tergelak. Kurma? Haha. Rasa kelakar pula bila teringat anggapan mereka berlima terhadap Zarif.

“Oklah, dah maghrib ni. Aku masuk dulu.” Mereka berjabat tangan. Zarif masuk ke rumah. Asyraf pula meneruskan langkahnya.

“Asyraf, kau bila lagi? Sampai bila nak angkat bendera putih dengan nafsu kau?” Asyraf berbicara dengan dirinya sendiri.

Mujahadah. Arghhh susahnya!!!

*************

Karya,

Hamba Rabbani

Cerpen: Mujahadatunnafs

jihad-nafs

Dush! Satu penumbuk mengenai wajah Farouq. Farouq terundur ke belakang. Wajahnya merah lebam, tanda kuatnya tumbukan itu.

 

“Kau.” Jari telunjuk Syukur,pelajar  yang memakai vest pengawas naik ke mukanya. “Jangan berani lapor kepada cikgu.” Serius.

Farouq memegang pipi. Kebas.

 

“Ingat!” Ugut Syukur.

Farouq memandang empat pelajar di hadapannya. Dua daripada mereka pengawas.

Bibirnya tertarik membentuk senyuman.

 

“Rasulullah kata, cegah kebenaran dengan lisan kalau tak mampu dengan tangan.” Dia membalas tenang. Ponteng kelas dan lepak di surau. Itukah yang qudwah yang patut ditunjukkan oleh seorang senior? Pembetulan. Itukah qudwah yang patut ditunjukkan oleh seorang pengawas?

 

“Jangan tunjuk lagak di sini.” Kini, Rosli pula menggertak. Kalau dia betul-betul lapor, mesti jawatannya akan dilucutkan serta-merta. Hilanglah kredibilitinya nanti.

“Sini aku ajar kau.” Farhan menapak ke hadapan dan menyerang secara tiba-tiba. Perut Farouq

menjadi mangsa. Farouq tertunduk ke hadapan. Kertas merah di tangannya jatuh ke bawah.

 

Jumpa kami di pondok bas. Kami tahu apa yang kau tahu. Jangan berani report kepada cikgu.

-Geng Supersenior-

 

“Rasakan budak lembik. Dengar cakap senior.” Yusuf memperlekeh. “Kau pun nak kena?” Pandangannya beralih kepada Uwais. Uwais menggeleng.

 

“Sakit?” Farhan mendekati Farouq. Farouq ditolak ke belakang. Tubuh Farouq hilang keseimbangan dan terundur beberapa tapak. Farouq menggenggam tangannya. Menahan marah yang menyala-nyala. Ikutkan hatinya, 4 orang ini akan dibelasah sampai mati.

 

“Farouq, jangan biarkan nafsu amarah menguasai diri.” Uwais dapat melihat wajah Farouq bertukar menjadi merah.

 

Naufal hanya memerhati dari jauh tanpa disedari sesiapa. Farouq hendak menyerang balas ke? Tapi Farouq bukan jenis yang suka belasah orang.

 

“Hiargh!” Farouq tiba-tiba bergerak ke hadapan. Farhan terkejut. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Tangan Farouq sudah mendarat di tubuhnya. Farhan terjatuh.

 

Mata Naufal membesar kerana terkejut. Farouq?

********

“Take care, brother. Ingat Allah. Jaga iman, jaga akhlak.” Pesan abang sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta.

 

Naufal mengangguk. Faham benar maksud pesanan itu. Nak lepaskan kuda liar yang baru jinak kan?

 

Naufal mengeluh. Langkah diatur lemah ke perkarangan sekolah.

 

“Wei, budak baru ke?” Satu tangan melingkar di bahunya. Dia tersentak.

Seorang lelaki tinggi lampai, berkaca mata sedang tersenyum dengan sebelah tangan menyeluk poket.

“Budak! Salam mana?” Satu tapak tangan memukul kepala yang berkaca mata. “Hai, assalamualaikum.” Kepada Naufal, dia tersenyum sambil membuat gaya ’peace’. Ceria.

 

“Maaf, maaf. Assalamualaikum. Nama aku Uwais.”

“Yang smart dan bergaya ni namanya Farouq. Nice to meet you.” Dia menunduk ala-ala orang Jepun.

“Ceh, perasan!” Bahunya ditolak oleh yang berkaca mata.

 

Naufal ketawa. “Aku Naufal.”

*************

“Nafsu itu ibarat keldai. Jika kita menunggangnya, kita tidak akan penat. Sebaliknya jika kita ditungganginya, kita akan berasa penat. Sebab nafsu itu tidak pernah berasa puas. Jadi, Naufal jangan bagi nafsu tunggang Naufal. Biar Naufal yang tunggang nafsu tu.”

 

Itulah pesan Nasrul, abangnya. Tetapi bukan senang hendak tundukkan nafsu. Pantang leka, pasti kita ditungggangnya. Naufal menghela nafas. Dia tidak mahu menjadi hamba kepada nafsu. Dia hamba Allah, biarlah dia mengikut apa yang Allah suruh.

 

“Naufal, Naufal!”

Eh? Dia menoleh. Terzahir wajah Farouq dan Uwais di ruang matanya.

 

“Berangan budak ni. Sakit tekak aku panggil.” Uwais mengurut-urut lehernya. Konon sakit sangatlah itu.

“Sorrylah. Hehe. Ada apa wahai sahabatku?” Naufal memandang wajah cemberut Uwais dan Farouq.

“Kau ni short-term memory ke apa? Dhuhalah wei. Lem…”

 

“Farouq, bahasa! Ingat, malaikat catit setiap patah yang keluar dari mulut kita. Nabi kita orang yang amat mengambil berat pemilihan kata-kata.” Tegur Uwais.

“Minta maaf…” Farouq menunduk kesal.

 

“Err.. tak apa. Aku yang salah. Aku terlupa.” Naufal menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Heh, manalah aku biasa Dhuha-dhuha ni. Aku baru start okay?

 

Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke satu destinasi.

Musolla.

 

“Fal, tolong tasmi’kan aku.” Senaskah al-Quran dihulurkan kepadanya. Naufal memandang Farouq. Ragu-ragu. Al-Quran dipegang.

“Kenapa tak minta tolong Uwais?” Dia cuba berdalih. Dia baca al-Quran pun masih merangkak-rangkak.

 

Farouq  menjuihkan bibir ke satu arah. Naufal menjeling. Kelihatan Uwais sedang membaca sebuah buku. Naufal cuba mengintai tajuknya. Petunjuk Sepanjang Jalan? Mata Naufal membesar. Mak aih budak tu. Dia baca buku macam tu?

 

“Ok, start.”Dia memandang Farouq dan mengangguk.

Suara Farouq mengalun merdu. Membaca surah al-Jathiyah.

 

Naufal hanyut sebentar. Mempunyai sahabat seperti Farouq dan Uwais membuatkan dia berasa rendah diri. Dia baru mula bertatih untuk menjadi baik. Sedangkan dua sahabatnya itu pada pandangannya teramat baik. Solat Dhuha tak penah tinggal, istiqamah dengan puasa sunat paling kurang dua minggu sekali dan sering menyempatkan diri membaca al-Quran di masa lapang. Bila ditanya, mereka ada sebut tentang tarbiyah dzatiyah. Yang dia paling tabik, mereka juga rajin belajar. Di sekolah ini, golongan lelaki yang suka belajar boleh dikatakan spesies terancam. Hampir pupus.

 

“Sodaqallahul ‘azhim.” Farouq menyudahkan bacaannya.

“Esok puasa nak?” Satu suara menegur dari belakang.

Uwais. Dia yang bersuara tadi.

Farouq tersenyum. “Setuju!”

 

Tengok? Kan dah kata?

***********

“Qiam! Qiam!”

“Aduh! Kau call aku malam-malam buta ni sebab nak suruh aku qiam je?” Naufal memarahi Uwais di hujung talian.

Uwais ketawa. “Yup. Jomlah, sahabat. Kita sama-sama buang belenggu nafsu dan menuju Allah. Aku tak nak masuk syurga seorang dirilah. Kau tak nak teman aku ke?”

Ayat provokasi tu. Naufal terus bangun dari baringnya. Matanya mencari-cari jam. Pukul 4:30 pagi.

“Hmm… yalah, yalah.” Selimut dibuang ke tepi.

“Ok, jangan sambung tidur. Selamat berdating. Assalamualaikum.” Talian dimatikan.

 

Naufal tersengih. Faham sangat maksud Uwais. Dating dengan Allah.

 

“Ahh, ngantuknya!” Dia menahan kuap. Mata dipejam celik beberapa kali.

“Lawan, Naufal. Lawan.” Langkah dipanjangkan ke bilik air.

 

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.” HR Bukhari 

**********

“Banyaknya! Malaslah nak salin.” Naufal sudah meletakkan kepala diletakkan di atas meja.

“Dah siap salin?” Farouq yang tekun menyalin di sebelahnya bertanya. Naufal menuding jari ke arah buku tulisnya. Siaplah sangat. Baru baris ketiga.

 

“Salinlah. Penat cikgu tulis.” TegurFarouq. Naufal tidak bergerak. “Fal, kau baca doa tak tadi?”

Naufal menggeleng perlahan.

“Patutlah nafsu pijak kepala hang. Mentornya hang tak halau.” Farouq membebel dalam loghat Kedah. Kedengaran kekekan Uwais.

 

“Wei, tak jadilah loghat kau.” Sampuk Uwais.

“Hang senyap Uwais. Jelous.” Farouq membelakangkan Uwais, menghadap Naufal.

“Oh, nak lawan nafsu pun kena baca doa?” Naufal menyoal.

 

Farouq menepuk dahi. “Of courselah. Jihad melawan nafsu ni bukannya macam berperang tu. Ambil pisau, tikam. Nafsu ni musuh yang tak nampak. Dalam diri kau.” Dada Naufal ditepuk. “Susah nak tewaskan dia. Jadi kita kenalah mohon bantuan Allah supaya tolong kita. Permudahkan kita. Nafsu itu makhluk Allah juga.”

 

“Oh…”

“One more, nafsu ni mentornya syaitan. Ada mentor lagi kuatlah dia. Jadi kita kena berdoa untuk memohon perlindungan Allah daripada syaitan durjana ni. Baru senang nak kalahkan nafsu.” Terang Farouq panjang lebar.

“Ehem…ehem. Macam best je sembang? Boleh cikgu join?” Tanpa disedari, Cikgu Ali sudah berdiri di belakang mereka.

Farouq terkedu. Alamak, kantoi…

******

“Naufal!” Satu hentakan mengenai mejanya. Naufal mengangkat kepala.

“Oh, Cikgu Fatimah. Good morning.” Dia menguap lebar. Kemudian mata dipejam kembali.

“Ish, budak ni. Dah siap kerja rumah yang cikgu bagi?”

“Dah, cikgu..” Cikgu Fatimah menarik nafas lega. “…bhai.”

Mata Cikgu Fatimah membesar. Budak ni..

“Ada apa-apa masalah, cikgu?” Naufal menayang muka selamba.

“Out! Keluar se.ka.rang.” Nafas Cikgu Fatimah turun naik menahan marah.

“Cikgu cakap dengan saya ke?” Dia menguap lebar.

“Taklah. Dengan pintu.” Cikgu Fatimah menjawab dengan nada geram.

“Oh, baguslah. Saya nak sambung tidur.” Naufal kembali meletakkan kepala di atas meja. Dan kedengaran bunyi derap kasut berlari keluar dari kelas.

 

Ini bukan kali pertama. Sudah banyak guru yang tidak tahan dengan sikap biadapnya. Sampai ada guru yang menangis kerananya.

 

“Huh.” Naufal terjaga. Peluh bercucuran di dahi. Dia bermimpi tentang masa lalnya. Naufal meraup muka.

 

Ketika itu, setitik demi setitik air mata membasahi pipi. Di atas katilnya, Naufal teresak sendiri.

Waktu itu, dia terlampau ikutkan kata nafsu. Dia malas belajar. Abanglah insan yang telah menyedarkannya.

Abang kata mujahadah itu susah. Sebab balasannya ialah syurga. Yang susah-susah pasti ganjarannya lumayan. Syurga kut. Siapa tak nak.

 

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempatnya”An-Nazi’at: 40-41

 

Naufal, kau nak masuk syurga kan? Jadi, mujahadahlah sedikit!

***********

Zush!!! Sebuah Estima putih meluncur laju membelah udara. Naufal tersedar dari lamuunannya. Dia terus berlari ke arah Farhan dan Farouq yang terbaring di tanah.

 

Farhan menggerakkan badannya. Sakit. Dia memandang Farouq yang menindih lengannya. Naufal menolong Farouq bangun.

“Kau buat apa kat sini?” Uwais mendekat.

“Ikut koranglah. Jahat ya. Pergi tak ajak aku.” Naufal berpura-pura marah.

 

“Kau okay?” Jufri dan Syukur lekas membantu Farhan bangun. Muka Farhan pucat tidak berdarah. Dia terlalu tekejut. Dia menyangka Farouq hendak menyerangnya. Rupa-rupanya lelaki itu menyelamatkannya daripada digilis tayar mpv tadi. Farouq telah menolaknya untuk mengelakkannya daripada dilanggar!

