“Make Al-Quran your best friend and Al-Quran will be your best friend in Akhirah.”~Quotes

Dalam mimpinya.

Beliau bertanya, “Wahai Nabi, bagaimana keadaan orang yang menghafaz Al-Quran serta beramal dengannya ketika memasuki syurga?.” 

  • 152179h4qroi8q2b
  • Bagaimana keadaan orang yang menghafaz Al Quran?
  • Dan beramal dengannya?
  • Ikutilah kisah selanjutnya..
  • tumblr_npnsxj5tBw1qapk2qo1_500

Syeikh Dr. Umar Abdul Kafi, seorang pendakwah terkenal dari Mesir ketika

mengulas tentang hadis ‘Ahli Allah itu ialah orang yang mendampingi Al -Quran…’

 membawakan  sebuah  kisah  yang  sangat  menarik. Menurutnya, seorang kanak-

kanak telah disuruh oleh ibunya untuk belajar dan menghafaz Al-

Quran dengan seorang guru yang ternama.

Kanak kanak  ini  asalnya  dari  sebuah  keluarga  yang  sangat  miskin.  Kerana  taatnya

akan  perintah  ibunya, dia pun menyiapkan segala keperluan dirinya untuk

 berangkat menemui guru tersebut. Akhirnya dia tiba setelah tiga hari berjalan, dia

segera bertemu gurunya dan berkata, “Wahai Syeikh, saya ingin menghafaz Al-Quran

daripadamu.”  Syeikh  itu  menjawab,  “Boleh, tetapi kamu diberi dua pilihan.

Pertama, kamu perlu bekerja disini, membersihkan masjid, mengembala kambing

dan sebagainya. Apabila sudah cukup kadarnya, kamu bolehlah mula belajar.

Kedua, kamu sediakan sekeping wang emas.”

Setelah mendengar pilihan daripada syeikh itu, kanak- kanak tadi pulang

 semula ke kampungnya dengan perasaan kecewa.

Dalam perjalanan pulang, dia berehat di bawah sepohon pokok lalu tertidur.

Di dalam mimpinya bertemu Rasulullah sallahu a’laihi wassalam.

Baginda berpesan kepadanya, “Pergilah semula ke rumah guru tadi.

 Katakan padanya, Rasullah yang menyuruhmu pergi.”

“Wahai Nabi, bagaimana saya hendak menyakinnya?

Jika boleh, berikan saya apa-apa petanda?.”

Jawab Nabi sallahu a’laihi wassalam, “Petandanya ialah ‘zumaran zumara’!”.

Sebaik sahaja terjaga dari tidurnya, kanak-kanak itu kembali ke tempatnya

 semula yakni ke tempat guru Al-Quran yang ditemuinya tadi.

Dia mengetuk pintu rumah guru Al-Quran itu seawal-

awal pagi, sebelum azan subuh berkumandang.

Sang guru melihat seorang kanak-kanak sedang berdiri di

muka pintu rumahnya, sebaik-baik sahaja pintu dibuka.

Dia mengenali kanak-kanak tersebut. “Adakah sudah membawa sekeping

wang emas?”

“Tidak, tetapi saya bermimpi bertemu Rasulullah sallahu a’laihi wassalam.

Baginda menyuruh saya datang semula ke mari dan belajar dengan tuan.”

Untuk menyakinkan gurunya, dia mengucapkan apa yang disebut oleh

Nabi sallahu a’laihi wassalam dalam mimpinya Guru tadi terus memeluknya

dan mengajaknya masuk serta melayannya dengan baik.

“ Tuan, saya tidak akan belajar selagi tuan tidak ceritakan kepada saya apa maksud

 disebalik kalimah ‘zumaran zumara’?

Menurut guru Al-Quran itu beberapa tahun yang lalu, beliau pernah bermimpi

bertemu Rasulullahsallahu a’laihi wassalam. Dalam mimpi itu, beliau bertanya,

“Wahai Nabi, bagaimana keadaan orang yang menghafaz Al- Quran

 serta beramal dengannya ketika memasuki syurga?.”

Nabi sallahu a’laihi wassalam menjawab,”

Mereka akan masuk secara ‘zumaran zumara’ (berbondong-bondong)!”

