Ranting on Ukhuwah

makna-ukhuwah-islamiyah

Ckp psl ukhuwah islamiyah ni..dia mesti terbina atas dasar aqidah.. Pendek kata, msti lillahi ta’ala.

Ckp psl ni, saya teringat satu ayat quran. Surah al anfal ayat 63. Terjemahannya:

“dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Rasa tersentuh sgt bila baca ayat ni 😭😭 sbb hakikatnya Allah jugak yg mnyatukan hati hati kita

Kalau tgok skrg ni, ramai yg dh lari atau terpesong dr definisi ukhuwah tu sndiri. Ramai yg bina hubungan, dgn buat bnde lagha. Bonding, tp dgn tgok movie lagha kt wayang. Atau buat something yg bertujuan utk seronok semata2 atas alasan nk rapatkan ukhuwah. Sbb tu, ramai yg rasa mcm ukhuwah kosong.. Kawan tinggal kwn sbb hakikatnya ukhuwah yg sbnr msti terbina atas dasar iman n aqidah. Dan iman n aqidah tu tk boleh dicampur aduk dgn perkara lagha..

Tp jgn slh faham.. Bukan mksud saya tk leh nk buat bnde happy sama2. Boleh. Tp jgnlah ukhuwah kita takat di situ je.

Ukhuwah ni lebih nikmat dan akan lebih erat bila kita sama2 buat perintah Allah. Bila kita bersama mrapatkn diri pd Allah. Tp tk ramai yg terfikir utk buat bnde baik sama2 dgn shbt sndiri.. Selalunya yg sama2 ni msti bnde lagha kan.. 😞😞

Allah..

Sahabat yg baik, ialah sahabat yg membawa shbtnya ke arah kebaikan.

Kita nak ukhuwah yg mcm mana?

Terkini Mesir ,19 jun 2014

1. Akhir- akhir ini rakyat Mesir disibukkan dengan isu larangan mempamerkan stiker kempen ” Adakah anda sudah berselawat ke atas Nabi hari ini?” oleh Kementerian Dalam Negeri Mesir.
Apa sebenarnya yang berlaku?

2. Isu ini bermula di Alexandaria apabila kereta dan van pengangkutan penumpang melekatkan stiker kempen ini di cermin belakang kenderaan mereka. Tiada yang pelik dan sensetif pada kempen ini. Ianya hanya sekadar seruan melaksanakan sunnah selawat dalam kehidupan harian.


3. Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan kenderaan yang mempamerkan stiker ini dan mengenakan denda sebanyak £E 30.00 kepada kesalahan ini dengan alasan ianya bertentangan dengan undang-undang jalanraya Mesir. Disebutkan juga ianya boleh menimbulkan ketegangan agama di Mesir.

4. Akibat tindakan pihak polis ini, kempen mempamerkan stiker ini telah merebak ke seluruh negara Mesir sebagai respon rakyat terhadap larangan yang pelik ini. Akhirnya Menteri Dalam Negeri rejim Kudeta telah mengeluarkan arahan rasmi melarang perkara ini. Alasan yang diberikan ialah perkara ini boleh menimbulkan ketegangan agama antara Islam dan Kristian di Mesir. Tindakan ini juga dianggap sebagai berdakwah kepada Islam kepada penganut agama lain khasnya Kristian secara terangan. Dakwah Islam seharusnya hanya dilakukan di dalam masjid sahaja dan tidak boleh dilakukan di jalanraya.

5. Larangan ini menjelaskan lagi kepada rakyat Mesir dan kita juga bahawa kerajaan haram mesir ini adalah kerajaan yang sekular dan tidak menyukai ciri- ciri keislaman dalam masyarakat. Inilah hakikat yang dijangkakan akan zahir setelah rejim ini berkuasa.

6. Walaubagaimanapun ada perkara lain yang menunjangi isu ini. Diberitakan isu ini sengaja dibesar- besarkan dan dimanipulasi oleh perisikan Mesir bagi menyibokkan rakyat dengan isu ini dan melencongkan tumpuan mereka daripada isu besar yg sedang dilakukan secara senyap oleh rejim ini iaitu menaikkan gaji pasukan tentera dan polis sekali ganda, menaikkan taarif letrik dan air, menaikkan lagi bajet tentera Mesir sebanyak 30% dan lain- lain kenaikan. 

7. Di waktu yang sama, Kementerian Wakaf Mesir juga telah mengeluarkan arahan larangan melekatkan sebarang poster keagamaan ( kempen derma, beramal dengan akhlak islam, kempen ramadhan dll) di dalam dan luar masjid di seluruh negara Mesir.

Agaknya inilah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir bila Sisi menjadi Presiden mereka.

19 jun 2014 

Copy from; Mesir kini.

Seorang ayah di Tahanan dan anak perempuannya

“Tahanan dan anak perempuannya ”

seorang budak perempuan cuba untuk memeluk ayahnya yang dikurung sambil dia berkata :

Sesungguhnya kami tidak akan lupa,
dan saya akan kembali wahai ayahku,
untuk memecahkan halangan/kekangan diantara kita,
saya akan cairkan besi ini,
saya mahu memeluk dan mendakap kamu wahai ayahku,
aku sangat merindui kamu wahai ayahku.

طفلة تحاول أن تعانق أبيها المعتقل
لن ننسى ..
سأعود يا أبي
ﻷكسر القيود بيننا
سأذيب الحديد
أريد حضنك يا أبي
اشتقت لك ..
!!

sumber : egypt window / Malaysians 4 Egypt – M4E

‪#‎PRAYFOREG529‬
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

Profile Rasulullah

“Bergembiralah pada bulan kelahiran Rasulullah sallahu a’laihi wassalam. Perbanyakan selawat dan menyebut akan keperibadian Rasulullah”

Habibibana Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid

“Great things you must do, take your time with Selawat!”

jom!

“Allahumma solli a’la sayyidina muhammad”