 

“Abang-abang, kami pergi dulu.” Uwais pergi diekori oleh Naufal dan Farouq. Farouq membelek sikunya yang terasa pedih. Berdarah.

Naufal tersenyum. “Apa senyum-senyum?” Farouq pelik.

 

“Kau ni, Farouq…mengagumkan akulah.”

 

Farouq hanya menggelengkan kepalanya.

***********

“Alhamdulillah, kenyang.” Uwais melangkah masuk ke dalam kelas. Farouq dan Naufal mengekor dari belakang.

 

“Hari ni jumaat kan?” Uwais duduk di kerusinya. “Al-Kahfi jom.” Al-Quran dikeluarkan dari bawah meja.

Farouq duduk di tempatnya. Tangannya turut mengeluarkan al-Quran dari bawah mejanya.

 

“Eh?” Sekeping kertas berwarna putih jatuh di atas pehanya.

“Hari tu bendera merah, hari ni dia hantar bendera putih? Menyerah kalah?” Uwais sudah dapat meneka siapa pengirimnya. Farouq menarik senyum di bibir. Lipatan kertas itu dibuka.

 

Terima kasih.

-Farhan, Geng Supersenior-

 

“Aik, itu je?” Naufal mengerutkan kenig. Tak faham betullah dengan senior-senior aku tu. Ego tinggi sangat. Nak minta maaf pun susah.

“Biarlah. Terima kasih ini pun dah cukup.” Farouq melipat kembali kertas itu.

“Serius aku cakap. Kau ni baik gila. Uwais pun sama.” Komen Naufal.

 

Farouq dan Uwais berpandangan sesama sendiri. “Kitorang…baik?”

“Kau tak kenal aku dulu macam mana. Aku ni kaki buat masalah kat sekolah.” Naufal jujur memberitahu. Pasti dua sahabatnya itu terkejut. Namun, jawapan Farouq memeranjatkan Naufal.

“Dan kau pun tak kenal kami dulu macam mana.” Farouq membalas tenang. Naufal ternganga.

 

Uwais ketawa tiba-tiba. “Sahabat kita yang seorang ni tak tahu lagi rupanya. Nampaknya ta’arruf kita tak lengkap lagi.” Uwais merangkul bahu Naufal.

 

“Oklah, Mr Naufal.” Uwais bergurau. “For your information, aku ni bekas produk hedonisme. Tengok cermin mata aku pun tahu kan. Aku kaki komputer yang jenis boleh mati kaku kalau sehari tak jumpa pc. Life aku cuma sekitar movie, song,  game, insta, twitter, facebook and benda-benda lain yang sewaktu dengannya. Ish, teruk kan? Solat entah ke mana, mengaji lagi jangan harap.” Uwais menceritakan masa lalunya. Masa lalu yang sudah menjadi kebiasaannya. Rasa sangat sakit untuk membuangnya. Sebab nafsu sentiasa menggodanya untuk kembali duduk menghadap laptop dan pc.

 

“Uwais ni kira solehlah juga jika nak dibandingkan dengan aku. Aku master bully. Pernah tumbuh cikgu sampai patah tulang hidung.” Farouq menelan air liur yang terasa berpasir. Tanpa sedar, matanya mula berair.

 

Naufal memandang tidak percaya. Serius otaknya tak boleh nak hadam maklumat yang baru diterimanya. “Habis tu macam mana kau berdua lawan nafsu korang? Macam mana nak jihad membuang benda-benda yang sebati dalam diri? Kan susah?” Naufal teringat perbuatan Farouq semalam. Ikutkan hati, boleh sahaja kalau dia nak belasah 4 orang senior itu. Tapi, dia tak buat.

 

Dia tahu susah. Sebab dia merasainya. Dan dia yakin semua orang merasainya.

“Tak susah, kalau dalam hati ada Allah. Kita buang benda-benda itu, dan Allah yang akan mengisi ruang kosong itu.” Uwais menjawab tenang.

 

“Yang kedua, peranan sahabat.” Farouq merangkul bahu Uwais. “Sahabat saling menguatkan. Nak berperang seorang diri memang susah. Tapi bila ada sahabat yang pinjamkan kekuatan, semuanya akan menjadi lebih mudah. Kau perasan tak aku ada satu habit buruk yang susah nak dikikis? Mulut aku ni, jahat. Kasar. Kan perasan tak siapa yang selalu ingatkan aku?”

 

“Aku.” Uwais menepuk dada.

 

“Ceh, habis banggalah tu.” Farouq menyiku Uwais. Uwais tersengih. “Naufal, kau tak rasa ke lebih ringan untuk buat ibadah bila bersama kami?”

 

Naufal terdiam. Memikir.

Ya, dia rasa sangat ringan. Kalau selama ini nak buat ibadah rasa malas, tapi bila dengan Farouq dan Uwais senang je dia buat. Kadang-kadang tak rasa berat langsung. Lama-lama dah jadi kebiasaan.

 

“Kami ada formula nak lawan hawa nafsu.” Tutur Uwais. Naufal mengangkat kening sebelah. “Apa?”

 

Farouq tersenyum. “Nafsu ni dia bencikan ibadah. Jadi, nak lawan dia kita kena paksakan diri kita beribadah. Lagi rasa malas, lagi banyak kita buat. Walaupun separuh rela. Biar nafsu kita terseksa. Lama-lama dah jadi kebiasaan. Bila iman dah ada dalam jiwa, kita akan merasai kemanisannya.”

 

“Waktu itu nafsu dah tewas.” Sambung Uwais.

“Maksudnya jihad kita melawan nafsu dah berakhirlah?”

Uwais menggeleng. “Jihad yang satu ini hanya berakhir apabila mati, sahabat. Jihad ini menagih seluruh kehidupan kita.”

 

Naufal mengangguk. Faham.

 

“Dah habis sesi tazkirah bab mujahadatunnafs. Sekarang, al-Kahfi.” Farouq kembali membelek al-Quran di tangan.

Paksa diri beribadah ya… Nanti kau nafsu. Senyuman terbit di bibir Naufal.

Al-Quran dicapai.

 

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dalam pengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?” Al-Jathiyah:23

jihad

Karya,

Hamba Rabbani~

Cerpen: Aku ingin Jihad!

1393262_579896732045570_546967186_n

“Kecil bukan halangan untuk berjihad

Dan juga bukan alasan untuk tak berjihad…”

-Khalid-

 

“Panglima Abeer!”

“Siap!”

“Panglima Hamed!”

“Sedia, tuan!”

“Panglima Toriq!”

“Sempurna, tuan!”

“Panglima Talhah!”

Tiada jawapan.

“Panglima Talhah!”

“Err…sedia gerak, tuan!” Satu suara kecil menyahut.

Khalid tersenyum. Dari kedudukannya yang agak tinggi, dia dapat melihat segala rancangannya sudah tersusun rapi. Teropong di tangan diletakkan di mata. Musuh sedang leka memukul mangsa. Ada sekitar 5-6 orang.

“Cantik.” Senyuman terkoyak lebih lebar. Teropong diturunkan.

“Semua sudah sedia?”

“Sudah, tuan!” Panglima Abeer, Panglima Hamed, Panglima Toriq dan Panglima Talhah menjawab serentak. Masing-masing menahan debaran di dada. Akhir perjuangan ini hanya dua, menang ataupun syahid.

“Bismillah…Majulah kerana Allah!” Suara Khalid yang sebelumnya hanya berbisik, kini kedengaran seperti semboyan perang. Serentak, 4 orang panglima keluar dari tempat persembunyian mereka.

“Allahu Akbar! Allahu Akbar! La ilaha illallah.” Kalimah takbir dan tauhid dilaungkan penuh semangat. Dua orang daripada mereka keluar mengayuh basikal dengan penuh cekap, menyusup ke kawasan musuh dengan bersenjatakan dua pistol air yang diubah suai menjadi pistol kerikil. Tugas mereka ialah menggoyahkan musuh. Kemudian, dengan tiba-tiba, seorang panglima melompat turun dari pohon terdekat, memutar dua batang kayu sebagai senjata dan menyerang ke arah musuh. Musuh yang tidak bersedia habis disapu dengan hujung batang kayunya. Belum sempat untuk bangkit, seorang lagi panglima menyerang hendap dari bumbung dengan membaling mercun dan objek keras seperti batu kecil. Musuh yang menyangka mercun itu bom, lari menyelamatkan diri. Khalid, selaku jeneral pula memikul tugas yang paling sukar iaitu menyelamatkan mangsa. Ketika keadaan semakin tidak terkawal, Khalid muncul dan dengan pantas menuju ke arah mangsa. Cepat dan tangkas, mangsa dibawa ke tempat yang selamat. Dan seperti yang dijangka, dia dihalang.

“Ah.” Langkah Khalid terhenti apabila lengannya dicengkam.

“Argh!!!” Tidak semena-mena tentera itu menjerit.  Cengkamannya di lengan Khalid turut terlerai.

“Maaf, lambat.” Seorang panglima, berbaju hitam dan menutup wajah dengan kain melompat turun dari basikalnya.

Khalid tersenyum. “Ingat tak datang.”

“Jihad tu, mana boleh lepas?” Panglima itu mengangkat tangan dan berkalih untuk menolong yang lain.

“Tak payah, kita dah menang.” Seorang panglima meloncat turun dan mendarat di hadapannya.

Panglima itu menoleh. Benar. Semua musuh sudah tumbang.

“Takbir!!!” Jerit Khalid.

“Allahu Akbar!”

*******

Syria, negara jihad. Jika tentera FSA terdiri daripada kaum lelaki dan Bridge Umina Aisya terdiri dari kaum wanita, Bridge al-Atfal pula terdiri daripada kanak-kanak.

Terdiri daripada seorang jeneral dan lima orang panglima, Bridge al-Atfal sering menjadi penyelamat untuk rakyat yang diseksa atau diceroboh rumahnya. Mereka tidak pernah memulakan, mereka hanya mencelah jika melihat penindasan dan penyeksaan. Pernah beberapa ketika, mereka menyusup masuk ke barisan FSA dan menyertai misi mereka tanpa disedari oleh sesiapapun. Mereka hanya ingin memudahkan. Berpegang pada ayat al-Quran ‘infiruu khifafan wa thiqalan’, iaitu berangkatlah (untuk berjihad) dalam keadaan ringan mahupun berat, mereka tidak mendapati sebarang alasan untuk tidak ikut berjihad. Tanpa senjata pun mereka boleh berperang.

Ketua mereka, Khalid, sehebat namanya bak bayangan Khalid al-Walid di zaman nabi. Tidak padan dengan tubuh yang kecil, semangat jihadnya sangat luar biasa. Dia merupakan pengasas Bridge al-Atfal dan pakar strategi dalam kumpulan ini. Umurnya baru mencecah 12 tahun dan dia merupakan tentera yang paling rendah dan kecil dalam Bridge al-Atfal.

Hamed, kanak-kanak riang, beralis lebat dan bermata bulat, mempunyai mata yang cantik dan penglihatan yang tajam. Tembakannya jarang tersasar. Pada awalnya, dia langsung tidak boleh menunggang basikal namun demi jihad fi sabilillah, dia bersungguh-sungguh mempelajarinya hingga dapat menunggang dengan baik. Usianya sebaya dengan Khalid.

Yang agak tinggi, berkaca mata dan berambut perang pula bernama Abeer, anggota yang tertua dalam kumpulan ini. Umurnya 14 tahun, sangat matang dan amat penyayang. Tembakannya juga baik, walaupun tidak sebaik Hamed. Dia merupakan juara lumba basikal di daerahnya. Dia tidak kisah walaupun dipimpin oleh seorang kanak-kanak yang lebih muda daripadanya. Kata-kata yang sering dia ucapkan, “Aku ingin berjihad, kemudian mati syahid, kemudian dihidupkan kembali untuk berjihad dan mati syahid lagi kerana cintaku kepada dua perkara itu.”

Talhah, anggota termuda yang berusia 10 tahun. Perangainya kadangkala keanak-anakan. Dia merupakan anggota yang paling comel dan tampan dengan senyuman sejuta megawatt yang boleh mencairkan hati. Namun, di sebalik keindahan rupa parasnya, Talhah seorang kanak-kanak yang amat lasak dan berani. Disebabkan itu, tugas menyerang hendap dari bumbung atau pokok diserahkan kepadanya. Dia juga handal dalam berguling dan pakar dalam melompat jauh.

Toriq, berbadan tegap dengan parut di dagu. Anggota yang paling garang dan bengis terhadap musuh. Di badannya terdapat lebih 10 parut dan bekas jahitan. Pernah ditembak sebanyak lima kali, namun itu langsung tidak membuatkannya serik. Berjihad seakan-akan berpesta baginya. Kelazatannya membuatkan sakit yang pernah dirasa seperti tiada apa-apa. Dia mahir dalam memanipulasikan objek menjadi senjata dan juga handal dalam seni mempertahankan diri. Tubuhnya juga amat fleksibel dan dia juga merupakan anggota yang paling lincah. Usianya baru 13 tahun. Ayat yang paling kerap diucapkan olehnya ialah, “Aku bercita-cita supaya tubuhku ditembusi peluru dengan banyaknya sehingga darah bertakung di bawah tubuhku atau sebiji bom meletup dan menghancurkan kepala dan badanku hingga menjadi cebisan-cebisan kecil yang bersepah di tanah.”