Advertisements

Sungguh hairan? *_*

152179h4qroi8q2b

Sungguh hairan,

apabila kita mengenal Sang Pencipta,

tetapi tidak mencintai-Nya,

malah menjauhi dari-Nya…

*

Sungguh hairan,

apabila kita mendengar panggilan-Nya,

tetapi kita sengaja lambat menyahut seruan-Nya,

dengan memberikan berjuta alasan…

*

Sungguh hairan,

apabila kita tahu betapa besar ganjaran pahala,

ketika bermuamalah dengan-Nya,

tetapi kita terlebih dahulu bermuamalah selain dari-Nya…

*

Sungguh hairan,

apabila kita rasa betapa MANISnya melakukan kebaikan,

tetapi kita tetap bermalas-malasan,

kerana terdorong ikutan nafsu dan bisikan syaitan…

*

Sungguh hairan,

apabila kita tahu betapa besar keMURKAan-Nya,

tetapi kita tanpa bersalah melakukannya,

justeru membuat Allah bertambah murka…

*

Sungguh hairan,

apabila kita rasa betapa pedihnya melakukan maksiat,

tetapi kita tetap melakukan maksiat,

tanpa memohon ampun dan mentaati-Nya…

*

Justeru itu,

duhai sahabatku,

jagalah setiap pandanganmu,

jagalah setiap diammu,

jagalah setiap bicaramu,

jagalah setiap perbuatanmu.

kerana Allah sentiasa memerhati tindakanmu!

*  *  *  *

Dari seorang hamba Allah yang lemah,

Nadi Ummah 

152179h4qroi8q2b

uKHUWAH

This love of ours is not of this world,

but of Heavens,

and thus,

I shall not love you the way a human love you,

but,

of the angels of Allah,

whose love seeps through me,

and into your pure hearts.

Therefore,

when I love you,

it’s not because I love you,

but because He(Allah)  loves you.

And when I do love you,

I LOVE YOU because of ALLAH!

#HAMASAHSYABAB

Nicol Queen Memeluk Agama Islam.

DIA BENAR-BENAR PERMAISURI
Bekas Penganut Kristian, Nicol Queen Memeluk Agama Islam.
Ikuti kisahnya…

“Saya adalah seorang gadis Amerika yang berasal daripada sebuah pekan kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama Islam. Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri saya yang menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang jurugambar yang merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan ini. Tuhan adalah matlamat utama dan saya tidak sesekali berputus asa di dalam pencarian ini. Kini saya adalah figura umum yang memberi ceramah tentang Islam di Amerika, dan juga merangkap sebagai seorang jurugambar profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun. Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yang telah berkahwin dan dikurniai seorang putera.

Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik iklan di laman web, apabila merujuk kepada diri ini yang pertama kali melalui proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yang sia-sia demi untuk memenuhi impian dan keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam. Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma anda perlu mencari perkara lain yang lebih besar daripada sekadar cinta semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri, persahabatan, atau mungkin karier baru? Wah, adakah pernah ada sesiapa yang menoleh ke belakang di dalam pelayaran dan mengatakan “Aku tidak percaya yang diriku telah berjaya merentasi ribut ini dengan selamat, tetapi adakah ianya berbaloi?” Saya tahu yang saya seringkali mengungkapkan kata-kata tersebut dan saya yakin saya bukanlah berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada sekadar menukar kepercayaan akidah sahaja.

Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca, ber’blog’, mencari dan bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan ajaran Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan subjek berhubung Islam, agama anutan saya kini. Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim dan Islam meningkat dengan mendadak dan kian membesar, sehingga saya boleh memberi perumpamaan seperti bebola salji yang kian membesar semasa bergolek turun daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang perjalanannya. Apa yang menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada “bebola salji” tersebut.

Keseronokan yang diperolehi apabila anda memeluk Islam, saya gelarkannya sebagai “New Muslim High” (Kenikmatan Saudara Baru Muslim)..(Ketawa). Saya membayangkan jika rasa keseronokan ini dapat dibotolkan dan dijual kepada orang ramai, tentu ramai orang akan turut dapat berkongsi perasaan yang menakjubkan ini. Ianya berlaku secara spontan, bagaikan seseorang mengejutkan anda daripada tidur yang lena dan berkata “Hei, apa khabar? Mari saya kenalkan kamu dengan diri kamu yang baru. Diri kamu yang dulu hanyalah pelanduk dua serupa yang tiada berjiwa. Inilah diri kamu yang sebenar, bersih dan bercahaya, yang kamu ingin bertemu sejak sekian lama”. Bersama-sama perubahan mendadak yang berlaku di dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus cabaran yang bakal mendatang.

Wallahua’lam 🙂

copy;  https://www.facebook.com/green.project.my

Untuk mengetahui matlumat lebih lanjut, boleh layari laman web berikut;

http://thequeensofislam.blogspot.com