Anggota terakhir, Abdurrahman, berumur 13 tahun. Wajahnya sentiasa dibaluti dengan kain berwarna hitam. Di sebalik kain itu, wajahnya telah terbakar teruk setelah rumahnya diletupkan oleh rejim Asad. Tragedi itu juga telah meragut nyawa semua ahli keluarganya kecuali adik perempuan kecilnya yang berusia 3 tahun yang telah kehilangan kaki kanannya kerana tragedi itu. Separuh masanya telah dihabiskan untuk menjaga dan merawat adiknya manakala separuh lagi masanya disumbangkan untuk berjihad di jalan Allah. Kebolehannya dalam berlari pantas dan pandai menyelinap membuatkan dia seakan-akan ‘senjata yang berbahaya’. Dengan kebolehannya, dia selalu ditugaskan untuk mengintip gerak kerja rejim Assad. Disebabkan tanggungjawab yang dipikulnya, iaitu adiknya, waktunya agak terbatas menyebabkan dia tidak boleh sentiasa bersama dengan anggota Bridge al-Atfal yang lain. Kata-katanya yang masyhur, “Kita berperang dengan musuh bukan kerana adanya senjata yang lengkap, dan bukan dengan kekuatan yang besar, tetapi dengan agama ini yang Allah muliakan kita dengannya.”

Bridge al-Atfal. Mereka kanak-kanak luar biasa. Bicara mereka sekitar jihad dan mati syahid, bukan mainan dan kartun di tv. Permainan mereka pula ialah pertempuran sebenar dengan musuh, bukan permainan tembak-tembak biasa. Seawal usia muda, mereka sudah keluar untuk mempertahankan tanah air. Tambahan, mereka ialah para huffaz.

“Jeneral Khalid.”

Khalid tersentak apabila ditepuk dari tepi. Hamed melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Rindu keluarga ke?” Tebak Hamid. Hampir semua anggota Bridge al-Atfal ada kehilangan ahli keluarga.

“Taklah.” Khalid menggeleng. “Rindukan syahid.” Khalid memeluk kedua belah lututnya sambil menatap langit seolah-olah syahid itu manusia dan dia melihatnya di sana.

Hamed menolak bahu Khalid dengan bahunya. “Insyaa Allah, kau akan syahid lepas aku syahid.” Senyum.

“Eh?” Khalid angkat kening sebelah.

“Mana boleh kau masuk syurga dulu.” Hamed mencekak pinggang. Bibir dimuncungkan, persis seperti kanak-kanak yang merajuk kerana tidak dibelikan mainan.

Terkoyak sengihan di bibir Khalid. “Ok, kita tengok nanti.” Cabar Khalid.

*********

Embun pagi masih terasa sejuknya hingga mencengkam tulang. Matahari pun masih malu-malu memancarkan sinarnya. Burung-burung yang masih tinggal di bumi Syam ini pun masih bermalas-malasan di sarangnya. Namun, seawal pagi ini, 6 orang kanak-kanak sudah berdiri tegak, bersedia untuk bergerak di atas jalan Allah.

“Panglima Toriq!” Suara lantang Khalid membelah kesunyian pagi di bumi Syam.

“Ya, tuan!”

“Semua sudah siap?”

“Beres, tuan!”

“Baik.” Khalid melangkah ke depan. “Panglima Abeer dan Panglima Hamed.”

“Ya, tuan!”

“Sudah pastikan batu mencukupi dan basikal dalam keadaan yang baik?”

“Sudah, tuan!” Serentak mereka menjawab.

“Panglima Abdurrahman!”

“Ya, tuan!”

“Wafa’ dalam keadaan baik?” Soalan untuk Abdurrahman agak berbeza sedikit kerana situasinya yang berlainan. Wafa’ ialah adik kepada Abdurrahman.

“Alhamdulillah, baik, tuan! Dia sekarang dijaga oleh jiran.”

“Dah sedia?”

“Insyaa Allah sudah, tuan!” Tegas dan yakin.

Khalid bergerak lagi.

“Panglima Talhah.”

Tiada jawapan. Talhah kekal membatu.

Khalid menyentuh bahu Tolhah. Tiba-tiba, tubuh Talhah terdorong ke depan. Khalid cepat-cepat memeluk tubuhnya untuk menahannya daripada tersungkur.

“Tertidur rupanya.” Bisik hati Khalid.

Untuk kanak-kanak semuda Talhah, kerja-kerja sebegini memang amat memenatkan.

“Panglima Talhah.” Khalid memanggil lembut. Talhah terjaga. Cepat-cepat dia berdiri tegak semula. Wajahnya yang cerah memerah kerana malu.

“Maaf.” Comel sekali wajah polosnya ketika itu.

“Mercun dan semua kelengkapan cukup?” Tanya Khalid, lembut.

“Err…” Talhah memeriksa semula kelengkapannya. “Err…cukup, tuan!”

“Kalau macam tu, kita boleh gerak sekarang. Takbir!”

“Allahu Akbar!” Mata Talhah yang mengantuk terus segar. Khalid memulakan perjalanan dengan semangat jihad yang berkobar-kobar. Toriq, tangannya menggeletar, tidak sabar untuk memulakan jihadnya. Abdurrahman, meskipun kelihatan bersahaja tapi turut merasakan debaran yang sama. Abeer pula melangkah tenang dengan senyuman sambil melafazkan yel-yel jihad mereka. Hamed pula diam seribu bahasa, menahan debaran yang memukul dada.

Mereka sampai di hadapan sebuah rumah tepat ketika matahari kelihatan lebih berani menjenguk dengan simbahan cahayanya. Talhah, yang pakar memanjat lekas memanjat naik dan mengintip dari tingkap. Terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang digari di bilik belakang dan seorang remaja lelaki yang terbaring lemah dengan kesan-kesan penyeksaan yang diterimanya. Di dalam, hanya ada lima orang tentera yang masih lena.

Talhah turun dan melaporkannya kepada Khalid.

“Baik, kita buat sepertimana yang dirancang.”

Semua bergerak seperti arahan Khalid. Talhah dan Toriq pantas memanjat naik ke atas bumbung. Abeer dan Hamed bergerak ke pintu belakang. Di hadapan hanya tinggal Khalid dan Abdurrahman.

Khalid memandang Abdurrahman. Abdurrahman mengangguk. Khalid membalas dengan anggukan.

“Bismillahirrahmanirrahim. La ilaha illallah.” Serentak, kedua-dua mereka memecah masuk ke rumah tersebut. Khalid bergerak mengikat seorang tentera manakala Abdurrahman menawan seorang lagi tentera.  3 tentera yang lain terjaga. Seorang daripada mereka memeluk Abdurrahman dari belakang.

“Ahhhh…” Abdurrahman menahan sakit apabila lukanya di leher terkopek kerana dilanggar tentera itu dengan kasar. Darah mengalir keluar dari luka tersebut.

“Hero sudah datang.” Toriq tiba-tiba muncul dengan bergayut pada batang kayu di siling yang terbuka dan menendang tepat ke muka tentera itu. Serangan keduanya menyusul setelah dia melompat turun dengan dua batang kayunya. 2 orang tentera tumbang hasil penangan batang kayunya.

“Argh!!” Seorang lagi tentera menjerit bila dihentam dengan kereta kawalan jauh oleh Talhah. Khalid pantas bergerak menjatuhkannya.

“Abang, bertahan.” Talhah melompat turun dan mendapatkan remaja lelaki yang terbaring lemah di penjuru rumah.

Lelaki itu hanya memandang Talhah tanpa mampu berkata apa-apa. Wajah dan badannya berbirat-birat. Lebam kelihatan di sana-sini.

“Sekejap. Kenapa Panglima Abeer dan Panglima Hamed masih belum muncul?” Khalid baru tersedar sesuatu.

“Tolong!” Kedengaran suara Hamed dari belakang. Mereka berempat menoleh. Ketika itu, muncul lima orang tentera. Seorang daripada mereka memegang Hamed dan 2 orang lagi mengunci pergerakan Abeer.

“Lepaskan kami!” Hamed cuba meronta-ronta. Abeer pula cuba melawan dengan sepenuh kudratnya. Oleh kerana tubuhnya yang agak tinggi dan tenaganya yang kuat, mereka sudah bersedia dengan 2 orang tentera untuk menguncinya.

Waktu itu, otak Toriq sibuk merangka strategi untuk melucutkan senjata dari mereka. Tanpa berfikir panjang, dia bergerak dengan laju dan tangkas dan menyerang tentera yang memegang Hamed. Terkejut dengan tindakan berani Toriq, tentera itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila senjatanya dirampas oleh Toriq. Talhah pula memainkan peranan, memanjat ke tempat yang tinggi dan menyerang dari atas. Khalid bergerak dengan meniup serbuk cili ke dalam mata seorang tentera yang memegang Abeer dan Abdurrahman pula menyerangnya.  Abeer pula bertarung dengan seorang lagi tentera yang memegangnya. Hamed, dengan kebolehannya membaling tepat, menyerang curi apabila ada kesempatan. Toriq pula berhadapan dengan dua orang tentera sekali gus.

“Jangan lupa aku.” Seorang tentera menjatuhkan Hamed. Dada kanak-kanak itu dipijak dengan tapak kasutnya. Kemudian, tanpa belas kasihan, tubuh Hamed diinjak-injak dan ditendang tanpa henti. Hamed hanya mampu meringkuk kesakitan.

“Nah, rasakan!” Kepala Hamed pula menjadi mangsa. Hamed berguling menahan sakit. Terasa otaknya seperti bergegar.

“Panglima Hamed.” Talhah yang melihat terus melompat turun.

“Talhah.” Toriq nampak, namun, dia sendiri sedang tersepit. Bahunya sudah terkena tembakan.

Abeer yang mendengar jeritan Toriq menoleh. Ketika itulah hujung senjata tentera itu melandas di pipinya. Abeer tersungkur.

“Ya Allah, sampai di sini sahajakah jihad kami?” Khalid berbisik dalam hati.

“Aku tak takutlah dengan Bashar laknatullah tu!” Suara Talhah bergema di dalam rumah tersebut. Waktu itulah tentera itu membelasah tubuh Talhah sepuas hatinya. Berkali-kali muka Talhah ditampar dan ditempeleng.

“Kita tinggalkan mereka di sini. Aku ada hadiah untuk mereka.” Salah seorang tentera yang berhadapan dengan Toriq bersuara. Kelihatan darah pekat mengalir di bibirnya yang pecah.

Di atas lantai, kelihatan Toriq berlumuran darah. Dia telah terkena dua tembakan; satu di dada dan satu di perut.

Di pihak Khalid dan Abdurrahman, kedua-duanya sudah kepenatan kerana lawan mereka berbadan sasa.

“Baik.” Semua tentera mula bergerak keluar. Sebelum pergi, sempat lagi tentera yang membelasah Talhah menendang tubuh kanak-kanak itu buat kali yang terakhir.

“Mereka macam mana, tuan?” Dia memaksudkan tentera-tentera yang telah ditumbangkan oleh Bridge al-Atfal.

“Mereka orang-orang yang kalah. Biarkan mereka.” Dan kesemua mereka melangkah keluar. Ketika itu, Toriq terperasan sesuatu.

“La…ri…” Cukup payah Toriq menuturkannya. Nafasnya tersekat-sekat.

“…..bbb…o…mmm…”

Abeer yang berada paling dekat dengan Toriq dapat menangkap kata-katanya. Dia menjerit, “Bom. Mereka nak letupkan rumah ni.”

“Cepat. Kita kena keluar dari sini.” Khalid pantas memapah Toriq. Abdurrahman mendapatkan Talhah dan Hamed lalu memapah mereka. Abeer pula membawa remaja lelaki yang menjadi mangsa penyeksaan tentera-tentera tersebut. Mereka keluar melalui pintu belakang dan bergerak sejauh mungkin.

“Kanak-kanak itu.” Khalid baru teringat kanak-kanak yang ditawan di dalam bilik belakang rumah tersebut. Dia meletakkan Toriq di tanah dan berpatah balik. Abeer mengekorinya.

“Jeneral, Panglima Abeer. Bahaya!” Laung Abdurrahman. Namun, kedua-duanya tidak menghiraukan jeritan itu. Tidak sampai dua minit mereka masuk ke dalam rumah itu, satu letupan berlaku. Abdurrahman yang melihatnya terduduk di atas tanah.

“Allahu Akbar!” Sejurus melafazkan kalimah itu, pandangannya bertukar menjadi gelap.

********

Keindahan bumi Homs hanya tinggal kenangan. Rumah-rumah yang tersergam indah hanya tinggal sisa runtuhan. Tiada lagi wajah-wajah ceria anak-anak kecil berkejaran di taman. Warna-warni bumi ini telah dicat dengan warna darah. Di mana-mana, darah mengalir membentuk anak sungai. Bumi Homs sudah menjadi tempat genangan darah.

Khalid menghela nafas. Dia keluar dari rumahnya dan menatap langit Syria yang suram. Sesuram hatinya tika ini.

Sedih?

Ya, memang dia sedih. Dia sedih bukan kerana menyesal, tidak, tapi dia sedih kerana dia mungkin tidak dapat berjihad seperti dahulu.

“Ya Allah…” Dia memandang tubuhnya. “Aku redha Engkau mengambil kakiku, tetapi aku mohon ya Allah, janganlah engkau jadikan ia sebagai penghalang atau pelemah semangat jihadku.” Air matanya menitis.

Dia sudah tidak boleh selincah dahulu. Dia tidak boleh bergerak pantas seperti dahulu. Sedangkan keinginannya untuk berjihad dan mati syahid masih tinggi.

 

“Doktor! Tanpa kaki pun saya boleh berjihad!”

Bersungguh-sungguh Khalid meyakinkan doktor yang merawatnya. Dia sedih apabila orang ramai cuba membatutkan semangat jihad yang tertanam di dadanya sejak kecil hanya kerana kedua kakinya kudung.

“Ayah, kakak, abang, kaki…kita bertemu di syurga nanti.” bisiknya, perlahan.

Entah siapa tahu di mana ayahnya sekarang. Sejak ayahnya ditangkap, dia langsung tidak mendengar khabarnya. Kakak dan abangnya pula telah dibunuh oleh rejim Assad, meninggalkannya bersama ibu dan seorang adik perempuan. Tidak seperti kanak-kanak lain yang menangis ditinggal keluarga, Khalid sebaliknya menganggap itu sebagai pendorong semangatnya untuk meneruskan jihadnya yang tidak seberapa supaya kelak mereka dapat berkumpul semula di syurga.

Khalid amat merindui pahlawan Islam yang gagah seperti Khalid al-Walid dan Salahuddin al-Ayubi.  Hatinya pilu mengenangkan bumi yang melahirkan para ulama’ seperti Ibn Qayyim, Ibn Kathir, Ibn Taimiyah dan Said Hawwaini. Bumi yang tertanam di dalamnya jasad sahabat yang disayangi oleh nabi iaitu Bilal bin Rabah, Abu Darda’, Abu Hurairah dan Khalid al-Walid. Bumi yang hidup di dalamnya anak keturunan mereka. Di bumi ini juga bersemadinya jasad pahlawan Islam yang dikagumi seantero dunia iaitu Salahuddin al-Ayubi.

“Jeneral Khalid.” Seseorang menyentuh kerusi rodanya. Khalid menoleh. Berbaris di belakangnya 5 orang panglimanya, masing-masing baru pulih dari kecederaan mereka.

“Rasanya kita dah berehat terlalu lama. Aku dah tak sabar ni.” Toriq menumbuk-numbuk tangannya. Memang tidak kenal erti serik. Kejadian yang lalu menyebabkan Toriq terpaksa dibedah untuk mengeluarkan peluru yang tertanam dalam tubuhnya. Disebabkan kehabisan ubat bius, dia terpaksa menjalani pembedahan tanpa bius. Di sepanjang pembedahan, berkali-kali dia pengsan.  Namun, semua itu langsung tidak melemahkan semangat juangnya walaupun nyawanya hampir-hampir melayang.

“Hampir dua bulan kita bercuti.” Sambung Abdurrahman. Kain hitam yang menutup wajahnya sudah bertukar. Sebulan dia ditahan di hospital kerana luka di wajahnya bertambah teruk. Luka di leher dan tangannya juga terkopek dan berdarah kembali.

“Betul jeneral nak ikut kami?” Abeer bertanya, prihatin.

Belum sempat Khalid membalas, Talhah muncul dengan termengah-mengah.

“Jahat ya! Semua tak tunggu saya!” Talhah memegang lututnya, kepenatan. Jelas di wajah tampannya garis-garis luka dan calar-balar. Lebam dan bengkak masih kelihatan di pipinya.

“Alhamdulillah, Allah beri kita peluang untuk saling kuat-menguatkan dan bantu membantu dalam jihad ini lagi. Seronoknya dapat jumpa abang-abang semua!” Suaranya ceria. Senyuman mahalnya dihadiahkan kepada setiap seorang panglima Bridge al-Atfal di hadapannya.

Khalid tersenyum mendengar kata-kata Talhah. Kemudian dia memandang Abeer yang menunggu jawapannya.

Khalid mengangguk. “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.” Tenang Khalid melafazkan kalam Allah surah Muhammad ayat 31.

“Panglima Abeer.” Khalid menyambung. “Lagipun, apalah mulianya mati di atas katil?” Matanya seakan-akan memancarkan satu aura keyakinan yang amat dahsyat. Abeer terpana. Seketika kemudian, dia senyum.

“Memang seorang ketua. Tolong terus memimpin kami, jeneral.” Abeer menunduk sedikit dan membuat gaya tabik. Sungguh umur bukan ukuran. Semasa zaman Rasulullah pun, baginda s.a.w telah melantik Usamah bin Zaid yang jauh lagi muda daripada sahabat-sahabat yang lain untuk mengetuai peperangan menentang Rom.

“Baik! Semua siapkan kelengkapan. Esok kita mula.”

“Sami’na wa ato’na!”

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At-Taubah:20)

********

“Mereka hendak menawan Baba ‘Amru kembali.” Lapor Abdurrahman.

Mereka yang dimaksudkan ialah Tentera Syria Bebas (FSA). Kali ini mereka merancang untuk turut serta dalam barisan FSA secara rahsia. Pasukan Tentera Syria Bebas telah ditubuhkan oleh Hussin Harmusy, seorang pegawai tentera Syria yang berani mengisytiharkan diri keluar dari rejim kerajaan yang diketuai oleh adik kandung Bashar Assad, iaitu Maher Assad. Sebagai hukumannya, pada 8 Disember 2011, tentera rejim menggunakan kereta kebal, 7 buah kereta perisai dan berpuluh-puluh kenderaan untuk menggempur Kampung Iblin di Jabal Zawiyah yang merupakan kampung halaman Hussein dengan menjadikan keluarga Hussein sebagai sasaran.

“Kalau macam tu, kita bergerak ke Baba ‘Amru.” Khalid mendorong kerusi rodanya ke hadapan.

Baba ‘Amru ialah perkampungan yang terletak di Wilayah Homs. Perkampungan tersebut ialah tempat yang paling teruk digempur oleh rejim kerana penduduknya 100% ialah Sunni. Dilaporkan, statistik kematian di sini adalah yang paling tinggi di Syria. Setelah lebih sebulan dikepung oleh rejim, perkampungan ini akhirnya berjaya dikuasai sepenuhnya oleh rejim dan ini bermakna kemungkinan untuk penduduknya yang berpegang pada akidah Sunni dibunuh amatlah tinggi.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil.” Serentak mereka melangkah ke hadapan, dengan seorang jeneral yang kudung di tengah-tengah.

Berangkatlah (untuk berjihad) dalam keadaan ringan mahupun berat… (At-Taubah: 41)

***********

“Ini mercun dan batu-batu yang dapat saya kumpul.” Talhah menunjukkan barang-barang di dalam beg sandangnya.

“Bagus, Talhah.” Khalid mengusap lembut kepala Talhah. “Emm..lebam dan bengkak kat muka macam mana? Sakit lagi?” Tangannya turun ke wajah Talhah.

Talhah tunduk. Segan. “Sakit sikit kalau nak bercakap.” Malu dia hendak mengadu. Padahal, rasa sakit dan luka Khalid jauh lebih teruk daripadanya.

“Ada ulser ni. Bibir pun pecah. Patut sakit.” Khalid melihat-lihat mulut Talhah. “Kalau Talhah tahu banyaknya dosa yang gugur kerana sakit ni, mesti Talhah nak sakit lagi.” Pujuk Khalid.

Talhah mengangguk.

Khalid menepuk-nepuk bahu Talhah sebelum menyorong kerusinya pergi dari situ.

Air jernih mengalir deras di pipi Talhah buat sekian kalinya. Dia tidak dapat melupakan Khalid, seorang abang yang amat dikaguminya. 3 bulan dia bersama-sama Khalid dalam menegakkan kalimah tauhid dan sepanjang 3 bulan itu, terlalu banyak perkara yang telah dia pelajari dari Khalid.

“Talhah.”

Hamed. Kanak-kanak itu duduk di sebelahnya. “Janganlah sedih. Khalid dah dapat kemenangan yang sebenar.” Pujuknya. Dia pun sedih sebenarnya. Dia telah bersama Khalid dari tadika, membesar bersama dan bermain bersama dengannya. Tipulah kalau dia tak bersedih.

“Talhah, ingatlah janji Allah, “janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidupdi sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Toriq mencelah.

Abdurrahman merenung tanah. Matanya sedikit berair.

Abeer kelihatan termenung menatap langit malam.

Air mata Talhah jatuh lagi. Toriq melepas nafas. Hamed memeluk lutut. Masing-masing masih ingat kata-kata Khalid sebelum mereka bertolak.

“Nanti, kalau ada apa-apa berlaku pada saya ketika kita sedang menyelamatkan orang, lari tinggalkan saya. Ini untuk kebaikan semua. Faham?”

 

“Khalid…” Abeer cuba membantah.

 

“Faham tak?” Khalid mengulang semula dengan lebih tegas.

 

“Tapi jeneral…” Hamed pun kelihatan tidak bersetuju. Toriq hanya diam merenung Khalid di atas kerusi roda. Kalau apa-apa jadi, macam mana dia hendak menyelamatkan diri tanpa bantuan mereka?

 

“Abang, saya tak akan…” Talhah menggeleng-geleng. Matanya merah.

 

“Tolong, ini untuk kebaikan semua. Jangan hiraukan saya. Faham?” Lebih tegas lagi. Matanya memanah satu persatu wajah mereka.

 

“Faham, tuan!”

 

Allah hendak menguji janji mereka. Apa yang Khalid tuturkan memang benar-benar terjadi.

“Lari cepat! Bawa budak tu ke tempat yang selamat!” Khalid cuba menggerakkan kerusi rodanya yang tersekat.

 

“Kami tak akan tinggalkan jeneral.” Abeer cuba sedaya upaya meletakkan Khalid di belakangnya. Keadaan bertambah sukar kerana bahunya telah ditembak.

 

“Panglima Abeer! Macam mana janji kita?” Tentera rejim semakin menghampiri mereka. “Pergi!” Khalid menolak tubuh Abeer.

 

Pom! Satu tembakan mengenai sebelah lagi bahu Abeer. Spontan, pegangannya terlepas.

“Jeneral!” Jerit Talhah. Abdurrahman dan Toriq sudah jauh meninggalkan mereka dengan membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang terperangkap di dalam sebuah rumah separa musnah.

 

Di tangan Talhah terdapat seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun, adik kepada kanak-kanak perempuan itu.

 

“Bahaya! Cepat lari!” Khalid separuh mengarah, separuh merayu. Kanak-kanak dalam dakapan Talhah sudah menangis ketakutan.

 

“Ayuh!” Abeer menarik Talhah.

 

“Tapi…”

 

Abeer hanya diam. Wajahnya keruh. Dia tiada pilihan lain. Dia sudah berjanji. Lagipun, di tangan mereka ada seorang kanak-kanak.

 

Dan dari jauh, mereka dapat melihat bagaimana Khalid berjuang sehingga hujung nyawa. Bersungguh-sungguh kanak-kanak itu membaling batu untuk menghalang tentera itu dari mengejar mereka sebelum kepalanya pecah ditembusi peluru-peluru tentera itu.

 

Talhah tiba-tiba menyembamkan wajahnya di dada Hamed. Mengingati kejadian itu pasti akan menerbitkan air matanya. Hati Hamed terasa pilu. Dia turut menitiskan air mata. Abdurrahman segera mengalihkan pandangannya. Abeer pula sedari tadi hanya merenung kosong ke arah langit. Toriq, dengan wajah serius, hanya senyap. Talhah, Abeer dan Abdurrahman berkenalan antara satu sama lain dan dengan ahli bridge al-Qassam yang lain atas nama jihad. Jihad mengikat hati mereka yang selama ini tidak pernah berjumpa pun. Abdurrahman menemui Khalid ketika dia terlantar di hospital dengan seluruh wajah dan separuh badan terbakar. Abeer dan Talhah pula pernah diselamatkan oleh Khalid. Khalid memang kanak-kanak luar biasa yang amat memberi kesan kepada mereka. Justeru, masing-masing terasa.

Semangat jihad mereka seakan-akan sudah tawar. Tonggak utama yang sentiasa mendorong mereka sudah tiada.

Fitrahnya, mereka masih kanak-kanak. Mereka juga lemah. Kehilangan demi kehilangan kadang-kala berbekas juga di jiwa mereka.

“Kita tak boleh terus macam ni.” Toriq bersuara tiba-tiba. “Adakah selama ni kita berjihad menolong orang kerana Khalid?” Tengking Toriq.

“Bangun, bangun, bangun, bangun! Jangan lemah macam ni! Kenapa dengan kalian semua ni? Lemah semangat!” Satu-persatu bahu mereka ditampar oleh Toriq.

“Bukankah syahid itu apa yang Khalid dan kita impikan? Kenapa kalian bersedih? Ayuhlah kita teruskan hingga kita mati sepertimana Khalid mati!” Batang kayu di tangannya diputar sebelum dipacakkan ke tanah.

“Tapi, Khalid…” Abeer menutur seperti orang yang berputus asa.

“Khalid dah dapat apa yang dia impikan. Ingat! Kita berjuang kerana Allah dan Allah masih hidup, pandai!” Jerkah Toriq. Kasar.

Abeer tersentak. Wajahnya beralih ke wajah Toriq.

“Maaf.” Toriq menunduk, tersedar yang dia tidak sepatutnya meninggikan suara dan berkata begitu kepada Abeer yang lebih tua daripadanya.

Abeer menggeleng. Kata-kata Toriq menyedarkannya. Dia pantas bangkit.

“Sesiapa yang ingin syahid, ikut aku!” Dia menjulang tangannya. Semangat. Api jihad berkobar-kobar dalam dirinya.

“Saya!”  Toriq paling awal menyahut.

“Saya!” Abdurrahman.

“Saya!” Hamed.

“Saya!” Talhah bangkit.

Semua sudah berdiri. Ruh perjuangan baru seakan-akan meresapi diri mereka.

Perjuangan akan tetap diteruskan, Bashar!

***********

Setahun kemudian…

Lima orang berbaju hitam, berkain hitam dan berselubung muka meloncat turun dari pokok serentak seakan-akan ahli gimnastik yang membuat persembahan, berputar seketika dan memijak bumi.

“Eh?” Ummu Umar, ketua Bridge Umina Aisya terhenti dari mengisi kelongsong peluru. Terkejut dengan kehadiran mereka yang muncul secara tiba-tiba.

“Izinkan kami turut serta bersama kamu semua.” Yang berada di tengah melangkah ke depan.

“Siapa kalian?” Ummu Umar dan 5 lagi wanita di sisinya memandang hairan. Seorang agak tinggi berkaca mata, seorang sederhana berbulu mata lentik, seorang rendah bermata bundar, seorang beralis lebat agak rendah juga dan seorang lagi sederhana tinggi bermata coklat walnut.

“Kami Bridge Umina Hafsah. Saya Khaulah, ketua bridge ini. Adik kepada as-Syahid Khalid, bekas ketua bridge al-Atfal. Umur, 12 tahun.” Suaranya lembut tetapi penuh dengan ketegasan, Sepasang matanya yang terserlah membara dengan semangat jihad.

Bridge Umina Aisya terpana.

Briged Ummina Aisyah1.jpg2

Mereka ini…

       …budak-budak perempuan?

152179h4qroi8q2b

Syria, bumi jihad.

-TAMAT-

Catatan: Watak2 dan jalan cerita cerpen ini hanya rekaan semata-mata.

~Hamba Rabbani~

Cerpen: SeBuah DiaRi

Black Diary , ASMA

KENAPA MEREKA TAK DATANG-DATANG? ASMA’ DAH LAMA TUNGGU…

*********

11 APRIL 2011

HARI NI ADIK ASMA’KELUAR. NAMANYA MUJAHID. DIA COMEL SANGAT (WALAUPUN SUKA MERENGEK) BOLEHLAH KAMI BERMAIN BERSAMA-SAMA NANTI.

EEE…SERONOKNYA! CEPATLAH BESAR, BABY!

ABI NAMPAK GEMBIRA SANGAT LEPAS ADIK LAHIR.UMI PUN SAMA.ORANG KATA, LAHIRKAN ANAK NI PENAT.TAPI, MUKA UMI LANGSUNG TAK MACAM ORANG PENAT.NAMPAK BERSERI-SERI. ASYIK TERSENYUM JE.

SUKANYA TENGOK UMI DAN ABI GEMBIRA 🙂

 

18 APRIL 2012

TADI, ASMA’ TERNAMPAK UMI MENANGIS.BILA ASMA’ DATANG DEKAT UMI, UMI CEPAT-CEPAT LAP.TAPI, ASMA’ TAHU SEBAB UMI TAK DAPAT NAK SOROK MATA UMI YANG MERAH.

HARI TU, UMI PELUK ASMA’ LAMA SANGAT. ASMA’ PUN NANGIS SEKALI WALAUPUN ASMA’ TAK TAHU KENAPA UMI MENANGIS. TIBA-TIBA ABI KELUAR DARI BILIK. BILA NAMPAK ABI, ASMA’ NAMPAK AIR MATA UMI JATUH TAPI UMI CEPAT-CEPAT PANDANG TEMPAT LAIN. UMI DAN ABI BERGADUHKAH? TAPI, BUKAN ABI SAYANG UMI KE?

ABI DATANG DEKAT ASMA’ DAN DUKUNG ASMA’ MACAM WAKTU ASMA’ KECIK-KECIK DULU. PADAHAL ASMA’ DAH LIMA TAHUN. LEPAS TU, ABI PEGANG BAHU UMI. UMI PANDANG ABI. HIDUNG UMI MERAH TAPI UMI TAK MARAH. UMI SENYUM. KEMUDIAN, UMI MENGGELENG PERLAHAN SAMBIL BERKATA, “TAK APA. SAYA FAHAM DAN SAYA REDHA.”

ERR…TAPI UMI, ASMA’ TAK FAHAM APA-APA PUN.

APA YANG BERLAKU SEBENARNYA?

21 APRIL 2012

HARI NI BARU ASMA’ TAHU APA YANG BERLAKU SEBENARNYA. RUPA2NYA, ABI NAK SERTAI TENTERA PEMBEBASAN SYRIA (FSA) MELAWAN BASHAR AL-ASSAD YANG MULA MENGGANAS DI DAERAH INI. KATA ABI, MUNGKIN ABI AKAN PULANG ATAU MUNGKIN TAK. KATA ABI LAGI, ABI AKAN CALL RUMAH SEMINGGU SEKALI. KALAU ABI TAK CALL, MAKSUDNYA ABI DAH TAK ADA.

JANGANLAH CAKAP MACAM TU ABI! ASMA’ SAYANG ABI!

MULA2, ASMA’ MARAH. ASMA’ INGAT ABI TAK SAYANG ASMA’. ABI NAK TINGGALKAN ASMA’ DENGAN UMI, DENGAN BABY. ASMA’ MENANGIS SAMBIL PELUK UMI. LEPAS TU, ABI DATANG DEKAT ASMA’. ABI BELAI RAMBUT ASMA’. ABI CIUM PIPI ASMA’. DAN ABI BISIK KAT TELINGA ASMA’:

“ASMA’ TAK NAK ABI MASUK SYURGA? INSYAA ALLAH, SAYANG, KITA AKAN BERKUMPUL SEMULA DI SYURGA NANTI. KAT SANA NANTI, KITA MAIN SAMA-SAMA DENGAN GEMBIRA.”

LEPAS TU ABI TARIK ASMA’ DENGAN LEMBUT DAN DAKAP ASMA’.ASMA’ TAK AKAN LUPA SAMPAI BILA-BILA KEHANGATAN PELUKAN ABI.

ABI, ASMA’ SAAAAAAYANG ABI. ABI JANGAN MATI TAU.

SEBELUM PERGI, ABI CERITA KAT ASMA’ TENTANG SAUDARA KAMI. KATA ABI, SAUDARA KAMI RAAAAMAI SANGAT. SEMUA BAIK-BAIK.

“HABIS TU KENAPA MEREKA TAK TOLONG KITA?”TANYA ASMA’.

“MEREKA JAUH. TAPI SATU HARI NANTI MEREKA AKAN TOLONG KITA. SEBAB HATI KITA DEKAT DENGAN MEREKA. MEREKALAH SAUDARA SEAKIDAH KITA.”  JAWAB ABI.

TAK LAMA LEPAS TU, ABI PUN PERGI. ADAKAH ITU KALI TERAKHIR KAMI BERJUMPA?

ABI, ASMA’ AKAN TUNGGU SAUDARA-SAUDARA YANG ABI CAKAP TU. ASMA’ AKAN TUNGGU =’(

 

21 MEI 2012

DAH SEBULAN TAK JUMPA ABI. APA KHABAR ABI AGAKNYA?

ASMA’ RINDU ABI.

ABI TENGAH BUAT APA YA SEKARANG? ABI DAH BOM KE SI BASHAR TU?

 

30 MEI 2012

KENAPA MEREKA SERANG SEKOLAH ASMA’? KAMI BUKANNYA SIMPAN BOM KAT SEKOLAH. KAMI CUMA NAK BELAJAR.

ASMA’ TAKUT SANGAT.ADA KAWAN ASMA’ KENA SEMBELIH.WALHAL MEREKA TAK BUAT APA2 PUN. BANYAK SANGAT DARAH TERPERCIK KE MERATA-RATA TEMPAT. TENTERA TU KEHEL TANGAN ASMA’. SAKIT SANGAT. LEPAS TU DIA TOLAK ASMA’ SAMPAI TERHANTUK KAT MEJA. KENAPA DIA BUAT MACAM TU?ASMA’ TAK NAKAL2 PUN HARI NI.

LEPAS TU, TENTERA TU BOM SEBAHAGIAN SEKOLAH KAMI. ASMA’ DAN KAWAN2 SELAMAT.CIKGU PUN SELAMAT.TAPI, ASMA’ TAK NAMPAK HAFSAH, KAWAN BAIK ASMA’.ASMA’ TERUS LARI KE RUNTUHAN BANGUNAN. ASMA’ NAK CARI HAFSAH. HAFSAH KATA PAGI TADI, DIA NAK TUNJUK MAINAN BARU DEKAT ASMA’. DIA KATA, NANTI BOLEH MAIN SAAMA-SAMA.TAPI MANA HAFSAH?JOMLAH KITA MAIN. ASMA’ TAKUT NI!

SAMPAI JE KAT RUNTUHAN BANGUNAN TU, ASMA’ TERUS CARI HAFSAH. ASMA’ PANGGIL NAMA DIA BANYAK KALI, TAPI DIA TAK JAWAB PUN. BILA ASMA’ PENAT, ASMA’ DUDUK ATAS SISA RUNTUHAN TU.TIBA-TIBA, ADA TANGAN PEGANG KAKI ASMA’.ASMA’ MENJERIT. TANGAN TU WARNA PUTIH DAN PENUH DENGAN LUKA. BILA DENAR JERITAN ASMA, CIKGU SALMA  DATANG. WAKTU TU TANGAN TU DAH LEPASKAN KAKI ASMA’. CIKGU SALMA MENGANGKAT SISA RUNTUHAN YANG MENGHEMPAP TUBUH PEMILIK TANGAN TERSEBUT.

ARGH! ASMA’ DAH TAK SANGGUP NAK CERITA LAGI!

WAKTU TU, ASMA TERUS PELUK CIKGU SALMA SAMBIL MENANGIS. ASMA’ TAK TAHU NAK BUAT APA. TAPI, ASMAA’ TAK MAHU HAFSAH MATI! YA, TANGAN TU TANGAN HAFSAH!

MUKA HAFSAH PENUH DENGAN DARAH. MUKA DIA PUCAT SANGAT. ASMA’ PEGANG TANGAN HAFSAH. WALAUPUN ASMA’ TAKUT DARAH, TAPI ASMA’ SAYANG HAFSAH.ASMA’ TAHU KAWAN BAIK ASMA’ SAKIT. BADAN DIA HEMPAP DENGAN SIMEN, MESTILAH SAKIT.NGERI ASMA’ TENGOK LUKA BESAR-BESAR DI LENGANNYA. YA ALLAH, TOLONG SELAMATKAN HAFSAH…

“MAAF, ASMA’ SEBAB TAK JAWAB PANGGILAN AWAK.SAYA CUBA, TAPI AWAK TAK DENGAR.”

TERPUTUS-PUTUS SUARA HAFSAH BERBISIK. ASMA’ SURUH HAFSAH BERTAHAN. CIKGU SALMA TENGAH CUBA TELEFON AMBULAN.TAPI KAWAN BAIK ASMA’ DAH KAKU DENGAN SEPARUH TUBUH TERTANAM DALAM RUNTUHAN. ASMA’ PANGGIL DIA BANYAK KALI, TAPI HAFSAH  TETAP SENYAP.

HAFSAH DAH PERGI! TAK PUAS LAGI MAIN DENGAN DIA.

HAFSAH, KITA MAIN PUAS2 KAT SYURGA NANTI YA?

 

31MEI 2012

MULA2 ABI, LEPAS TU HAFSAH. ASMA’ RINDU HAFSAH! TEMPAT DUDUK HAFSAH KOSONG. DAH TAK ADA SIAPA YANG TEGUR ASMA’ TIAP2 PAGI LAGI.TAK ADA SESIAPA YANG SUKA BUAT LAWAK DENGAN WAJAH YANG COMEL DENGAN ASMA’.KALAU BOLEH, ASMA’ NAK JUMPA SEKALI JE. ASMA’ NAK CAKAP TERIMA KASIH SEBAB JADI KAWAN ASMA’. TAPI, ASMA’ TAHU TU MUSTAHIL.

YA ALLAH, ASMA’ RINDU HAFSAH…

HAFSAH, PULANGLAH…LEPAS NI SAYA JANJI TAK KAN TINGGALKAN AWAK SORANG2 LAGI…

 

13 JUN 2012

AWAL2 PAGI LAGI ASMA’ DAH TUNGGU SEBELAH TELEFON. ABI KATA ABI NAK TELEFON RUMAH. TEPAT PUKUL 11, TELEFON BERDERING. ASMA’ CEPAT2 ANGKAT TELEFON.

ABI.

“ABI, ASMA’ RINDU ABI. BABY DAH BOLEH JALAN.” ASMA’ JERIT SEKUAT2NYA PADA GANGGANG TEELEFON. TERDENGAR SUARA ABI KETAWA.

“ASMA’ TIPU ABI YA? BABY 2 BULAN MANA BOLEH BERJALAN. NAKAL YA ANAK ABI NI. SINI ABI GELETEK.” ABI BERSUARA MESRA. ASMA’ KETAWA. AH, RINDUNYA ABI!

“PULANGLAH CEPAT…NANTI ABI DAPAT GELETEK ASMA’ BILA ASMA’ NAKAL LAGI.” PUJUK ASMA’. TERUS TAWA ABI TERHENTI. DAN ABI MEMINTA ASMA’ MEMANGGIL UMI.

“ALHAMDULILLAH, SIHAT.” UMI TERSENYUM SAMBIL MENJAWAB PERTANYAAN ABI SEOLAH-OLAH ABI BERADA DI DEPAN MATANYA.

“JANGAN FIKIRKAN KAMI LAGI. SEKARANG CITA-CITAMU HANYA ALLAH. SAYA SERAHKAN KAMU SEPENUHNYA PADA ALLAH. APA PUN YANG BERLAKU, SAYA REDHA.” DENGAN PENUH YAKIN UMI MENGUCAPKANNYA. ASMA’ DAPAT MELIHAT MATA UMI YANG BERAIR. TABAHNYA UMI…

“SYAHID SUDAH DI DEPAN MATA. TERUSKAN PERJUANGAN. KITA BERTEMU DI SYURGA NANTI, INSYAA ALLAH.”

KEMUDIAN, UMI MENERANGKAN KEPADA ASMA’ YANG ABI HENDAK BERANGKAT KE PUSAT BANDAR ESOK UNTUK MENAKLUKNYA. KEMUNGKINAN UNTUK ABI SYAHID SANGAT BESAR. MAKNANYA, INI MUNGKIN KALI TERAKHIR ASMA’ MENDENGAR SUARA ABI.SEDIHNYA!!!!!!!

ABI, HARI NI ASMA’ NAK DENGAR SUARA ABI PUAS2!

“PUTERIKU, ASMA’. JADILAH ANAK YANG SOLEHAH. JADI SAHAM AKHIRAT KAMI YA? JAGA UMI BAIK2. INGAT! HATI ASMA’, ADALAH UNTUK ALLAH. BUAT SESUATU KERANA ALLAH. JADILAH HAMBA ALLAH YAANG BAIK, SAYANG.” KEMUDIAN, ABI MENYAMBUNG DENGAAN SEBARIS DOA YAANG TURUT DIAMINKAN OLEH UMI DI SEBELAH. AIR MATA ASMA’ GUGUR DI PIPI.

“ABI, BETULKAH SAUDARA2 KITA AKAN DATANG?”

“INSYAA ALLAH…DAN ABI AMAT MENGHARAP UNTUK BERJUMPA MEREKA.”

ASMA’ TERDIAM.BAGAIMANA KALAU MEREKA LANGSUNG TIDAK MENGINGATI KAMI?

SEJURUS SELEPAS BERBISIK KEPADA BABY MUJAHID, ABI MEMUTUSKAN TALIAN DI SEBELAH SANA. KETIKA ITU, BABY TERUS MENANGIS, SEAKAN-AKAN BABY TAHU YANG DIA TIDAK AKAN MENDENGAR SUARA LEMBUT ITU LAGI.

YA ALLAH, BENARKAH INI KALI TERAKHIR?

 

14 JUN 2012

KENAPA ORANG2 DALAM TV KATA ABI PENGGANAS? ABI TAK JAHAT. ABI CUMA MEMBELA TANAH AIR DAN NASIB RAKYAT SYRIA. ABI TAK BUNUH DAN SEKSA ORANG PUN.

MEREKA YANG TEMBAK KANAK-KANAK.MEREKA YANG KEJAM DAN JAHAT SEBENARNYA. BENCINYA DENGAN TV! PEMBOHONG!

UMI KATA, KEGELAPAN MEMANG AKAN CUBA PADAM CAHAYA KEBENARAN. MUSUH ISLAM MEMANG SUKA MENGABURKAN APA YANG HAK. DAN UMI KATA, KITALAH YANG KENA MENEGAKAKKAN KEBENARAN ITU.

UMI KATA LAGI, SEKARANG PINTU SYURGA SEDANG TERBUKA SELUAS-LUASNYA DI SYRIA.

OH, ABI SEDANG MENUJU KE PINTU SYURGALAH YA?

 

14 JULAI 2012

GENAP SEBULAN KAMI TAK DENGAR APA2 KHABAR TENTANG ABI. ENTAHKAN DIA MASIH HIDUP ATAUPUN SUDAH TIADA LAGI. WALAUPUN UMI KATA JANGAN TERLALU MENGHARAP KEPULANGAN ABI, TAPI ASMA’ TETAP TUNGGU ABI DI TEPI TINGKAP DENGAN HARAPAN DAPAT MELIHAT KELIBAT ABI. ASMA’ TERINGIN SANGAT JUMPA ABI.

YA ALLAH, HANYA ENGKAU YANG TAHU BETAPA ASMA’ SANGAT MERINDUI ABI… 😥

 

30 JULAI 2012

YA ALLAH, SABARKANLAH ASMA’…

CUBA BAYANGKAN SATU HARI KALIAN PULANG DARI SEKOLAH DAN MELIHAT IBU KALIAN, YANG AMAT KALIAN SAYANGI TERBARING KAKU DENGAN WAJAH YANG LEBAM, KEPALA YANG BERLUBANG DAN DARAH BERTAKUNG DI BAWAH KEPALANYA? ITULAH YANG TERJADI KEPADA ASMA’. UMI ASMA’ DAH TAK ADA. MEREKA TELAH BUNUH UMI ASMA’ DENGAN KEJAM. DAH TAK ADA ORANG YANG NAK DENGAR CERITA2 ASMA’. LEPAS NI, ASMA’ DAH TAK BOLEH RASA KEHANGATAN PELUKAN UMI.TAK DAPAT NAK DENGAR SUARA MERDU UMI. TAK DAPAT NAK TATAP WAJAH UMI. TAK DAPAT NAK DENGAR KETAWA UMI. TAK DAPAT NAK RASA BELAIAN UMI.

ASMA’ PANGGIL NAMA UMI.ASMA’ PELUK UMI. ASMA’ CIUM PIPI UMI. TAPI UMI TAK BALAS PUN CIUMAN DAN PELUKAN ASMA’. UMI, BANGUNLAH! ASMA’ NAK DENGAR SUARA UMI. PANGGILLAH NAMA ASMA’.

UMI…KENAPA UMI DIAM JE?KENAPA UMI TAK CUIT PIPI GEBU ASMA’ MACAM SELALU?ASMA’ AMBIL TANGAN UMI DAN LETAK DI PIPI ASMA’.TANGAN UMI MENYENTUH-NYENTUH PIPI ASMA’.KENAPA TANGAN UMI SEJUK?

BETUL KE UMI DAH MATI? ASMA’ DAH JADI Y.A.T.I.M KE?

DEMI ALLAH, ASMA’ TAK AKAN MEMAAFKAN MEREKA.MEREKA TELAH MELIHAT AURAT UMI.RAMBUT UMI YANG CANTIK BERWARNA HITAM ITU TERDEDAH.TUDUNG UMI KOYAK-RABAI DI SEBELAH UMI. PADAHAL UMI IALAH SEORANG MUSLIMAH YANG AMAT MENJAGA AURATNYA. MEMANG TAK BOLEH DIMAAFKAN. KALAU ABI ADA, PASTI ABI MARAH BILA TENGOK KEHORMATAN UMI DICEROBOHI.

MAAFKAN ASMA’, ABI SEBAB TAK JAGA UMI BETUL2…

 

2 OGOS 2012

SUNYINYA RUMAH TAK ADA UMI. RASA MACAM DUDUK RUMAH BERHANTU. ALHAMDULILLAH, BABY ADA. ASMA’ BERSYUKUUUUUUUR SANGAT BABY SELAMAT. RUPA2NYA UMI SEMPAT SOROKKAN BABY DALAM WARDROBE. UMI, DALAM SAAT2 GENTING BERJAYA MENYELAMATKAN BABY. DAN DENGAN KUASA ALLAH, BABY LANGSUNG TAK MENANGIS. JADI, MEREKA TAK TAHU YANG ADA SATU LAGI PENGHUNI RUMAH NI WAKTU TU YANG MASIH HIDUP.

BABY, KITA DAH TAK ADA MAK AYAH 😦

BABY TEMAN KAKAK YA? BILA BABY DAH BESAR, BABY JADI MACAM AYAH. JADI SEORANG MUJAHID MACAM NAMA BABY. JADILAH SEHEBAT KHALID AL-WALID YA BABY?

SEBENARNYA, LEPAS JIRAN2 TAHU UMI DAH SYAHID, RAMAI YANG AJAK ASMA’ TINGGAL DENGAN DIORANG. TAPI ASMA’ TAK NAK. MACAM MANA KALAU ABI BALIK DAN TENGOK RUMAH NI KOSONG? NANTI ABI INGAT ASMA’ DAH TAK ADA.LAGIPUN ASMA’ NAK TUNGGU SAUDARA2 ASMA’ YANG JAUH TU KAT SINI.

CEPATLAH DATANG SAUDARA2KU! KAMI SEMAKIN TENAT!

MACAM MANA DENGAN BABY WAKTU ASMA’ PERGI SEKOLAH? ASMA’ TAK NAK BERPISAH DENGAN BABY. ASMA’ DAH SERIK BERPISAH DENGAN ORANG YANG ASMA’ SAYANG. MESTI FAHAM PERASAAN ASMA’. NAK BERHENTI SEKOLAH, ASMA’ TAK NAK.ABI CAKAP ORANG YANG BERILMU ITU DITINGGIKAN DARJATNYA DAN LEBIH MULIA DARI ORANG YANG TAK BERILMU. MALAH MEREKA BOLEH BERGANDING DENGAN PARA SYUHADA’. ASMA’ NAK JADI ORANG YANG BERILMU. JADI, BIARLAH ASMA’ BAWA BABY KE SEKOLAH. CIKGU

BABY, KITA SAMA2 KUAT YA?

 

5 OGOS 2012

RAMAI KAWAN2 YANG ALAMI NASIB YANG SAMA MACAM ASMA’. TAK ADA IBU DAN TAK ADA AYAH. KAT SEKOLAH NI, DAH JADI PERKARA BIASA BILA MENDENGAR KAWAN2 KAMI SYAHID. SEMAKIN BANYAK KERUSI YANG KOSONG. DI BARISAN ASMA’, CUMA ASMA’ DAN ZAINAB JE YANG TINGGAL. UMAYMAH YANG RIANG DAN MANJA TU PUN DAH TAK NAMPAK DAH. DENGAR2, DIA DAH SYAHID SETELAH DITEMBAK 5 KALI.YA ALLAH…SAMPAI LIMA KALI.PADAHAL UMAYMAAH TU CUMA KANAK-KANAK KECIL. BUKANNYA PENJENAYAH YANG MERBAHAYA PUN…

CIKGU SALMA PUN DAH TAK DATANG SEKOLAH. DIA TELAH DIPERKOSA OLEH LIMA ORANG TENTERA. KASIHANNYA CIKGU! WALAUPUN CIKGU MASIH HIDUP, TAPI CIKGU CEDERA PARAH. CIKGU SEKARANG DIRAWAT DI HOSPITAL. PASTI KEJADIAN ITU MENINGGALKAN KESAN YANG MENDALAM TERHADAP CIKGU, SEORANG WANITA SOLEHAH YANG SENTIASA MENJAGA DIRINYA!

TAK PUAS LAGI KE REJIM BASHAR AL-ASSAD? BERAPA LAGI ORANG YANG ENGKAU HENDAK BAHAM? SERONOK KE TENGOK KAMI MENANGIS DAN MENDERITA?

LIHATLAH NANTI. ALLAH AKAN MEMBALAS APA YANG KAMU LAKUKAN DI AKHIRAT NANTI.

 

8 0G0S 2012

SAUDARA2 ASMA’ YANG JAUH, BILA KALIAN HENDAK DATANG?SYRIA HAMPIR MATI. KALIAN NAK TUNGGU SAMPAI SEMUA GADIS2 BAIK DI SINI DIPERKOSA ATAU KALIAN NAK TUNGGU SEHINGGGA SEMUA KANAK2 SEPERTI ASMA’ DIBUNUH? KELEWATAN KALIAN MEMBUNUH KAMI!

ASMA’ MENUNGGU KALIAN!

ABI, BENARKAH MEREKA AKAN DATANG?

 

AIDILFITRI2012

AIDILFITRI TAHUN INI DIRAYAKAN TANPA SERI. ASMA’ TAK DAPAT NAK SALAM DAN CIUM TANGAN ABI UMI LAGI. ASMA’ TAK DAPAT RASA JUADAH RAYA YANG DIMASAK OLEH UMI. ASMA’ TAK DAPAT PERGI BERAYA DI RUMAH KAWAN2 ASMA’. TENTERA SEDANG BERKELIARAN DI SANA-SINI. ASMA’ JUGA TAK DAPAT MENDENGAR NASIHAT2 YANG SELALU ABI TUTURKAN DI PAGI RAYA. KENAPA ASMA’ RASA MACAM NAK MENANGIS NI?

PAGI TADI, ABANG2 DAN PAKCIK2 FSA BAGI ASMA’ DAN KAWAN2 LAIN COKLAT DAN GULA2. TAPI GULA2 DAN COKLAT TU SIKIT SANGAT. JADI, ASMA’ TAK AMBIL. BIARLAH ORANG LAIN YANG LEBIH MEMERLUKAN DAPAT. ASMA’ MENYUSUP ANTARA PAK CIK2 DAN ABANG2 TU. ASMA’ NAK CARI ABI. ASMA’ TANYA KAT SEORANG TENTERA YANG MENUTUP MUKANYA DENGAN KAIN. DIA PANDANG ASMA’. KEMUDIAN DIA TANYA ADAKAH ASMA ANAK ABI?BILA ASMA ANGGUK, DIA TERUS DUKUNG ASMA’ DAN KAWAN DI SEBELAHNYA AMBIL BABY. DIA PELUK DAN CIUM ASMA’ SAMBIL MEMBACA SELAWAT. ASMA’ NAMPAK MATA DIA MERAH DAN BERAIR. KENAPA NI?ASMA’ BINGUNG.

“PAK CIK RAKAN SEPASUKAN AYAH ASMA’. AYAH ASMA’ SANGAT BAIK DAN BERANI. PAK CIK KAWAN BAIK DIA SEJAK KECIL.” KATA TENTERA ITU.

DAN BARULAH ASMA’ TAHU YANG DIA NI PAK CIK ANAS. DIA PERNAH DATANG RUMAH ASMA’ DUA KALI.ASMA’ KENAL DIA. ABI BANYAK SIMPAN GAMBAR KENANGAN DENGAN DIA.

“SOLEH, SOLEH.” TENTERA ITU MEMANGGIL SEORANG LAGI TENTERA. “ANAK AS-SYAHID AYYASH. NI ANAK AS-SYAHID.”

AS-SYA…HI…D?

ABI DAH SYAHID?

DADA ASMA’ TIBA2 TURUN NAIK DENGAN PANTAS. SEBAK MENIKAM DADA. ABI… MATA ASMA’ DAH TERASA HANGAT.

“MASYA ALLAH.” TENTERA YANG DIPANGGIL SOLEH ITU MENCIUM DAHI ASMA’. TANPA SEDAR, AIR MATA ASMA’ MENITIS KE WAJAH TENTERA ITU.ASMA’ SEDIH TAPI ASMA’ CUBA TAHAN.YA ALLAHTOLONG ASMA’. ASMA’ DAH TAK ADA SESIAPA KECUALI ENGKAU, YA ALLAH

ASMA’ TAK NAK ROSAKKAN KEGEMBIRAAN HARI RAYA. YA ALLAHKENAPA ASMA’ TAHU BERITA TU HARI NI?

 

8 SEPTEMBER 2012

AMBILLAH SEGALA2NYA DARI ASMA’, HATTA NYAWA ASMA’, NAMUN ASMA’ TETAP TAK AKAN KALAH DENGANMU, WAHAI BASHAR!

ABI DAH SYAHID.

UMI PUN DAH SYAHID.

HAFSAH PUN.

CIKGU SALMA PUN BARU SYAHID.

BABY.?

YA, SEMALAM BABY DAH PERGI TINGGALKAN ASMA’ SORANG2. BABY SAKIT, TAK DAPAT ZAT YANG CUKUP DAN PERSEKITARAN YANG SIHAT.

BESTNYAMEREKA SEMUA PASTI DAH BERKUMPUL SAMA2 KAT SYURGA. ASMA SORANG JE YANG MASIH KAT SINI.

TAPI ASMA’ TAHU ASMA’ TAK SORANG2.ALLAH ADA BERSAMA ASMA’.ALLAH ADA.

DAN ALLAH ITU MENCUKUPI SEGALA2NYA.

KAN ABI?

 

12 SEPTEMBER 2012

HARI NI ASMA’ DIPINDAHKAN KE PUSAT PERLINDUNGAN KANAK-KANAK.SEKOLAH ASMA’ DAH MUSNAH HABIS. BASHAR BETUL2 DAH MERAMPAS MASA KECIL ASMA’. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.!

 

ASMA’ DAPAT RAMAI KAWAN KAT SINI.KEBANYAKAN MEREKA KUDUNG DAN LUKA DI SANA-SINI.ASMA’ BERSYUKUR SANGAT SEBAB ASMA’ MASIH CUKUP ANGGOTA BADAN.SIHAT. ALHAMDULILLAH

YA ALLAHJADIKANLAH ASMA HAMBA YANG BERSYUKUR.

 

20 SEPTEMBER

YA ALLAH, SYUKUR ASMA’ MASIH HIDUP.TAPI BADAN ASMA’ SAKIT SANGAT. DOKTOR KATA ASMA’ TELAH TERKENA SERPIHAN BOM YANG DILETUPKAN TENTERA BASHAR. ASMA’ SENDIRI TAK SANGGUP NAK TENGOK TUBUH ASMA YANG PENUH DENGAN LUKA-LUKA BESAR DAN PARAH.. YANG ASMA’ TAHU, ASMA TAK RASA PUN KAKI ASMA’.

YA ALLAH, SAKITNYA ASMA NAK MENULIS PUN TERKETAR2. RASA MACAM SEMUA SENDI LUMPUH.

KALAU ASMA’ MAKIN TERUK, LAMA2 ASMA’ DAH TAK BOLEH NAK MENULIS.

TIBA2 ASMA’ RINDU ABI. ASMA’ RINDU UMI, BABY, HAFSAH, CIKGU SALMA DAN UMAYMAH. DULU, KALAU ASMA’ SAKIT, UMI AKAN MASAK BUBUR PANAS. ABI AKAN BACAKAN CERITA UNTUK ASMA’. HAFSAH AKAN DATANG LAWAT ASMA’ DAN BUAT LAWAK.TAPI SEKARANG, ASMA’ SORANG2.

ASMA’ TAK LARAT NAK TULIS LAGI.

 

30 SEPTEMBER

SAUDARA2 ASMA’.

KENAPA MEREKA TAK DATANG-DATANG? ASMA’ DAH LAMA TUNGGU…

“Muhammad” Seseorang menyentuh bahunya. Muhammad al-Fateh menoleh.Kelihatan matanya merah dan pipinya basah.

“Kenapa Muhammad?” Ikrimah bertanya dengan hairan. Setahunya, sahabatnya itu seorang mujahid yang keras.

Muhammad al-Fateh hanya diam. Diari hitam di tangannya diselak-selak lagi.Terdapat satu  tompokan darah di helaian kosong di sebelah tulisan terakhir pemilik diari itu.Entah pemilik diari ini masih hidup atau tidak.Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Muhammad al-Fateh memandang ke langit.

Siapakah yang dapat menjawab soalan gadis kecil pemilik diari ini?

SAUDARA2 ASMA’.luvluvplz

KENAPA MEREKA TAK DATANG-DATANG? ASMA’ DAH LAMA TUNGGU…

Cerpen: Aku, Seorang yang Berputus Asa

Kenapa mesti aku?

Itulah persoalan yang kerap dia lontarkan. Hidupnya tidak seperti orang lain yang indah seperti pelangi. Penuh dengan warna-warni. Hidupnya hanya diwarnai dengan tona gelap. Pelangi tidak pernah memunculkan diri. Gerimis kejam terus turun merampas semua yang dimilikinya. Kenapa Allah berbuat begini kepadanya?

Mula-mula, Allah telah mengambil ibunya. Sedari kecil, dia tidak berpeluang merasai kehangatan belaian seorang ibu. Namun, dia redha. Kemudian, Allah telah menetapkan dia lahir dalam keluarga miskin. Dia  redha. Bila Allah menitipkan ujian berupa fitnah, tohmahan dan bermacam-macam lagi di setiap hentian hidupnya, dia juga redha. Dia tidak pernah mengeluh. Dia menerimanya dengan sabar. Hingga akhirnya, cahaya hidupnya, gurunya, satu-satunya adik-beradiknya, abangnya, pergi menghadap Ilahi. Hidupnya terasa kelam. Dunianya terasa gelap. Dia seorang yang baik, taat kepada agama, selalu berjemaah di masjid, kenapa Allah membalasnya dengan ini? Inikah keadilan? Inikah ganjaran yang diperoleh dengan menjadi seorang hamba yang baik? Dan selepas itu, hidupnya menjadi tidak tentu arah. Musibah demi musibah menimpanya silih berganti. Hingga dia akhirnya menjadi serang yang berputus asa.

Dan kini dia disini. Di lorong sempit dan berbau busuk. Di sebelah timbunan sampah yang menggunung. Tidurnya beralaskan kotak-kotak yang dibuang orang. Kerjanya kini hanya baring meratapi nasibnya yang dirasakan malang. Berfikir, mengapa akhirnya dia ditakdirkan begini sedangkan dia seorang muslim yang taat. Mengapa?

Itulah kehidupan dia, seorang lelaki yang berputus asa.

*******

Cahaya matahari pagi menerobos masuk melalui liang-liang kotak. Namun, cahaya itu langsung tidak mengganggu lena si penghuninya yang lena dibuai mimpi. Baginya siang atau malam, tiada bezanya. Semua diisi dengan tidur.

“Assalamualaikum, akhi.” Satu suara lembut menyentuh gegendang telinganya. Dia menarik kotak yang menutupi kepalanya. Ah, siapa yang mengganggu tidurnya di pagi yang nyaman ini?

“Assalamualaikum. Akhi, akhi…” Suara itu memanggil lagi. Dia menggeliat sedikit. Kemudian, dia membatukan tubuhnya. Siapa yang peduli dengan lelaki jalanan sepertinya? Yang berbau hapak, selekeh, berambut serabai dan comot?

“Akhi, boleh kita berbicara sebentar?” Suara itu lagi.

Dia mendengus kasar. Dia hairan. Kenapa lelaki ini bersungguh-sungguh menegurnya? Apakah yang lelaki itu mahu?

“Akhi?” Dia dapat merasakan seseorang sedang merapatinya.

“Apa yang kau mahu?” Dia bersuara dingin. Mengalah dengan ketidakputusasaan lelaki itu. Dia sedikit kagum. Kerana dia seorang yang berputus asa.

“Saya hanya mahu bersembang.” Suara itu kedengaran mesra.

Dia mengangkat kening. Dia menegur hanya kerana mahu bersembang? Aneh. Siapa lelaki gila ini?

“Heh, sudah matikah semua orang sehingga engkau terpaksa mengajakku untuk menemanimu bersembang?” Dia bersuara dengan kepala masih di dalam kotak.

Lelaki itu tertawa. “ Tidak. Tetapi dari berjuta-juta orang, Allah telah menghantarkan saya untuk bersembang dengan akhi.”

“Allah yang telah membuatkan aku begini?” Dia bersuara sinis.

“Ketahuilah, ada hikmah di sebalik semua ini. Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia.”

“Oh, ya? Justeru, apa hikmahnya?”

“Hikmahnya terlalu besar untuk hamba yang kerdil seperti kita ini memikirkannya.”

“Sudahlah. Aku sudah bosan mendengarnya.”

“Akhi, bagaimana kalau Allah membalas musibah yang ditimpakan ke atas akhi dengan kehidupan di syurga yang kekal abadi? Adakah akhi masih mengidamkan dunia yang sementara ini?”

Dia tersentak. “Tetapi kenapa mesti aku yang ditimpa musibah. Aku seorang yang rajin beribadah, taat perintah Allah, sering bertahajjud tetapi kenapa aku yang ditimpakan segala kesusahan?”

“Sebab akhi seorang yang rajin beribadah, taat perintah Allah, sering bertahajjudlah Allah memberikan akhi musibah dan ujian. Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian. Dan apabila Allah suka kepada kaum itu, mereka diuji. Jika mereka redha Allah redha kepadanya, dan jika dia marah, Allah pun marah kepadanya.’ Cuba kita fikirkan. Nabi Ayub a.s ditimpa musibah yang dahsyat. Sedahsyat-dahsyat musibah yang akhi terima tetap tidak dapat menandingi musibah Nabi Allah, Ayub a.s. Harta bendanya musnah, anak-anaknya mati, tubuhnya berpenyakit yang sangat teruk dan isterinya lari meninggalkannya. Kadangkala ujian ditimpakan kerana Allah sayang orang itu. Allah ingin meninggikan darjatnya dan menambah pahalanya supaya senang dia masuk ke syurga nanti. Bersangka baiklah. Rasalah beruntung kerana menjadi yang terpilih. Fikirkanlah.  Bukankah Nabi Ayub itu hamba Allah yang sangat baik?” Suara itu membalas. “Firaun pula dilimpahi kekayaan, dan Namrud tak pernah jatuh sakit. Bukankah mereka hambaNya yang ingkar? Ketahuilah, musibah kesusahan bukan hanya untuk hambaNya yang ingkar dan derhaka sahaja.”

“Ya. Dan itulah tanda yang Dia tidak adil.” Pantas dia memotong.

“Bukan. Itulah tanda keadilan-Nya. Sesiapa yang merasa susah di dunia akan merasa senang di akhirat nanti. Allah tidak akan menghimpunkan dua kesusahan ke atas seseorang. Bukankah Firaun dan Namrud itu tempatnya di neraka? Sedangkan Nabi Ayub a.s, ditempatkan di syurga. Bukankah itu sangat adil?”

Dia tersenyap.

“Kadangkala akhi, Allah memberikan kita musibah untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Bukankah Nabi Ayub akhirnya mendapat semula kekayaannya dan isterinya serta dianugerahi dengan limpah kurnia yang banyak? Pernahkah akhi mendengar kisah Ummu Salamah yang amat menyentuh hati? Beliau telah dipisahkan di padang pasir nan luas dari suaminya dan dipaksa pulang ke Makkah? Akhirnya, beliau dilepaskan dan beliau sanggup merentas padang pasir untuk kembali menemui suami tercinta, Namun, tidak lama selepas itu, suami beliau ditakdirkan syahid.  Allahu Akbar! Sedih di hati tidak terkata! Baru bersama sebentar terpaksa pula berpisah untuk selamanya. Tetapi Ummu Salamah akhirnya mendapat ganti yang lebih baik. Dia dipinang oleh Rasulullah s.a.w! Kalaulah Ummu Salamah tidak merasai keperitan kehilangan seorang suami, pastilah beliau tidak mendapat gelaran ummul mukminin. Lihatlah, akhi! Namun, ingatlah. Gantiannya tidak semestinya di dunia ini. Katahuilah, gantian di sana lebih nikmat dan indah.”

“Eh, engkau ni sedang berlatih bercerita ke? Bla lah. Aku mahu menyambung tidurku.” Dia memperlekeh.

“Janganlah menutup pintu hati itu. Akhi, kita ini hanya hamba. Pengetahuan kita terbatas. Ibarat setitis air di lautan nan luas. Kita tidak tahu apa yang terbaik buat kita. Kadang-kadang kita rasa inilah yang terbaik, tetapi hakikatnya tidak. Tetapi Allah pencipta kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah berfirman, : ‘Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’”

Hatinya sedikit tersentuh.

“Memang kita tidak  boleh mengubah apa yang berlaku tapi kita boleh ubah pandangan kita atas apa yang berlaku. Dan itu yang memberi kesan kepada kita. Kita perlu fikirkan berjuta-juta rahmat Allah di sebalik musibah itu. Rasulullah ada bersabda, ‘tidaklah seorang mukmin itu ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya terhapus sebahagian dosanya.’ Rugi orang yang mempersoalkan takdir Allah.  JIwanya akan lebih sakit. Cuba akhi fikirkan dari sudut positif. Mungkin Allah nak mempermudahkan akhi ke syurga-Nya. Seorang isteri kepada seorang ulama’ besar pernah cedera pada jarinya hingga terkopek kukunya. Tapi, yang menakjubkan, dia sedikit pun tidak mengaduh malah dia tertawa. Apabila ditanya, dia menjawab dia ketawa kerana terfikirkan pahala yang diganjari Allah kepadanya.” Sambung suara itu lagi dengan lembut.

Dia memegang kepalanya yang mulai pening. Otaknya sedang cuba mencerna bait-bait perkataan yang didengarinya.

“Kadang-kadang, akhi.” Suara itu menambah. “Allah timpakan kita musibah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya. Allah rindu tangisan kita, rintihan kita kepadaNya. Kalau Allah tak timpakan kita musibah ini, mungkin kita akan menjadi seorang yang lupa diri, lemas dalam lautan nafsu, tenggelam dalam dunia yang mempesona. Allah berfirman: Dan kami uji mereka dengan nikmat baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.(Al-A’raf: 168) Dan ingatlah, akhi. Allah ada bersama kita setiap masa. Allah ada. Ingat, Allah itu ada. Tak pernah meninggalkan kita. Allah ada bersama kita.”

Allah ada.

Kata-kata itu menjentikhatinya. Dia tak yakinkah Allah itu ada?

“Ingatlah, ketika ditimpakan musibah ke atas Saidina Abu Bakar ketika berada di dalam gua, iaitu rasa takut kerana diburu Kafir Quraisy, nabi kita memujuk, ‘LA TAHZAN, INNALLAHA MA’ANA.’ Adakah musibah kita, lebih besar dari nikmat Allah bersama kita? Allah bersama kita, akhi! Walau sebesar manapun musibah yang menimpa kita!”

Dia dapat merasakan getaran pada suara itu. Hatinya semakin tersentuh. Perlahan, di dalam kotak itu, tangannya bergerak menyentuh dada. Allah bersamaku?

“Bukti Allah bersama akhi sudah jelas. Ketika akhi ditimpa musibah, dalam masa yang sama, Allah sedang memberi akhi berjuta-juta nikmat. Nafas yang tak terhitung banyaknya, tidur, penglihatan, pendengaran, bercakap, berjalan, bergerak dan macam-macam lagi. Dan Allah masih lagi beri akhi nikmat, yang tak semua orang dapat. Nikmat Islam, akhi. Islam. Adakah akhi tidak bersyukur dengan nikmat Islam yang Allah beri?”

Ya Allah… Kali ini, dia benar-benar terasa. Air mata mula bergenang di tubir matanya. Menunggu masa untuk melimpah keluar.

Dia tidak sedar selama ini, ketika bibirnya tidak henti mempersoalkan takdir Allah, ketika hatinya bergelumang dengan bermacam-macam sangkaan buruk pada-Nya, namun, Dia masih tetap memberinya nikmat yang tak terhitung banyaknya. Dan dia lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang banyak itu. Dia hanya nampak sedikit nikmat yang hilang daripadanya.

“Nabi Ayub a.s, ketika isterinya memintanya untuk memohon pada Allah supaya menyembuhkannya, baginda enggan kerana baginda segan dengan Allahkerana Allah sudah bertahun-tahun memberinya nikmat. Allahu Akbar!”

Kali ini, dia merasakan setitis cecair hangat menyentuh belakang badannya yang hanya disarungi singlet nipis.

Bukan setitis. Setelah setitis itu, jatuh lagi bertitis-titis cecair hangat di atas badannya.

Dan sendu pun kedengaran.

Lelaki itu menangis?

Air yang bertakung di kelopak matanya turut berjuraian. Seperti gerimis di waktu pagi, membasahi kotak yang masih tersarung di kepalanya.

“Kalaulah aku berfikir begini sejak dulu lagi…” Penyesalan lahir dari dalam hatinya.

Suara lelaki itu memotong. “Jangan berkata begitu, akhi. Tiada perkara yang berlaku secara tak sengaja. Ini perancangan Allah. Pertemuan kita hari ini, di sini, adalah aturan Allah. Dia telah menetapkannya dengan baik sekali. Alhamdulillah.”

“Ya Allah… terima kasih kerana mengatur pertemuan ini.” Lirih dia menuturkannya.

“Mahu saya ajarkan satu doa?”

Dia mengangguk.

“Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma ajirni fi musibati wa akhlifli khairamminha. Ya Allah, ganjarilah aku di atas musibah ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik darinya.  Inilah doa yang diajarkan nabi s.a.w.”

Bibirnya ikut bergerak melafazkan doa itu. Dia pernah mendengar doa itu. Tetapi dia tidak pernah membacanya.

“Bangkitlah, akhi. Bangkitlah dari keputusasaan menuju rahmat Allah. Berbaik sangkalah dengan Allah. Berusaha, akhi !” Kata-kata lelaki itu seolah-olah sinaran matahari yang menerobos kotaknya.  Mengejutkan dirinya dari terus lena. Menghangatkan jiwanya yang selama ini layu tanpa ruh dan semangat.

Dia bangun dengan semangat baru. Matanya bersinar harapan. Dia ingin berubah!

Tapi sebelum itu, dia ingin melihat orang yang berjaya menyentuh hatinya. Tangannya menarik kotak itu dari kepalanya. Di ingin melihat ‘pelangi’ yang telah mewarnai hatinya.

Pelangi yang telah membuatkannya lupa kepada hujan yang tidak henti-henti membasahi hidupnya.

*******

Pap!

Kotak di tangannya terlepas.

Matanya terbuntang tidak percaya.

Mulutnya terus terkunci, tidak tahu hendak berkata apa.

Lelaki ini….

Lelaki itu tersenyum memandangnya. Senyum yang mendamaikan, di  wajahnya yang … pucat?

“Saya Ayub. Muhammad Ayub.” Suara lelaki itu menyedarkannya.

“Aku Mu’az.” Dia pula memperkenalkan diri. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki itu dari atas ke bawah.

Kakinya tidak memijak tanah, bukan kerana dia boleh terbang, tidak, tetapi kerana dia menaiki kerusi roda. Kakinya lumpuh.

Begitu juga dengan tangan kirinya yang tersadai lemah di atas kerusi roda. Lumpuh. Longlai.

Mata kirinya rosak teruk. Kosong tanpa sinar cahaya. Pipi kirinya kelihatan bengkak. Dan mulutnya senget ke kanan. Terjungkit sedikit.

Wajah itu pucat. Bibirnya biru lebam. Matanya seakan menceritakan seribu satu kesakitan yang dideritainya.

Tetapi bibirnya masih cuba tersenyum.

Lelaki inikah yang kata-katanya, dapat menyentuh ke dasar jiwanya? Ops. Bukan lelaki, tapi budak lelaki. Usianya mungkin sekitar  17 tahun, 3 tahun lebih muda daripadanya.

Allahu Akbar!

“Mari ke rumah saya, akhi!”  Muhammad Ayub bersuara.

****

Rumah Ayub  tidak jauh. Hanya setengah kilometer dari tempat tidurnya. Rupa-rupanya, lelaki itu menemuinya ketika sedang bersiar-siar dengan mak ciknya.

“Masuklah.” Mak cik lelaki itu mempersilakan. “Ayub ke mana tadi? Risau mak cik. Tiba-tiba hilang.” Wanita separuh umur itu mendekati Ayub. Ayub tersenyum.

“Minta maaf mak cik. Ayub sembang dengan akhi tu.” Tutur katanya sungguh sopan.  Tangan kanannya menunjuk ke arah Mu’az. Mu’az mengangguk sedikit. Segan. Sudahlah badannya berbau hapak. Rambutnya pula kusut-masai tidak bersikat. Wajahnya? Comot dengan kesan tanah dan sisa makanan. Bila agaknya kali terakhir dia mandi? Tahun lepas? Dia pun dah tak ingat.

“Buatlah macam rumah sendiri, akhi. Saya masuk bilik sekejap. ” Dia menyorong kerusi rodanya ke dalam biliknya di belakang.

“Duduklah dulu, nak.”

Mu’az hanya menganggukkan kepalanya  kepada wanita separuh umur itu. Perasaannya sedang bercampur-baur. Kata-kata Ayub. Keadaan Ayub. Semuanya menyentuh hatinya.

Mu’az melabuhkan punggungnya perlahan-lahan di atas kerusi rotan. Tangannya spontan bergerak mencapai buku di bawah meja. Helaian pertama dibuka.

Sekeping gambar terselit di situ. Dia mengambilnya.

Gambar Ayub. Ayub yang sihat. Sempurna.  Kalau bukan kerana nama Ayub yang tertulis di situ, mati hidup balik pun dia tak percaya itu ialah Ayub.

Kacaknya dia dalam ni…

Kulitnya putih bersih kemerah-merahan. Matanya biru kelabu. Alisnya lebat keperang-perangan. Hidung mancung. Bibir merah, dengan senyuman yang amat menawan. Rambutnya kemas, ikal berwarna perang.

180 darjah berbeza dari Ayub yang sekarang. Bagai langit dengan bumi. Mata biru kelabunya di kiri sudah hilang sinarnya. Kulit putih kemerah-merahannya kini pucat dan lesu. Bibir merah kelihatan biru. Bibirnya senget, menjadikan senyumannya tidak lagi menarik hati. Rambutnya jarang. Sekejap sahaja nikmat ke’handsome’man wajahnya ditarik kembali.

Ya Allah, tabahnya dia.

Kalau akulah, mesti aku tidak dapat menerima kenyataan pahit ini. Tapi dia…

Ya Allah…Rupanya ada lagi musibah yang lebih berat dariku.  Tiba-tiba dia rasa bersyukur sangat.

Betullah. Kita sepatutnya lihat orang yang lebih susah dari kita. Yang lebih teruk diuji. Barulah kita akan bersyukur. Dan di luar sana, ada beribu-ribu orang yang lebih derita dari Ayub.

Syukur Ya Allah…

Mu’az insaf. Tanpa berlengah lagi, dia terus  bangkit menuju ke bilik air.

Aku, bukan lagi seorang yang berputus asa.

Kini aku, seorang yang mengharap rahmat dan kasih sayangNya.

“PERUMPAMAAN ORANG YANG BERIMAN APABILA DITIMPA UJIAN BAGAI BESI YANG DIMASUKKAN KE DALAM API, LALU HILANGLAH KARATNYA (TAHI BESI) DAN TINGGALLAH YANG BAIK SAHAJA.” –HADIS

IT IS NOT WHAT HAPPENS TO YOU, BUT IT IS WHAT YOU DO ABOUT IT

AND IT IS NOT HOW LOW YOU FALL BUT HOW HIGH YOU BOUNCE BACK!

*******